Monday, May 24, 2010

SABAH BUKAN 1 DARI 13 NEGERI NEGERI MERDEKA DALAM MALAYSIA


Oleh Halik Zaman

Baru-baru ini telah berlangsung satu convention di Sabah, di mana penceramah yang di jemput seorang professor, Prof. Ramjit Singh. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh kedudukan Sabah dalam Malaysia di mana beliau menyatakan bahawa Sabah berada dalam salah satu NEGERI dalam 13 Negeri dalam Semenanjung MALAYA yang kini dikenali sebagai 1MALAYSIA slogan ciptaan Najib.

Beliau tidak pernah tahu sejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Apakah seorang yang punya level pendidikan yang tinggi seperti Prof Ramjit Singh memberikan ceramah tanpa mengkaji kekukuhan fakta atau kerana title “Professor” di pangkal namanya dia berhak untuk memberikan ulasan tanpa perlu merujuk fakta sebenar ?

Dalam ulasan beliau, Prof Ramjit Singh telah menyama-ratakan kedudukan Sabah seperti NEGERI NEGERI dalam MALAYA .Beliau telah menyelaraskan kedudukan Sabah sama-duduk seperti Perlis yang besarnya lebih kurang Kota Belud itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang arif tentang sejarah pembentukan Malaysia, amat mengesali dengan ulasan yang di buat oleh Prof Ramjit. Beliau seolah-olah ingin menguburkan fakta sebenar pembentukan kemerdekaan Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu @ Malaya. 3 Negara bersatu merdeka membentuk Malaysia.

Perlu di peringatkan kembali kepada Prof Ramjit Singh, bahawa dalam permuafakatan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia yang di Pengerusikan oleh Donald Stephens pada ketika itu, bahawa satu persetujuan telah di capai untuk Sabah merdeka bersama Malaysia di mana ianya merupakan gabungan lima buah Negara pada persetujuan awal. Negara-negara tersebut adalah Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Namun begitu, dua dari lima Negara ini menarik diri iaitu Negara Brunei dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan yang kekal tidak berganjak dari persetujuan yang di capai adalah Malaya, Sabah dan Sarawak. Menurut persetujuan dalam Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Negara Malaysia ini, Sabah dan Sarawak tidak pernah di sebut akan menjadi sebahagian dari NEGERI dalam Malaysia, ianya sepatutnya kekal sebagai gabungan tiga Negara. Dengan gabungan tiga buah Negara inilah maka terbentuknya Malaysia, sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat.

Bila Prof Ramjit mengatakan Sabah merupakan salah satu dari 13 buah negeri di Malaysia, ini bererti Sabah telah kehilangan hak sebenarnya dalam pembentukan Malaysia. Dalam pembahagian keuntungan ekonomi juga, jika menurut teori Prof Ramjit, segala pembahagian ekonomi akan di bahagikan 1/13 dan bukan 1/3 seperti yang sepatutnya persetujuan asal.

Malah, PM 1Malaysia kita juga seakan ingin rakyat Sabah melenyapkan sejarah persetujuan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia dengan mewujudkan slogan 1Malaysia. PM kita mahu rakyat Sabah lalai dalam kepastian sebenar hak dan kedudukan Sabah dalam pembentukan Malaysia . Maka kerana itulah Kerajaan hari ini mewar-warkan semangat 1Malaysia secara meluas ke segenap pelusuk Negara supaya rakyat Sabah khasnya akan terus kabur dengan sejarah pembentukan Malaysia dan keuntungan pasti berada di pihak Barisan Nasional.

UMNO Sabah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman terus membisu bila berdepan dengan hak rakyat Sabah. Kenapa?

Wednesday, May 5, 2010

AHMAD TAMRIN SELAR NAJIB DAN ZIONISME APCO

Laporan Halik Zaman

KOTA KINABALU-Tanah tanah adat yang sedang diduduki oleh orang orang kampung diseluruh daerah di Sabah hendak lah dihormati oleh Kerajaan BN dan tidak sewenang wenangnya dihalau oleh Kerajaan tanpa mengkaji latar belakang orang orang kampung Bumiputera Sabah yang sudah menduduki tanah tanah adat tersebut yang sudah berpuluh tahun lama.

Ahmad Tamrin Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah memberi tahu dalam sidang bulanannya hari ini di Kota Kinabalu kepada semua Ketua Ketua Cabang PKR Negeri Sabah.

"Semua Ketua Ketua Cabang PKR Sabah hendaklah turun padang untuk menyiasat permasalahan tanah tanah adat didaerah masing masing jika ada permasahan sedemikian hendaklah merujuk kepada peguam peguam PKR Sabah untuk tindakan selanjutnya." Terang Ahmad Tamrin.

Sebelum itu Ahmad Tamrin telah mengucapkan tahniah kepada Gonsibin Yasundang Ketua Cabang PKR Tenom kerana telah bejaya mendapatkan ahli ahli baru disekitar daerah Tenom, semoga usaha beliau untuk mendapatkan ahli ahli baru PKR akan dicontohi oleh semua Cabarng Cabang PKR diseluruh Sabah. Tahniah.

Ahmad Tamrin juga mengajak kepada semua Ketua Ketua Cabang PKR Sabah agar bersatu padu bersama pucuk kepimpinan PKR Pusat mengutuk dengan sekeras kerasnya tindakan Kerajaan UMNO/BN pimpinan Dato' Seri Najib yang membayar wang rakyat kepada firma Zionisme APCO untuk membantu Kerajaan UMNO/BN dalam apa jua urusan hal-ehwal perkhidmatan untuk negara Malaysia".

"Sikap Kerajaan UMNO/BN yang sanggup dikuasai oleh Amerika Syarikat menyekat penjualan minyak ke Negara Iran yang banyak membantu perjuangan rakyat Palestin suatu sikap yang dikutuk oleh seluruh umat Islam termasuk PKR". Tegas Tamrim.

"Agama Islam melarang untuk berkerjasama dengan Yahudi dan para ulamak Islam memutuskan bahawa berkerjasama dengan kezaliman regim Yahudi-Zionisme adalah haram dan kalangan parti yang turut berbuat demikian semestinya ditolak oleh rakyat Malaysia". Tegur Ahmad Tamrin dengan serius.