Oleh Halik Zaman
Majlis makan malam anjuran PKR Cabang Putatan yang juga dihadiri oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR Malaysia dan Ahmad Tamrin Jaini selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah turut sama hadir untuk meraikan YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi Ahmad. Dalam ucapan suaikenal Datuk Dr. Jeffrey menyatakan bahawa lawatan ini boleh merapatkan tali persaudaraan antara PKR Sabah dan PKR Kuala Lumpur.
Datuk Seri Dr Jeffrey menyatakan bahawa hanya PKR dan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu menyelesaikan tuntutan 20 perkara yang selama ini menjadi impian rakyat Sabah. Beliau juga menyatakan bahawa selama ini UMNO/BN banyak memperalatkan rakyat Sabah kerana bagi mereka, rakyat Sabah senang ‘di beli’. Rakyat Sabah tidak cerewet, hanya dengan ‘huluran’ RM100-200 di akhir musim kempen pilihanraya, maka sudah pasti undi rakyat Sabah akan terarah kepada Barisan Nasional.
"Begitu murahnya harga ‘undi rakyat’ Sabah di mata pandangan UMNO/BN dan kerana itulah mereka menggelarkan rakyat Sabah & Sarawak sebagai fixed deposit bagi Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka kerana itulah rakyat Sabah harus bangkit dan sedar bahawa janganlah selamanya mahu diri di peralatkan oleh Kerajaan UMNO/BN" tegas Dr. Jeffrey.
Katanya "Rakyat mesti belajar dari kesilapan yang sudah sudah dan jangan ulangi kesilapan itu lagi, marilah kita bersatu dalam Pakatan Rakyat, setiap rakyat jika tidak mahu fikiran mereka dijajah oleh UMNO/BN kita bersatu menolaknya. Rakyat harus sedar UMNO/BN gunakan taktik British "divide and Rule", jika rakyat berpecahbelah maka senanglah UMNO/BN menjajah fikiran rakyat dengan mengikut fahaman mereka dan Sabah dan Sarawak tentunya benar menjadi 'fixed deposit' mereka."
Menyusul ucapan Ahmad Tamrin Pengerusi MPN Sabah. Bagi Ahmad Tamrin, kejayaan tidak di duga di PRK Sibu harus di jadikan satu anjakan semangat kepada rakyat Sabah untuk terus melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri.
"Sabah sejak dari dahulu berani melakukan perubahan dengan menukar Kerajaan beberapa kali dan beliau berharap pada PRU13 kali ini, rakyat Sabah juga tidak lagi teragak-agak untuk melakarkan kembali sejarah penukaran Kerajaan." Terang Ahmad Tamrin.
"Anda jangan dengar suara dari 'parti parti serpihan' yang ada diNegeri Sabah ini yang selalu dikatakan mereka adalah 'parti tempatan', jika parti serpihan itu menangpun satu dua kerusi, mereka tidak boleh merubah apa apa wakaupun mereka menang di Negeri Sabah ini, mereka juga tidak dapat berbuat apa apa selain ikut langkah PBS menyertai Barisan Nasional dan rakyat seperti 'Tipah tertipu' lagi". Gurau Tamrin.
Kata Ahmad Tamrin lagi, "Rakyat Sabah sudah puas di peralatkan dan mahukan suatu perubahan di mana kebajikan rakyat harus di berikan keutamaan dan bukannya kepentingan dan kepuasan diri pemimpin itu sendiri seperti para pemimpin UMNO/BN. Kita tolak Kerajaan UMNO/BN dalam PRU13 nanti dan kita bersatu memberikan mandate kepada Pakatan Rakyat. Kalau rakyat mahu berubah, kita rubah dari bawah sampai kepuncaknya. Rakyat Sabah tidak mahu merubah alang alang, rakyat Sabah mahu merubah hingga kePutrajaya."
Saturday, June 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment