Saturday, June 5, 2010

NURUL IZZAH:RAKYAT SABAH BERANI TUKAR KERAJAAN UMNO/BN


Oleh Halik Zaman

Kota Kinabalu, Sabtu, Suatu majlis makan malam bersama dua orang Ahli Yang Berhormat, YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan dan YB Nik Nazmi Ahmad, ADUN Seri Setia, Selangor. Majlis makan malam di anjurkan dengan jayanya oleh PKR Cabang Putatan. Setinggi tahniah di ucapkan kepada Ketua Cabang PKR Putatan Ahmad Sah Datuk Sahari dan jawatankuasa cabangnya.


Dalam ucapannya yang serba ringkas mengalu alukan lawatan 2 orang pemimpin muda PKR ke Sabah dan beliau berharap memoga lawatan yang penuh membawa semangat Pakatan Rakyat ini kerapkali diadakan diSabah kata Ahmad Sah Datuk Sahri.

Mendahului ucapan pada malam itu, YB Nik Nazmi menyatakan bahawa selama ini, PM 1Malaysia dengan bangganya mewar-warkan bahawa Sabah & Sarawak adalah merupakan satu “fixed deposit” buat Barisan Nasional. Menurut andaian PM 1Malaysia, walau tsunami politik hebat bergelora di Semenanjung, namun rakyat Sabah & Sarawak akan tetap berdiri di belakang Barisan Nasional. Namun “tilikan” PM 1Malaysia nampaknya mulai kurang bersinar dengan kekalahan di PRK SIbu baru-baru ini. Padahal Sibu adalah kubu kuat Barisan Nasional yang didakwa sebagai "fixed deposit".

Sikap angkuh UMNO/BN memang merupakan satu tradisi turun – temurun walaupun mereka tahu bahtera UMNO/BN kemegahan mereka sedang meniti hari-hari kiamatnyanya, hanya menunggu hari UMNO/BN akan "lebur terkulai layu" sahaja. Namun untuk menyedapkan hati masing-masing, maka UMNO/BN berusaha gigih mewar-warkan cerita-cerita dongeng yang Pakatan Rakyat sedang pecah-memecah padahal kerosakan dalaman parti BN yang kian condong menyembah bumi.

Dalam ucapan YB Nurul Izzah, beliau ada menyatakan bahawa-ahli ahli Parlimen yang melompat dan meninggalkan Parti Keadilan itu adalah orang orang yang bermasalah dan kecewa, mereka tidak sanggup jatuh bangun bersama perjuangan Keadilan dan mereka juga dari golongan orang orang yang tidak mahu menghormati kepercayaan rakyat terhadap diri mereka untuk mewakili Parti Keadilan. Maka anggap lah ketiadaan mereka dalam PKR sebagai satu hikmah kepada semua ahli ahli PKR yang setia.

"Pada kami di Selangor, Penang dan Kedah, untuk menukar Kerajaan dari UMNO kepada Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang sudah diduga, ia bagi kami adalah suatu yang luar biasa, diluar jangkaan tetapi kerana rakyat di negeri negeri tersebut sudah muak dengan Kerajaan UMNO/BN maka perubahan pun dilakukan oleh rakyat sendiri dalam PRU12 yang lalu". Tegas Nurul.

Katanya, kami belajar dari rakyat sabah, rakyat Sabah mempunyai pengalaman luas untuk menukar Kerajaan daripada Kerajaan USNO/BN kepada Kerajaan BERJAYA/BN dan PBS kini UMNO/BN dan tidak ada sebab mengapa tidak boleh Kerajaan UMNO/BN ditukar kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Sabah kerana UMNO/BN di Semenanjung dan Sabah sama sahaja jenamanya?" Sindir Nurul sambil senyum.

Nurul menjelaskan, "Dalam UMNO/BN kini berantakan sama sendiri, mereka sudah saling tidak percaya, wibawa Najib juga sering dipertikaikan oleh ahli ahli UMNO itu sendiri sebab pimpinannya yang tidak dianamik, ekonomi negara menjunam terus, subsidi untuk rakyat bakal dihapuskan, bahananya rakyat akan rasa dalam beberapa bulan lagi. Ketika itu rakyat akan tanya diri sendiri pada siapa yang perlu diundi kalau bukan Pakatan Rakyat?"

DR. JEFFREY: PAKATAN RAKYAT AKAN PERJUANGKAN 20 PERKARA


Oleh Halik Zaman

Majlis makan malam anjuran PKR Cabang Putatan yang juga dihadiri oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR Malaysia dan Ahmad Tamrin Jaini selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah turut sama hadir untuk meraikan YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi Ahmad. Dalam ucapan suaikenal Datuk Dr. Jeffrey menyatakan bahawa lawatan ini boleh merapatkan tali persaudaraan antara PKR Sabah dan PKR Kuala Lumpur.


Datuk Seri Dr Jeffrey menyatakan bahawa hanya PKR dan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu menyelesaikan tuntutan 20 perkara yang selama ini menjadi impian rakyat Sabah. Beliau juga menyatakan bahawa selama ini UMNO/BN banyak memperalatkan rakyat Sabah kerana bagi mereka, rakyat Sabah senang ‘di beli’. Rakyat Sabah tidak cerewet, hanya dengan ‘huluran’ RM100-200 di akhir musim kempen pilihanraya, maka sudah pasti undi rakyat Sabah akan terarah kepada Barisan Nasional.

"Begitu murahnya harga ‘undi rakyat’ Sabah di mata pandangan UMNO/BN dan kerana itulah mereka menggelarkan rakyat Sabah & Sarawak sebagai fixed deposit bagi Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka kerana itulah rakyat Sabah harus bangkit dan sedar bahawa janganlah selamanya mahu diri di peralatkan oleh Kerajaan UMNO/BN" tegas Dr. Jeffrey.

Katanya "Rakyat mesti belajar dari kesilapan yang sudah sudah dan jangan ulangi kesilapan itu lagi, marilah kita bersatu dalam Pakatan Rakyat, setiap rakyat jika tidak mahu fikiran mereka dijajah oleh UMNO/BN kita bersatu menolaknya. Rakyat harus sedar UMNO/BN gunakan taktik British "divide and Rule", jika rakyat berpecahbelah maka senanglah UMNO/BN menjajah fikiran rakyat dengan mengikut fahaman mereka dan Sabah dan Sarawak tentunya benar menjadi 'fixed deposit' mereka."

Menyusul ucapan Ahmad Tamrin Pengerusi MPN Sabah. Bagi Ahmad Tamrin, kejayaan tidak di duga di PRK Sibu harus di jadikan satu anjakan semangat kepada rakyat Sabah untuk terus melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Sabah sejak dari dahulu berani melakukan perubahan dengan menukar Kerajaan beberapa kali dan beliau berharap pada PRU13 kali ini, rakyat Sabah juga tidak lagi teragak-agak untuk melakarkan kembali sejarah penukaran Kerajaan." Terang Ahmad Tamrin.

"Anda jangan dengar suara dari 'parti parti serpihan' yang ada diNegeri Sabah ini yang selalu dikatakan mereka adalah 'parti tempatan', jika parti serpihan itu menangpun satu dua kerusi, mereka tidak boleh merubah apa apa wakaupun mereka menang di Negeri Sabah ini, mereka juga tidak dapat berbuat apa apa selain ikut langkah PBS menyertai Barisan Nasional dan rakyat seperti 'Tipah tertipu' lagi". Gurau Tamrin.

Kata Ahmad Tamrin lagi, "Rakyat Sabah sudah puas di peralatkan dan mahukan suatu perubahan di mana kebajikan rakyat harus di berikan keutamaan dan bukannya kepentingan dan kepuasan diri pemimpin itu sendiri seperti para pemimpin UMNO/BN. Kita tolak Kerajaan UMNO/BN dalam PRU13 nanti dan kita bersatu memberikan mandate kepada Pakatan Rakyat. Kalau rakyat mahu berubah, kita rubah dari bawah sampai kepuncaknya. Rakyat Sabah tidak mahu merubah alang alang, rakyat Sabah mahu merubah hingga kePutrajaya."

Monday, May 24, 2010

SABAH BUKAN 1 DARI 13 NEGERI NEGERI MERDEKA DALAM MALAYSIA


Oleh Halik Zaman

Baru-baru ini telah berlangsung satu convention di Sabah, di mana penceramah yang di jemput seorang professor, Prof. Ramjit Singh. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh kedudukan Sabah dalam Malaysia di mana beliau menyatakan bahawa Sabah berada dalam salah satu NEGERI dalam 13 Negeri dalam Semenanjung MALAYA yang kini dikenali sebagai 1MALAYSIA slogan ciptaan Najib.

Beliau tidak pernah tahu sejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Apakah seorang yang punya level pendidikan yang tinggi seperti Prof Ramjit Singh memberikan ceramah tanpa mengkaji kekukuhan fakta atau kerana title “Professor” di pangkal namanya dia berhak untuk memberikan ulasan tanpa perlu merujuk fakta sebenar ?

Dalam ulasan beliau, Prof Ramjit Singh telah menyama-ratakan kedudukan Sabah seperti NEGERI NEGERI dalam MALAYA .Beliau telah menyelaraskan kedudukan Sabah sama-duduk seperti Perlis yang besarnya lebih kurang Kota Belud itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang arif tentang sejarah pembentukan Malaysia, amat mengesali dengan ulasan yang di buat oleh Prof Ramjit. Beliau seolah-olah ingin menguburkan fakta sebenar pembentukan kemerdekaan Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu @ Malaya. 3 Negara bersatu merdeka membentuk Malaysia.

Perlu di peringatkan kembali kepada Prof Ramjit Singh, bahawa dalam permuafakatan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia yang di Pengerusikan oleh Donald Stephens pada ketika itu, bahawa satu persetujuan telah di capai untuk Sabah merdeka bersama Malaysia di mana ianya merupakan gabungan lima buah Negara pada persetujuan awal. Negara-negara tersebut adalah Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Namun begitu, dua dari lima Negara ini menarik diri iaitu Negara Brunei dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan yang kekal tidak berganjak dari persetujuan yang di capai adalah Malaya, Sabah dan Sarawak. Menurut persetujuan dalam Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Negara Malaysia ini, Sabah dan Sarawak tidak pernah di sebut akan menjadi sebahagian dari NEGERI dalam Malaysia, ianya sepatutnya kekal sebagai gabungan tiga Negara. Dengan gabungan tiga buah Negara inilah maka terbentuknya Malaysia, sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat.

Bila Prof Ramjit mengatakan Sabah merupakan salah satu dari 13 buah negeri di Malaysia, ini bererti Sabah telah kehilangan hak sebenarnya dalam pembentukan Malaysia. Dalam pembahagian keuntungan ekonomi juga, jika menurut teori Prof Ramjit, segala pembahagian ekonomi akan di bahagikan 1/13 dan bukan 1/3 seperti yang sepatutnya persetujuan asal.

Malah, PM 1Malaysia kita juga seakan ingin rakyat Sabah melenyapkan sejarah persetujuan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia dengan mewujudkan slogan 1Malaysia. PM kita mahu rakyat Sabah lalai dalam kepastian sebenar hak dan kedudukan Sabah dalam pembentukan Malaysia . Maka kerana itulah Kerajaan hari ini mewar-warkan semangat 1Malaysia secara meluas ke segenap pelusuk Negara supaya rakyat Sabah khasnya akan terus kabur dengan sejarah pembentukan Malaysia dan keuntungan pasti berada di pihak Barisan Nasional.

UMNO Sabah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman terus membisu bila berdepan dengan hak rakyat Sabah. Kenapa?

Wednesday, May 5, 2010

AHMAD TAMRIN SELAR NAJIB DAN ZIONISME APCO

Laporan Halik Zaman

KOTA KINABALU-Tanah tanah adat yang sedang diduduki oleh orang orang kampung diseluruh daerah di Sabah hendak lah dihormati oleh Kerajaan BN dan tidak sewenang wenangnya dihalau oleh Kerajaan tanpa mengkaji latar belakang orang orang kampung Bumiputera Sabah yang sudah menduduki tanah tanah adat tersebut yang sudah berpuluh tahun lama.

Ahmad Tamrin Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah memberi tahu dalam sidang bulanannya hari ini di Kota Kinabalu kepada semua Ketua Ketua Cabang PKR Negeri Sabah.

"Semua Ketua Ketua Cabang PKR Sabah hendaklah turun padang untuk menyiasat permasalahan tanah tanah adat didaerah masing masing jika ada permasahan sedemikian hendaklah merujuk kepada peguam peguam PKR Sabah untuk tindakan selanjutnya." Terang Ahmad Tamrin.

Sebelum itu Ahmad Tamrin telah mengucapkan tahniah kepada Gonsibin Yasundang Ketua Cabang PKR Tenom kerana telah bejaya mendapatkan ahli ahli baru disekitar daerah Tenom, semoga usaha beliau untuk mendapatkan ahli ahli baru PKR akan dicontohi oleh semua Cabarng Cabang PKR diseluruh Sabah. Tahniah.

Ahmad Tamrin juga mengajak kepada semua Ketua Ketua Cabang PKR Sabah agar bersatu padu bersama pucuk kepimpinan PKR Pusat mengutuk dengan sekeras kerasnya tindakan Kerajaan UMNO/BN pimpinan Dato' Seri Najib yang membayar wang rakyat kepada firma Zionisme APCO untuk membantu Kerajaan UMNO/BN dalam apa jua urusan hal-ehwal perkhidmatan untuk negara Malaysia".

"Sikap Kerajaan UMNO/BN yang sanggup dikuasai oleh Amerika Syarikat menyekat penjualan minyak ke Negara Iran yang banyak membantu perjuangan rakyat Palestin suatu sikap yang dikutuk oleh seluruh umat Islam termasuk PKR". Tegas Tamrim.

"Agama Islam melarang untuk berkerjasama dengan Yahudi dan para ulamak Islam memutuskan bahawa berkerjasama dengan kezaliman regim Yahudi-Zionisme adalah haram dan kalangan parti yang turut berbuat demikian semestinya ditolak oleh rakyat Malaysia". Tegur Ahmad Tamrin dengan serius.

Thursday, April 29, 2010

AHMAD TAMRIN: UNDI BN MENUNJUKKAN PRESTASI BURUK DI HULU SELANGOR

Oleh Halik Zaman

Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Negeri Ahmad Tamrin menyatakan bahawa keputusan PRK Hulu Selangor yang baru lalu tidak menggambarkan PKR kehilangan sokongan dari rakyat Hulu Selangor malah sokongan rakyat nampak bertambah walaupun dikawasan Hulu Selangor ketiga tiga DUN adalah milik Barisan Nasional.

Ahmad Tamrin mengatakan demikian dalam 'perbincangan. dialog dan analisa politik' kepada 200 orang tenaga pekerja PKR daerah Tuaran yang dianjurkan oleh Datuk Kalakau Untol bertempat diperkarangan rumahnya di Kampung Roun Topokan Tuaran.


"Seluruh tenaga UMNO/BN termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri Menteri penuh dan Timbalan Timbalan Menteri, seluruh Menteri Besar dan Ketua Menteri, semua Presiden Presiden parti komponan, disokong pula oleh beratus juta RM projek dan rasuah secara terang terangan, namun kemenangan tipis yang tidak berbaloi berpihak kepada Barisan Nasional. Sepatutnya majoriti yang BN dapat tidak kurang dari 10 ribu undi keatas." Tegas Tamrin meyakinkan.

"TV1 TV2 TV3 dan Astro Awani memainkan peranan terus mengutuk Pakatan Rakyat berhabis habisan serta pula buat 'coverage calon BN' sehingga Kamalamathan buat roti canai, makan dan minum pun ditayangkan dalam TV. suatu kempen yang tidak bermaruah. Hasilnya suatu kemenangan yang memalukan." Tekan Tamrin.

"Semua rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat. Sekurang kurangnya BN walaupun menang tapi MALU BESAR cuma mendapat 'majoriti 1000 lebih sikit' padahal atas tiket parti yang memerintah Kerajaan kononnya 1Malaysia". Perli Tamrin.

Ahmad Tamrin menyeru kepada semua kakitangan tenaga pekerja Pakatan Rakyat seluruh Sabah, kita mesti gandakan kerjakuat kita, kerana kita sudah tahu setakat mana kekuatan UMNO/BN ? Cuma itu sahaja yang boleh mereka dapat yang cuma majoriti '1000 lebih sikit' dalam PRK Hulu Selangor. Kalau UMNO/BN kuat dan mendapat kepercayaan pengundi, tentu UMNO/BN mendapat majoriti 10 ribu undi keatas.

Mustaffah Mohd Hassan
Mustaffah Mohd Hassan

Dalam kontek ini Halik mahu tunjukkan diri sekali lagi politik sabah melalui PKr,cakaplah yang penting sekarang bukan fikir selangor tapi sabah.apa fikir semua rakyat sabah bodoh dan terpengaruh dengan pandangan halik serta pkr.porrroh bor

Hairi Zam
Hairi Zam

Terpeulang pada bro lah...sy pun tak kisah nak kutuk2 sape2..yg penting lawan tetap lawan bro..sy anak muda...berpandangan jauh..bkn mcm org yg masih di takuk lama dan tak boleh trima kenyataan...sori yer bro...sape pun tak kata org sabah bodoh..bro je yg ckp...heheheh

Mustaffah Mohd Hassan
Mustaffah Mohd Hassan

Yaa bro jangan takbur bro rasa umur u pegangkah inilah pandangan yang salah mana tahu besok boleh ....sori

Hairi Zam
Hairi Zam

Mungkin lah...tapi klu kita terlalu berkarat pun tak guna jgk...yerlah sy ni bkn ader ape2 kepentingan pun...mungkin kerana dah tgk mcm2 yg tek betul kebelakangan ni,so sy tak leh nak terima n sokong org2 yg gila kuasa....

Mustaffah Mohd Hassan
Mustaffah Mohd Hassan

Nah itukan gentelmen bro,kita jumpa PRU13 untuk sabah,kita sama-sama ada pegangan politik,raqmai pepmimpin PKR saba adalah Rejet dari usno ke berjaya ada masuk PBS kemudian akar,dan dalam UMNo rejet na masuk PKRlah ini orang bukan pejuang rakyat tapi diri sendiri.

Hairi Zam
Hairi Zam

Sy bkn reject mane2 bro..sy ader pegangan sy sendiri..dan sy takkan tergugat ngan kata2 bro punyer..
sy pun tak mau dgr bro punyer penjelasan..sebab bro pun ader pendirian bro..sy ader pendirian sy..pru 13 yakin ke boleh majoriti lg??hahahahh

Halik Zaman
Halik Zaman

Musataffah....Amaran terakhir. Kalau anda serang peribadi saya dan Tamrim, saya akan blok anda dalam facebook saya.

Saya akan siarkan semua copy chat anda yang pertama itu. Ada saya save. Baru saya block anda.
Kerana anda sudah melampaui batas serang peribadi.

Anda boleh serang tulisan saya. Bukan personal.

Zulkifli Bin Ismail
Zulkifli Bin Ismail

Takpe dato.. orang yang selalu makan gula2 selalu rasa manis jer n tak pernah msam tapi tak sedar kadang2 gula2 ada jugak yang masam... majoriti rakyat malaysia mahukan perubahan dengan menyokong pakatan tapi bn tak masih masam lagi walaupun di luar namapak manis sahaja..

Zulkifli Bin Ismail
Zulkifli Bin Ismail

PR walaupun kalah tapi dari segi moral kita dah menang dan bn kalah dari segi moral walaupun nampak menang..

DR. JEFFREY : DIALOG DAN ANALISA KEPUTUSAN PRK HULU SELANGOR


Oleh Halik Zaman

Bertempat di kediaman Datuk Kalakau Untol di Kg, Roun, Topokon Tuaran, telah berlangsung satu dialog dan analisa mengenai PRK Hulu Selangor. Beberapa kepimpinan MPN Sabah turut hadir, antaranya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, sdr Ahmad Tamrin Jaini, Hj Awang Tengah Amin, Awang Ahmad, Richard Jayasuria serta beberapa orang lagi kepimpinan Cabang Tuaran. Ketua Cabang Tuaran, Tn Hj Ansari Abdullah tidak dapat hadir berikutan ada beberapa masalah yang perlu di tangani. Majlis bagaimanapun berjalan dengan lancar dan teratur.

Memulakan acara,, Datuk Kalakau membicarakan pengalaman beliau semasa mengikuti rombongan kempen di Hulu Selangor. Beliau juga menyatakan mungkin factor kelewatan memberikan tanah dan bantuan kepada golongan yang memohon salah satu pemangkin kekalahan kecil di Hulu Selangor.


Namun yang pasti menurut beliau lagi, factor utama kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor ialah gelombang “bantuan” wang ringgit kepada masyarakat tempatan oleh Barisan Nasional. Di anggarkan BN telah menabur sebegitu besar jumlah peruntukan semata-mata untuk menyebabkan rakyat merasa terhutang budi dan memaksa mereka untuk membalas budi dengan memangkah undi kepada calon BN.

Datuk Dr Jeffrey dalam ucapannya menyatakan, BN telah memainkan strategi kotor secara besar-besaran. Mana tidaknya, sebelum penamaan calon, BN telah menempatkan anggota sayap Wanitanya di kampung-kampung untuk di jadikan anak angkat dan seterusnya menghulurkan “bantuan” kepada penduduk kampung.

Anggota sayap Wanita ini telah di latih untuk memperlihatkan keperihatinan mereka terhadap kebajikan penduduk kampung. Bagi penduduk kampung pula mereka tidak dapat menghidu tujuan sebenar wanita-wanita ini “berlakon” sedemikian. Penduduk kampung ini merasakan mereka ini ikhlas tanpa mahu apa-apa tujuan politik.

Namun hakikiatnya menurut Dr Jeffrey lagi, BN terpaksa melakukan pengorbanan sebesar-besarnya semata-mata untuk memenangi PRK Hulu Selangor. Timbalan PM menyatakan dengan bangganya, BN akan memperolehi majority sekurang-kurang 6,000 undi. Akan tetapi ramalan beliau ternyata tinggal ramalan.

Jika di lihat secara logical, memang agak mendukacitakan setelah pengorbanan di lakukan sebegitu besar oleh BN, majority yang di perolehi hanyalah sebanyak 1,725 sahaja. Ini menandakan bukan semua rakyat Malaysia mahu “dibeli”. Ini juga secara terang menunjukkan rakyat sudah muak dengan ‘drama sebabak’ BN yang hanya akan “menghulur” hanya apabila terdesak !

Turut memberi analisa ialah Ahmad Tamrin Jaini, Pengerusi MPN Sabah, Awang Ahmad Sah, Ketua Cabang Putatan. Hadirin di anggarkan seramai 200 orang.

Tuesday, April 20, 2010

YB. DATUK RADEN MUKHTAR DIHADAP KEMAHKAMAH SYARIAH


YB. Datuk Bung Raden Muhtar Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah dihadapkan kemahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa pengatahuan isteri pertama. Datuk Raden Mukhtar YB. BN.

Isteri keduanya bintang filem Zizie juga dimahkamah. Walaupun perkara berkahwin dua itu satu perkara biasa, walaupun bini pertama itu orang kampung Kinabatangan orang "biasa biasa" sahaja, namun kenapa boleh sampai kemahkamah? Tentu tiada restu bini tua?

Ini mesti kes "chori chori cupke chupke" lah ni. Ini kes cari TRIMUT ni mesti belajar dari Chacha Musa lah ni he he he syabas mera prajee. Bilkul achahe.

Masalahnya sebagai Ahli Parlimen, mesti mahu selalu turun padang jumpa rakyat, tolong rakyat, banyak lagi rakyat Kinabatangan yang miskin tegar perlu bantuan.

Berbini tidak salah. Tapi mesti pandai cari masalah rakyat untuk diatasi. Jangan sampai rakyat kata YB cuma pandai cari bini sahaja, he he he jangan marah nanti cepat tua. Kini masih muda lagi "rambut pun belum putih lagi".

Semua orang nampak rambut Bung Raden sudah hitam, bagus lah tu.He he he. Lain kali mesti kasi tahu bini tua dulu, kalau ada persetujuan baru kahwin muda. Kalau bini tua tidak setuju, pujuk baik baik, tidak setuju juga? Buat pura pura kapisan.


GuestBooker 1.8