Thursday, April 29, 2010

DR. JEFFREY : DIALOG DAN ANALISA KEPUTUSAN PRK HULU SELANGOR


Oleh Halik Zaman

Bertempat di kediaman Datuk Kalakau Untol di Kg, Roun, Topokon Tuaran, telah berlangsung satu dialog dan analisa mengenai PRK Hulu Selangor. Beberapa kepimpinan MPN Sabah turut hadir, antaranya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, sdr Ahmad Tamrin Jaini, Hj Awang Tengah Amin, Awang Ahmad, Richard Jayasuria serta beberapa orang lagi kepimpinan Cabang Tuaran. Ketua Cabang Tuaran, Tn Hj Ansari Abdullah tidak dapat hadir berikutan ada beberapa masalah yang perlu di tangani. Majlis bagaimanapun berjalan dengan lancar dan teratur.

Memulakan acara,, Datuk Kalakau membicarakan pengalaman beliau semasa mengikuti rombongan kempen di Hulu Selangor. Beliau juga menyatakan mungkin factor kelewatan memberikan tanah dan bantuan kepada golongan yang memohon salah satu pemangkin kekalahan kecil di Hulu Selangor.


Namun yang pasti menurut beliau lagi, factor utama kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor ialah gelombang “bantuan” wang ringgit kepada masyarakat tempatan oleh Barisan Nasional. Di anggarkan BN telah menabur sebegitu besar jumlah peruntukan semata-mata untuk menyebabkan rakyat merasa terhutang budi dan memaksa mereka untuk membalas budi dengan memangkah undi kepada calon BN.

Datuk Dr Jeffrey dalam ucapannya menyatakan, BN telah memainkan strategi kotor secara besar-besaran. Mana tidaknya, sebelum penamaan calon, BN telah menempatkan anggota sayap Wanitanya di kampung-kampung untuk di jadikan anak angkat dan seterusnya menghulurkan “bantuan” kepada penduduk kampung.

Anggota sayap Wanita ini telah di latih untuk memperlihatkan keperihatinan mereka terhadap kebajikan penduduk kampung. Bagi penduduk kampung pula mereka tidak dapat menghidu tujuan sebenar wanita-wanita ini “berlakon” sedemikian. Penduduk kampung ini merasakan mereka ini ikhlas tanpa mahu apa-apa tujuan politik.

Namun hakikiatnya menurut Dr Jeffrey lagi, BN terpaksa melakukan pengorbanan sebesar-besarnya semata-mata untuk memenangi PRK Hulu Selangor. Timbalan PM menyatakan dengan bangganya, BN akan memperolehi majority sekurang-kurang 6,000 undi. Akan tetapi ramalan beliau ternyata tinggal ramalan.

Jika di lihat secara logical, memang agak mendukacitakan setelah pengorbanan di lakukan sebegitu besar oleh BN, majority yang di perolehi hanyalah sebanyak 1,725 sahaja. Ini menandakan bukan semua rakyat Malaysia mahu “dibeli”. Ini juga secara terang menunjukkan rakyat sudah muak dengan ‘drama sebabak’ BN yang hanya akan “menghulur” hanya apabila terdesak !

Turut memberi analisa ialah Ahmad Tamrin Jaini, Pengerusi MPN Sabah, Awang Ahmad Sah, Ketua Cabang Putatan. Hadirin di anggarkan seramai 200 orang.

No comments:

Post a Comment