Tuesday, April 20, 2010

UMNO TIDAK KUAT DI TENOM TAPI PKR MASIH LEMAH


Oleh Halik Zaman-Tenom

Jika di lihat scenario politik di Tenom Sabah, dapat di lihat dengan sejelas-jelasnya bahawa kedudukan UMNO dan BN agak goyah dan rapuh di sini. Terlalu banyak kelemahan yang tidak mampu di atasi oleh kepimpinan UMNO di kawasan pedalaman ini. Walaupun UMNO/BN di lihat tidak kuat, tetapi PKR juga lemah kurang bermaya.

Namun PKR di Tenom tidak seberapa gah dari segi pentadbiran, strategi, berlakunya ketidak-sefahaman sesama sendiri serta perebutan kuasa yang memangkin factor PKR di lihat sebagai sebuah parti yang lemah. Perspektif inilah yang harus kita lupuskan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Tenom ini.

Beberapa aspek kelemahan UMNO seperti factor kemunduran ekonomi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dari Kerajaan UMNO/BN. Masih banyak dapat di lihat penduduk – penduduk kampung yang miskin tegar yang hidup berlandaskan system kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Kepimpinan UMNO/BN di Tenom khususnya hanya sibuk menjaga kepentingan dan privilej diri dan kroni-kroni sendiri dari memikirkan strategi terbaik untuk bantu menaik-tarafkan ekonomi orang orang kampung. Naik tarafkan jalan raya selalu dibuat kerana itu satu keberuntungan diri Ketua Ketua Bahagian, Wanita dan Puteri UMNO.

Masing-masing sibuk mengejar tender, itupun negotiate tender (main kasi sahaja) .Bukannya tender terbuka, tau-tau sudah dapat tender, kerana Ketua Ketua ada cable orang atas. Hebat bukan !! Kebajikan rakyat bukan masalah buat mereka, masalah mereka siapa cepat, siapa ada cable orang atas dia dapat !!

Melalui beberapa survey yang di jalankan, rakyat Tenom walau apa pun fahaman ideology politik mereka, semuanya ketandusan bimbingan dari kepimpinan. Segala permasalahan mereka tidak di ambil peduli oleh para 'Firaun kecil projek' dalam UMNO diTenom.

Kepimpinan PKR di Majlis Pimpinan Negeri harus melaksanakan satu inisiatif dengan sentiasa para pemimpin dari MPN turun padang ke daerah-daerah pedalaman seperti Tenom. Kerana kehadiran para kepimpinan Negeri mampu menyuntik satu anjakan paradigma dan semangat supaya mereka lebih bersatu – padu dan sedar bahawa kelemahan UMNO/BN di Tenom merupakan satu lonjakan bonus buat kepimpinan PKR di Tenom menawan daerah ini.

No comments:

Post a Comment