Monday, April 12, 2010

TAN SRI MUSA HASSAN MACAM MENTERI POLIS NEGARA ?

Oleh: HALIK ZAMAN

PALING lucu sekali bila kita baca dalam akhbar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan nampak 'menggelabah' lantas mencabar Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan tuduhannya dalam Parlimen bahawa ada ejen Israel menyusup masuk ke dalam pucuk pimpinan tertinggi polis di Bukit Aman.



Lantas tanpa fikir panjang kedudukannya sebagai Pegawai Tinggi Kerajaan lalu mencabar Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan tuduhannya dalam Parlimen. Ini membuktikan Musa Hassan tidak mempercayai Menterinya, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein.

Boss polis itu fikir ‘semua perkara, polis boleh campur tangan’ walaupun perkara perkara yang timbul dalam Parlimen. Publik pun tahu setakat mana kuasa Ketua Polis Negara? Sebagai seorang Pegawai Tinggi Kerajaan tidak mungkin beliau tidak tahu apa tanggung jawabnya?

Beliau suka main 'serkap jarang' main hentam kromo sahaja suka hati, mahu campur hal ehwal perkara yang timbul dalam Parlimen. Dia tidak tahu yang dia Pegawai Kerajaan. Beliau suka hati bertindak mungkin menganggap dirinya sebagai 'Menteri Polis Negara?'

Seolah-olah Musa Hassan tiada hormat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn atau menganggap Hishamuddin bagai PATUNG duduk di Parlimen tidak tahu memberi jawapan apa-apa sehingga Musa Hassan terpaksa bersuara dari luar gelanggang mencabar Ketua Pembangkang membuktikan tuduhannya. Mungkin Musa Hassan tidak arif dengan peraturan Parlimen pada hal suatu hari dulu dia memberi tahu bahawa dirinya berkelulusan peguam?

Ada peruntukan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 18 (2) perkara itu boleh dibahaskan dalam Parlimen menerusi notis yang diberikan. Hishamuddin pun boleh memberi arahan kepada pihak polis, SPRM dan Majlis Keselamatan Negara untuk menyiasat tuduhan tersebut tanpa Ketua Polis Negara menyibuk campur tangan hal ehwal Parlimen. Jaga jenayah bukan jaga politik, Boss!.

Walaupun rakyat mungkin kurang begitu percaya bahawa peranan penyiasatan polis dan SPRM yang dianggap kurang berkecuali dalam siasatan mereka melakukan tugas secara bebas dan berintegriti berpandukan siasatan kematian misteri saksinya dan bekas pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock manakala Majlis Keselamatan Negara pula dikuasai polis dan pegawai Kementerian Dalam Negeri yang kredibilitinya dicurigai. Lain kali fikir-fikirlah dulu baru buat kenyataan. Jangan gelojoh!.

No comments:

Post a Comment