Mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah bertempat di Pejabat PKR Negeri telah diadakan pagi tadi, dalam mesyuarat itu encik Ahmad Tamrin, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah telah menyeru semua Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah lebih memberikan tumpuan dan focus serta komited untuk memperlipat-gandakan jumlah keahlian di setiap cabang-cabang yang mereka terajui.
Beliau juga berharap kesemua Ketua-Ketua Cabang berusaha dengan gigih dengan mengutilisasikan sepenuhnya fungsi setiap AJK dan sayap kepimpinan Wanita/AMK/Srikandi untuk membantu mendaftarkan setiap generasi muda sebagai pengundi yang sah. Satu gerakan kerja harus di pertanggungjawabkan untuk mencari dan membantu anak-anak muda ini dalam urusan pendaftaran sebagai pengundi.
"Misi penerangan ini boleh di pelbagai bentuk saluran media sama ada IT atau cetak agar rakyat akan lebih memahami halatuju perjuangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mahukan rakyat faham hanya dengan memberikan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak sahajalah yang mampu membuktikan sesungguhnya perjuangan Pakatan Rakyat hanyalah untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia." Tambah Tamrin lagi. Ahmad Tamrin menjelaskan, "Kita mahu buktikan bahawa Pakatan Rakyat di wujudkan demi membela nasib rakyat Malaysia yang selama ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari Kerajaan UMNO/BN yang ada pada hari ini. Maka untuk melaksanakan visi ini, semua saf kepimpinan PKR di Sabah dan seluruh Malaysia haruslah mulai saat ini bekerja kuat untuk rakyat walaupun sementara ini masih lagi memakai tag pembangkang
No comments:
Post a Comment