Saturday, April 10, 2010

DR. JEFFREY :- LUPAKAN SENGKETA, KITA MESTI BERSATU UNTUK MENANG



Oleh Halik Zaman

Datuk Dr Jeffrey Kitingan Naib Presiden PKR, telah menasihatkan semua Ketua Ketua Cabang PKR yang hadir dimesyuarat Kepimpinan PKR Negeri pagi tadi untuk tidak mengamalkan sikap perkauman dalam diri dan dalam pertubuhan PKR kerana kita berada dalam PKR adalah dalam satu keluarga yang di panggil Parti Keadilan Rakyat yang mengamalkan system multi-racial party.


"Sebagai penyokong parti politik yang berlandaskan prinsip berbilang suku bangsa bahawa diri kita mewakili semua kaum, kita tidak seharusnya membudayakan attitude yang mewakili kaum atau suku bangsa sendiri. Sebagai pemimpin sejati yang berada dalam lingkungan parti multi-racial, kita seharusnya meletakkan diri kita sebagai seorang pemimpin yang mewakili semua kaum baik di Sabah mahupun di Malaysia." Nasihat Dr.Jeffrey selaku Naib Presiden PKR Malaysia.

Menurut Dr Jeffrey lagi, "Sebagai salah satu penggerak sebuah organisasi yang besar seperti PKR dan Pakatan Rakyat, penyatuan dalam parti dan perpaduan erat di antara saf kepimpinan dan barisan keahlian harus di berikan penerapan yang utama untuk diperketatkan fahaman multiracial".

"Perlu di ingatkan bahawa kerana system keutamaan penyatuan dan perpaduanlah maka Pakatan Rakyat berjaya menggoyah beberapa negeri yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Kerana penyatuan dan perpaduan yang di amalkan oleh seluruh keahlian dan kepimpinan Pakatan Rakyatlah, maka beberapa orang pemimpin-pemimpin ‘gergasi’ UMNO dan Barisan Nasional tumbang di tangan pemimpin-pemimpin yang UMNO/BN anggapkan sebagai kerdil dan tidak bermaya. Begitu besarnya kuasa penyatuan dan perpaduan. Maka untuk mengulangi kegemilangan ini di PRU13 kelak, maka system ini harus di teruskan dari masa ke semasa." Tegas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Dr Jeffrey juga menyeru semua Ketua-Ketua Cabang PKR di Sabah untuk memberikan 'sokongan kenyataan' untuk mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan APCO di Malaysia kerana APCO mempunyai hubung-kait dengan Israel seperti yang kita semua baca dalam pendedahan akhbar ahkbar. Sebagai pendokong parti, kita harus memberikan sepenuh sokongan padu kepada Dato’ Seri Anwar yang telah membongkar penglibatan APCO dalam system pentadbiran Kerajaan UMNO/BN.

Selain daripada itu, sebagai tunjang kepimpinan PKR di Sabah, kita juga harus memberikan dokongan tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Seri Anwar dan keluarganya dalam perjalanan perbicaraan kes fitnah ke-2 beliau. Ianya memang secara terang dan nyata satu lagi epilogue cerita fitnah berdasarkan pemeriksaan awal 3 orang doctor yang telah mengesahkan secara bertulis bahawa Saiful tidak ada kesan di liwat.

Melihatkan bukti ini, kita dapat melihat betapa pemimpin utama kita di berikan tekanan yang amat hebat dan sebagai pendokong setia PKR, kita seharusnya senantiasa berdiri teguh di belakang beliau dan keluarganya.

No comments:

Post a Comment