Tuesday, April 6, 2010

TAJUK BERPINCANGAN BAGAIMANA PEMBAHAGIAN TANAH YS

Tanah Yayasan Sabah yang sudah tidak berkayu balak, kalau Pakatan Rakyat memerintah Negeri Sabah akan dibahagi bahagikan kepada rakyat Sabah untuk tanaman kelapa sawit bagi menjamin masa depan penghidupan rakyat Sabah.

Zulimran Nasution Abdullah Omar
Zulimran Nasution Abdullah Omar

Klu ada dokumen pengagihan atau yg seumpamanya lagi bagus dato'...

Mohd Zakaria Mandalam
Mohd Zakaria Mandalam

Saya rasa rakyat Sabah sekarang kurang berminat dengan pengagihan keuntungan ni kerana lama sudah kita dengar dalam kempen pilihanraya samada kerajaan atau sebaliknya. Bagus niat itu kalau harta itu diagihkan kepada mereka yang betul-betul memerlukannya seperti fakir dan miskin. Rakyat Sabah sekarang lebih percaya akan usaha diri sendiri untuk ... See Morememajukan diri mereka. Kalau mau bergantung terus-terusan kepada pemerintah sampai bila-bila pun diri kita akan terkongkong dengan budaya mengharap. Ini cuma pandangan saya sebab saya percaya dengan motto saya, tidak ada benda percuma dalam dunia ni, kalau mau berusahalah.

Halik Zaman
Halik Zaman

Fakir miskin andaian saya manusia yang sudah tidak mampu berusaha tiada dayaupaya. Orang orang muda ia bukan lah fakir miskin, ia dikategori sebagai orang muda 'orang pemalas' kalau tidak mahu berusaha.

2. Maksud saya tanah yang kosong yang dimiliki oleh Yayasan Sabah, dibahagikan kepada rakyat Sabah yang mampu berusaha untuk tanaman kalapa sawit.

3. Beri kemudahan pinjaman Bank.... See More

4. Jadikan ia satu scheme kelompak "Scheme Kelapa Sawit Rakyat" yang ditadbirkan oleh Kerajaan.

5. Setiap individu punya 20 ekar tanaman kelapa sawit

6. Scheme ini berbeza dengan peraturan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah.

Francis Daniel
Francis Daniel

janji2 politik ini kebanyakan kosong, senang dibuat semasa belum duduk didalam bilek mewah, tetapi bila dah berjaya terlalu banyak pula alasan untuk mengotakan janji. Paling2 ygng boleh dibuat ialah menukar kerusi tempat duduk pemimpin lama kepada kerusi baru cuma dgn alasan kerusi empuk lama itu membawa malang. Akhirnya pemimpin baru kaya sampai ... See Moreduit disimpan dalam tin milo. Kalau senerio macam ini berterusan rakyat yg akan menderita dan bertambah papa kedana. Saya ingin bertanya apakah assurance bahawa tanah yg dibahagi kpd rakyat akan berkekalan kepada rakyat atau hanya sementara sahaja, kalau tak ada perancangan lebeh baik YS saja yg develop tanah itu dan hasilnya diagih kpd rakyat menerusi amanah yayasan sabah. PR harus melihat lebeh jauh kehadapan dan berperancangan lebeh baik dan teratur drpd BN kalau mahu menang dlm PRU akan datang, jng bercakap sj tapi bila bertanding lawan pula sesama sendiri. Apa wawasan sdra Halik masa kini sebenarnya..terangkan kerana kita kenal betul Halik musim BERJAYA...

Halik Zaman
Halik Zaman

Wawasan saya untuk memberi peluang kepada orang muda rakyat Sabah berdikari berdiri diatas kaki sendiri.

Halik Zaman
Halik Zaman

TAMBAHAN..... Beri mereka tanah, beri kemudahan pinjaman Bank.

Arianna Datuk Abdul Ghanie
Arianna Datuk Abdul Ghanie

Oleh kerana itulah kita seharusnya berani membuat perubahan, malangnya setiap agenda dan misi Pakatan Rakyat sering disala-ertikan oleh "mereka" yang telah kenyang dengan projek dan habuan dari UMNO. Hanya golongan ini sahajalah yang berusaha sedaya upaya menghalang Pakatan Rakyat dari terus maju kerana bimbangkan 'periuk nasi' mereka tercemar.

P/S - sometimes terfikir mampkah gaji seorang state minister @ ahli kongsi UMNO membina mahligai serba mewah di persisiran pantai ?

Baharien Agues
Baharien Agues

Kita menyokong sepenuhnya wawasan Datuk. Rakyat telah lama menunggu peluang sebegini untuk kemajuan diri dan negeri. tetapi malangya pemimpin-UMNO yang ada hari ini lebih mementingkan PENCAPAIAN hari ini dari keutamaan rakyat.

Hasmin Azroy Abdullah
Hasmin Azroy Abdullah

Lagi 1 retorik basi... Setakat tanah sekangkang kera itu, kerajaan skg telah byk beri yg lebih baik dan berwawasan... Yg ptg kta brusaha... Wahai pembaca, jangan yg dikejar x dpt, yg dikendong brciciran... org lama sudah brpesan...

Francis Daniel
Francis Daniel

Kalau nak memimpin haruslah mempunyai visi dan misi, jng terlalu bepandangan untuk menjadi YB saja. Memperkayakan diri itu adalah semestinya, bukan dlm BN sj. DSAI pun kaya krna klu dia miskin bagaimana dia boleh memimpin. Tolong jawab.. Darimana dan bagaimana DSAI jadi kaya? adakah DSAI tinggal dalam pondok usang?

Mohd Zakaria Mandalam
Mohd Zakaria Mandalam

Kalau begitu bagus lagi buat tanah kerajaan milik rakyat. Macam ni, katakan kerajaan beri 10000 hektar tanah kepada sesuatu tanaman, jadikan ianya berjaya dan hasil keuntungan diagihkan. Sebagai rakyat mereka perlukan melabur (katakan RM100) untuk mengusahakan tanah tersebut walaupun kerajaan yang buat semuanya. Jadi sekurang2nya ada pelaburan rakyat dan hasilnya rakyat juga dapat.Tidak wujud sikap mengharap tanpa usaha.

Halik Zaman
Halik ZamaN

Pendapat ini pun bagus.

Halik Zaman

Halik Zaman

Saya puji pendapat Mohd. Zakaria, tidak lari dari tajuk yang dibincangkan secara profesional.

Mohd Zakaria Mandalam
Mohd Zakaria Mandalam

Terima kasih Datuk. Dengan melabur pada pemerintah (sesiapa pun jadi kerajaan), kita dapat membantu negeri Sabah sendiri juga. Disamping itu kita juga boleh menikmati hasilnya berterusan.

Anak Sheikh
Anak Sheikh

Datuk..sesetengah masyarakat kita..bila kt membincangkan sesuatu yg membawa kepada kebaikan..ada saja yg ndak kena..napa ya? apakah ni memang udah jd budaya masyarakat kt..cadangan yg baik dpd datuk pun udah disalahertikan..dan saya juga amat bersetuju dgn pendapat en zakaria..alangkah bagus klu cadangan tersebut dpt dilaksanakan..sekurang2nya
..masalah kemiskinan dapat diatasi serba sedikit..

Halik Zaman
Halik Zaman
He he he, saya mana mahu layan 'orang mabuk'. luar dari tajuk.

Sidu Edin
Sidu Edin
Peranan FELDA, LKTNS dan KPD adalah berkaitan dengan agenda yg dimaksudkan ini.

Jika kita ujudkan satu lagi agensi kerajaan untuk mengusahakan tanah rakyat bagi pihak kerajaan, apakah nama yg sesuai diberi kepada agensi berkenaan?

Halik Zaman
Halik Zaman

Nama tidak penting, yang penting hasilnya rakyat dapat.

Halik Zaman
Halik Zaman

Beri peluang kepada generasi muda berdikari, tapi kalau tidak diberikan tanah macam mana nak generasi muda dapat berdikari.

Musli Oli
Musli Oli

TAHNIAH kEPADA PKR...Jangan pulak kalau sudah menang, rakyat seperti kita mahu begitu, pemimpin yg memerintah mahu lain.....

Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah

mana ada lagi tanah yayasan sabah semua sudah diambil oleh felda,felcra,dan macam2 lagi skt gergasi dari semananjung yang datang untuk merebut dan mengambil tanah2 kita,nanti2 rumah kita pun diorang ambil.Tengok saja felda siapa punya?felcra siapa punya? semua semananjung yang punya bukan ada orang bumiputera yang punya.ingat ingat lah pilihanraya akan datang bagi keutamaan kepada parti pembangkang negeri ..........

Dap Sepanggar
Dap Sepanggar

Bagus tu. Tetapi keutamaan harus diberi kpd rakyat sabah yang tiada tanahlah..

Alex Onsu Muragang
Alex Onsu Muragang

Cadanganyang baik tapi apa dah jadi kepada tanah2 milik kerajaan negeri..KPD, SFI dan agency2 yang lain?

Gan Chee Chan
Gan Chee Chan
biar 3 ekar sekeluarga dapat yang penting semua rakyat dapat menikmatinya.........

11 comments:

  1. Setuju benar dengan saranan dan cadangan dari Hj Halik ini. Kita belajar dari kesilapan bah kan, yang penting kita dah kenal-pasti tiada keuntungan yang jitu kepada rakyat Malaysia, yang ada keuntungan yang lebih berpihak kepada kepimpinan dan kroni-kroni sahaja.

    Hj Sulaiman Kamal
    Kg Nyaris-Nyaris

    ReplyDelete
  2. Yang banyak omelan itu datangnya dari mereka-mereka yang ada kepentingan tersendiri. Kami rakyat hanya melopong pakai tengok sahaja apa yang mereka semua dapat. Paling untung di campakkanlah projek-projek murahan kepada ketua-ketua cawangan. Yang lain ? Tepuk dada tanya seleralah.

    ReplyDelete
  3. Kami, orang-orang Sabah berharap sangat akan adanya pembaharuan yang akan di buat istimewanya untuk penduduk kampung sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri sabah ini.

    Ariah - Beaufort

    ReplyDelete
  4. Saya sokong Datuk ! Tekadkan ini sebagai matlamat perjuangan kita dalam membela nasib rakyat.

    Anthony Philip (Kimanis)

    ReplyDelete
  5. Sekiranya jika di ikutkan, inilah perancangan yang bermanafaat kepada rakyat pedalaman di Sabah. Cumanya jangan sahaja perancangan sebelum memerintah tapi bila sudah pegang kerajaan segala perancangan baik ini di lupakan seperti mana kerajaan umno lakukan sekarang ini.

    /benjamin-sipitang

    ReplyDelete
  6. Penduduk tempatan Sabah kebanyakannya tiada tanah kerana ketidak-mampuan berbuat demikian, mungkin rancangan ini bisa merubah kehidupan kita semua.

    Liman Duku

    ReplyDelete
  7. Datuk Halik, kita faham juga mengapa ada sesetangah orang melenting bilamana ada pemimpin PKR buat visi yang sangat berguna. Tahu sama tahukan Datuk !!

    Laila Ajmain
    PO Box 13009, 88831 Kota Kinabalu

    ReplyDelete
  8. Pastikah Datuk PKR mampu melaksanakan "impian" ini ? Kerana memandangkan PKR sekarang ini yang agak huru-hara dan bagaikan retak menanti belah ini ?

    Yussof Amran/Taman Semperlang, KK

    ReplyDelete
  9. kalau inilah wawasan pakatan rakyat, maka kita rakyat sabah tidak seharusnya menolak peluang untuk mengundi pakatan rakyat nanti.

    Hamdan - Sepanggar Bay

    ReplyDelete
  10. Kawan-kawanku sekalian, apa nak tunggu lagi ? Marilah kita berhijrah ke Pakatan Rakyat.

    Anak jati Kg Masapol

    ReplyDelete
  11. Aduh makan jiwa umno kalau nampak perancangan sebegini. Untung PKR kerana mendapatkan pemimpin seperti Halik Zaman. tahniah. Kami akan terus bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

    Bibah Hj Marman
    Pengalat Besar, Papar

    ReplyDelete