Mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah bertempat di Pejabat PKR Negeri telah diadakan pagi tadi, dalam mesyuarat itu encik Ahmad Tamrin, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah telah menyeru semua Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah lebih memberikan tumpuan dan focus serta komited untuk memperlipat-gandakan jumlah keahlian di setiap cabang-cabang yang mereka terajui.
"Kemenangan mutlak dalam PRU13 adalah bergantung kepada kekuatan ahli-ahli di setiap cabang dan negeri dan setiap cabang adalah di wajibkan untuk menggerakkan setiap jentera AJK dan sayap Wanita/ Angkatan Muda/Srikandi untuk menghasilkan program-prgoram penggalakan kemasukkan ahli-ahli terutamanya ahli-ahli terdiri dari generasi muda". Tegas Tamrin.
Beliau juga berharap kesemua Ketua-Ketua Cabang berusaha dengan gigih dengan mengutilisasikan sepenuhnya fungsi setiap AJK dan sayap kepimpinan Wanita/AMK/Srikandi untuk membantu mendaftarkan setiap generasi muda sebagai pengundi yang sah. Satu gerakan kerja harus di pertanggungjawabkan untuk mencari dan membantu anak-anak muda ini dalam urusan pendaftaran sebagai pengundi.
Ahmad Tamrin mengingatkan kepada setiap saf kepimpinan Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah untuk meletak-tepi segala perkara yang remeh-temeh dan perselisihan faham dan pendapat. Semua jurang persefahaman antara kepimpinan dan ahli-ahli harus di rapatkan dengan sebaiknya. Perkara-perkara yang memangkin kepada perpecahan perpaduan dalam parti haruslah di hindari dan di pisahkan sama sekali dalam agenda perjuangan. "Objektif perjuangan haruslah di berikan 100 % kepada motif merakyatkan perjuangan Pakatan Rakyat. Dengan cara mengekalkan perpaduan atau menambah-baikkan kekukuhan parti, bisa memberikan pulangan yang lumayan dalam PRU13. Marilah kita gemblingkan seluruh tenaga PKR untuk tawan Negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya." Rayu Tamrim dengan bersemangat. Ahmad Tamrin memberikan peringatan yang sama kepada semua Biro-Biro Majlis Pimpinan PKR Negeri untuk bersama-sama menjayakan misi penerangan kepada setiap rakyat di Sabah. Biro-biro Majlis Pimpinan PKR Negeri harus memainkan peranan mereka mengikut portfolio masing-masing dalam memperluas dan memperkasakan skop penerangan kepada akar-umbi mengenai aspek halatuju perjuangan dan motif perjuangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
"Misi penerangan ini boleh di pelbagai bentuk saluran media sama ada IT atau cetak agar rakyat akan lebih memahami halatuju perjuangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mahukan rakyat faham hanya dengan memberikan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak sahajalah yang mampu membuktikan sesungguhnya perjuangan Pakatan Rakyat hanyalah untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia." Tambah Tamrin lagi. Ahmad Tamrin menjelaskan, "Kita mahu buktikan bahawa Pakatan Rakyat di wujudkan demi membela nasib rakyat Malaysia yang selama ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari Kerajaan UMNO/BN yang ada pada hari ini. Maka untuk melaksanakan visi ini, semua saf kepimpinan PKR di Sabah dan seluruh Malaysia haruslah mulai saat ini bekerja kuat untuk rakyat walaupun sementara ini masih lagi memakai tag pembangkang
No comments:
Post a Comment