Showing posts with label Dari Pena Ketua-Ketua Cabang. Show all posts
Showing posts with label Dari Pena Ketua-Ketua Cabang. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

KETUA PKR BELURAN NAFI AHLINYA 300 SERTAI UPKO


Laporan Halik Zaman

Ketua Cabang PKR Beluran, Encik Sipin Bin Kadandi @ Ambrose hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan dan propaganda yang di canangkan oleh parti UPKO Beluran bahawa seramai 300 orang ahli PKR telah keluar beramai-ramai dan menyertai Barisan Nasional. UPKO sengaja berbuat demikian demi untuk melemahkan semangat perjuangan ahli – ahli PKR dan juga memandangkan semakin melebar kepercayaan rakyat kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Menurut Sipin, hanya 20 orang sahaja yang berbuat demikian malah sebaliknya Cabang PKR Beluran telah nenerima masuk 400 orang ahli-ahli UMNO menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini. Beliau menyatakan demikian apabila di minta mengulas oleh BIRO Info & Kom. PKR Negeri mengenai dakwaan yang di buat oleh parti UPKO.

Sipin menyatakan dengan tegas bahawa cabang PKR Beluran telah sedaya upaya mengadakan beberapa siri penerangan dan pendekatan kepada penduduk setempat dan menerangkan dengan lebih terperinci hala-tuju dan focus utama perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Maka kerana itulah kebanyakan ahli-ahli UMNO telah berpatah arang dengan kepimpinan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau juga menambah, rata-rata ahli UMNO yang keluar itu telah menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kepentingan diri dan kroni-kroni masing-masing dari mendahulukan keperluan dan kepentingan rakyat jelata.

Maka kerana itulah juga mereka bertekad untuk berjuang di bawah panji-panji Pakatan Rakyat dan akan meneruskan ikrar setia demi perjuangan murni Pakatan Rakyat.

Menjawab satu pertanyaan, Sipin yang juga Ketua Cabang PKR Beluran berkata, " Kini PKR telah begitu mendapat sembutan dari penduduk penduduk Beluran terutama sekali generasi muda yang sangat berminat menyertai PKR Cabang Beluran, dan AMK kini sedang giat berusaha mendapatkan seberapa banyak generasi muda menyertai PKR."

Tuesday, January 19, 2010

PKR SILAM UCAP TAHNIAH KEPADA USAHA AHMAD THAMBRIN

LAHAD DATU--Ketua Cabang PKR Silam Sdr Johanis Abdul Halim mengalu-alukan ilham Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Encik Ahmad Thamrin Haji Jaini mewujudkan Blog Keadilan Sabah dan Facebook Keadilan Sabah untuk menyalurkan semua maklumat dan isu isu semasa politik di Negeri Sabah.

Kata beliau, "langkah untuk menyalurkan maklumat terus ke akar umbi ialah menerusi blog dan facebook walaupun IT belum begitu berkembang keseluruh pelisuk kampung tetapi ia mudah untuk disampaikan ke akar umbi melalui photostat copy yang akan dibahagi bahagikan oleh tiap tiap Cabang PKR kepengetahuan akar umbi."

Tambah Johanis, "Walaupun sudah ada blog PKR Sabah, tapi kebanyakan tulisan dalam bahasa Inggeris dan majoriti pengundi orang kampung tidak faham membaca kecuali dalam Bahasa Kebangsaan 99% orang kampung faham."

PKR Cabang Silam mengucapkan tahniah kepada sidang pengarang, walaupun langkah permulaan tapi ia memberi kesan positif kepada penduduk kampung jika ia diusahakan dalam ertikata dibahagi bahagikan secara photostat kepada orang kampung.