Sunday, February 7, 2010

KITA MINTA AUDIT NEGARA SIASAT MUSA AMAN

Dari Kacamata Halik Zaman

KITA difahamkan Sabah mempunyai peruntukan kewangan yang besar kira kira berjumlah 6 billion untuk pembangunan sektor pertanian, dan kita rakyat Sabah amat berbesar hati ingin tahu dari Musa Aman selaku Ketua Menteri, memaklumkan kepada rakyat Sabah dimana dan bagaimana peruntukan untuk pembangunan pertanian itu dibelanjakan ?

Kita tidak menuduh Musa Aman menyalahgunakan kewangan 6 billion yang diperuntukan untuk pertahnian itu, tetapi tidak salahkan kiranya rakyat mahu tahu kemana perginya wang tersebut digunakan? Sebagai seorang pemimpin yang telus dan ikhlas kepada rakyat dan sekiranya tiada penyelewengan keatas peruntukan tersebut, Musa Aman dengan senang hati bisa memberikan penerangan akan susur-galur perjalanan peruntukan tersebut?

Disinilah rakyat akan menilai ketelusan pentadbiran pemimpin-pemimpin UMNO Sabah. Kerana apa yang mereka harus lakukan kepada setiap peruntukan - peruntukan Kerajaan, seharusnya di pergunakan setiap sen untuk saluran kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu atau disalurkan kelain saluran?

Kita juga mengharapkan Ketua Suruhanjaya Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang akan mengauditkan setiap sen wang rakyat yang telah di peruntukan untuk Sabah segera diaudit, jika terdapat sebarang perbelanjaan songsang, kita berharap tindakan segera akan di ambil dan mengheret mana-mana individu yang terlibat ke muka pengadillan. Itupun seandainya sistem audit negara ini tidak 'memberatkan; mana - mana pihak yang 'berkepentingan'.

Rakyat mahu mendengar ada 'tindakan' bukan cover-up seperti Dato Najib menjelaskan 'cerita cover-up' kehilangan enjin jet tentera, dimana dianggap oleh Najib sebagai 'bukan aset Negara' kerana enjin jet tersebut disifatkan oleh Najib sebagai 'barang lama'.

Kalau Najib menganggap enjin jet yang dicuri itu sebagai 'barang lama' bukan aset Negara , ini bererti Perdana Menteri Malaysia itu 'menggalakkan" lain lain 'barang lama' juga tidak salah kalau dicuri kerana ia bukan aset Negara? (Sila rujuk TV3 Sabtu lalu dan akhbar Utusan Malaysia hari Ahad lalu).

Kalau begitu, tidak salahlah andai ada lagi 'anggota tentera' yang curi 'barang lama' di simpanan stor tentera kerana mengambil 'precedent' atas kes terdahulu ? Makanya, akan berlaku banyak lagi 'barang-barang lama yang berharga' akan hilang dari simpanan di stor tentera !

Berbalik kepada peruntukan pertanian 6 billion untuk Sabah, kita ambil kenyataan dalam TV3 Sablu lalu yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa "dalam UMNO" tidak ada seorang pun yang kebal dari undang undang. Kita mahu beliau mengotakan kata-katanya seandainya ada terdapat ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahi undang-undang. Atau mungkinkah ada lagi 'sistem kambing hitam' yang bakal di korbankan demi untuk menyelematkan 'seseorang' ?

Dan kerana itulah kita minta Audit Negara menjalankan pengauditannya kepada Kerajaan Sabah tentang perbelanjaan projek - projek sama ada menerusi tender terbuka atau negotiate tender yang bertentangan dengan arahan Federal Treasury Act. (Sila rujuk).

Kalau negotiate tender berlaku di Sabah, Musa Aman juga perlu disiasat oleh Audit Negara dan keputusan siasatan Suruhanjaya Audit Negara hendak lah dijadikan blue print sebagai pengetahuan rakyat Sabah. Kita bukan tidak percaya kepada SPRM untuk menyiasat, tapi rakyat sudah kurang yakin dengan kewibawaan SPRM yang kurang betul berfungsi kerana Musa Aman dianggap sebagai terlalu kebal dan kalis tindakan di Sabah.

Kita tidak menuduh, tapi tidak salah kalau kita ingin tahu ketelusan Kerajaan UMNO/BN di Sabah. Kita minta UMNO dan BN buktikan sesungguhnya mereka ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur tanpa ada 'udang disebalik batu'. Kita minta UMNO dan BN dengan segera 'meluruskan' jalan mereka atau jika tidak mereka bakal kehilangan segala kuasa dan kedudukan mereka di PRU13 yang akan datang. Insya Allah.

Ceramah Bersama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim


Bertempat di Pusat Konvensyen Star City, Kota Kinabalu, berlangsung Ceramah Perdana YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Antara penceramah yang turut sama ialah, YB Elizabeth Wong dan YB Dr Xavier Jayakumar.


YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor memberikan ceramah beliau. Antaranya beliau mahu memperingatkan rakyat Sabah agar berani membuat perubahan di Sabah. Selangor telah berjaya menukar 'corak' dengan memberikan lalulan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat.
Kini rakyat Selangor sedang menikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang di berikan Kerajaan Pakatan Rakyat, antaranya menikmati penggunaan air secara percuma dan program merakyatkan ekonomi rakyat yang memberikan sepenuh kebajikan dan keperihatinan kepada rakyat negeri Selangor.


Antara ahli Pakatan Rakyat yang hadir. Kehadiran amatlah menggalakkan.



YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor


YBhg Sdr Ahmad Thamrin, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah memberikan ucapan kata-kata aluan kepada para hadirin.

YB Dr. Xavier Jayakumar memberikan ucapannya. Antara lain beliau menyentuh 'serangan-serangan tuduhan tidak berasas' yang di lemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan segala program anjuran Pakatan Rakyat senantiasa mendapat tempat di hati rakyat Selangor.

YB Elizabeth Wong memberikan ucapan, beliau menyentuh tentang segala persediaan yang harus di buat demi menghadapi PRU13 yang mungkin di adakan tidak lama lagi. Beliau juga memberikan kata-kata perangsang kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk berani membuat perubahan demi suatu kehidupan yang lebih terjamin.

Friday, February 5, 2010

YANG TIDAK DAPAT TENDER KONTRAKTOR UMNOPUTRA

Oleh Ismaily Bongsu

RIBUT RIBUT Tak dapat tender adalah kontraktor UMNOputra yang sebelumnya sapu bersih bila tender terbuka performance melanggar peraturan dan juga price tak menepati piawaian.


PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.

NOTA Pengarang:- Yang kita nampak dalam TV3 perhimpunan Peniaga Peniaga Melayu itu sebenarnya semua orang orang UMNO. Melayu UMNO. Drama yang diarahankan oleh UMNO itu ending-nya mereka mahu buat macam Perak.

Thursday, February 4, 2010

BUKAN PENDATANG ASING YANG JADI PENGUNDI HANTU

Dari Kacamata Halik Zaman:

Di SABAH Pendatang Asing yang ada Mykad tidak berani turun mengundi. Wajah mereka senang dicam. Mereka cuma setakat daftar nama sebagai pengundi sahaja. Yang memangkah undi bagi pihak Pendatang Asing adalah "Orang Dalam".

Orang orang asing yang ada Mykad, orang orang bumiputera dan warga negara yang sudah meninggal dunia. Nama nama mereka ada dalam daftar pengundi.

Setelah jam 5.00 petang pengundian ditutup. Nama mana mereka yang didapati tidak turun mengundi maka kesempatan ini akan diambil oleh "Orang Dalam" untuk memangkahnya. Ini mungkin berlaku di Sabah tapi tidak di SEDARI.

Mungkin perkara sebegini boleh berlaku:-

1. Disebabkan wakil calon cuai

2. Wakil calon tidak berpengalaman

3. Wakil calon tidak tegas

4. Wakil calon kena beli

Mungkin perkara peranan "Orang Dalam" dilakukan di luar bandar, tidak didalam bandar.


Misalnya tiap tiap kawasan Pilihan Raya ada 10 tempat pembuangan undi. Sepatutnya setiap satu tempat pembuangan undi wakil calon mesti kira berapa orang yang keluar membuang undi, kiraan itu mesti sama dengan kiraan Penolong Pengurus Pilihanraya Kawasan. Kalau bercanggah ia mesti ada penipuan.

Setiap wakil calon mesti ada borang yang di tanda tangani dari Penolong Pengurus Pilihan Raya yang menunjukkan bilangan yang keluar mengundi. Ini dilakukan semua ke10 tempat pembuangan undi, pengundi yang turun mengundi.

PASTIKAN borang yang menunjukkan bilangan pengundi yang keluar mengundi disetiap kawasan pembuangan undi oleh wakil calon itu adalah SAMA dengan catitan dalam borang yang ditanda tangani oleh Pengurus Penolong Pilihan Raya Kawasan.

Kita difahamkan ada borang 13 dan borang 14 disediakan oleh SPR yang menunjukkan angka pengundi yang keluar mengundi untuk kegunaan Penolong Pengurus Pilihan Raya Kawasan tapi borang itu tidak dibagi kepada wakil calon, kalau pun dibahagi cuma borang sahaja tanpa ditanda tangani oleh Penolong Pengurus Pilihan Raya Kawasan untuk disahkan.

Wednesday, February 3, 2010

TANPA ANWAR, PKR DAN PAKATAN DIHATI RAKYAT




Dari Kacamata Halik Zaman:

Hari ini TV3 dan setiap agent 'media elektronik dan cetak' berlumba-lumba mengampu Kerajaan dengan menyiarkan pelbagai berita sensasi. Bermula dari liputan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggalah membawa kepada komentar-komentar hentaman dari YB Nibong Tebal yang menurut 'jejak bertapak' Dato' Zahrain.

Pihak media elektronik dan 'TV3 kaki ampu' benar-benar memainkan peranan mereka dalam memastikan 'mission impossible UMNO' berjalan seperti apa yang dirancangkan. Liputan perjalanan perbicaraan Dato' Seri Anwar hari ini, Saiful a.k.a budak suruhan itu di berikan 'penghormatan' di mana segala jawapan dari Saiful di 'highlight'kan dengan tujuan untuk demoralized Dato' Seri Anwar dimata orang Islam. Persis irama dan lagu lagu sumbang arahan Mahathir dulu.

Kenyataan Saiful cukup memualkan. Bagi yang tidak mengenali Dato' Seri Anwar secara peribadi, mungkin akan 'termakan' dengan propaganda 'budak suruhan' itu. Tetapi tidak bagi 'keluarga kami' yang mengenali Dato' Seri Anwar secara peribadi. Segala pertuduhan 'budak suruhan' itu sememangnya tidak logik. Apakah 'budak suruhan' itu sudah lupa dosa dan pahala sehinggakan tergamak memberikan keaiban kepada insan lain ?

Walau kita semua maklum banyak perkara-perkara yang tidak berlaku adil dalam kes perrbicaraan Dato' Seri Anwar ini. Penafian akses kepada bukti-bukti juga amat mendukacitakan. Benar-benar UMNO ingin melihat Dato' Seri Anwar hancur pengaruhnya.

Bermakna, takut betul UMNO dengan Dato' Seri Anwar. Kalau tak takut, kenapa dia teraniaya sebegitu rupa ? Tapi apa nak dikata bila 'gemerlapan RM' terhidang di depan mata, manusia bisa hilang pertimbangan dan kewarasan fikiran. Maka terjadilah apa yang telah terjadi.

Berita sensasi di susuli pula dengan kenyataan YB Nibong Tebal yang menurut langkah Dato' Zahrain Hashim yang ibarat Hang Jebat. Mengapa dan kenapa hal-hal dalaman Pakatan Rakyat mesti di rujuk kepada media massa yang hanya 'terlangap dahagakan' publisiti sensasi dari Pakatan Rakyat ? Apakah tiada jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman seperti ini ?

Kita mengalu-alukan kenyataan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution yang menyatakan PKR akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli yang melanggar etika displin parti tanpa mengira pangkat, status dan kedudukan.

Seperti kenyataan YB Mansor Othman, kita tidak memerlukan insan-insan yang mengkhianati PKR dan Pakatan Rakyat untuk terus berteduh dalam payung PKR mahupun Pakatan Rakyat. Hari ini kita minta barisan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk lebih berhati-hati dalam menilai hati dan budi seseorang pemimpin sebelum mengangkat mereka ke kedudukan yang lebih baik.

Kita khuatir setelah mereka 'didudukkan' di tempat yang selesa, mereka akan 'demand' untuk yang lebih baik dan akhirnya terjadilah seperti sekarang ini, kritikan kepada masalah dalaman parti tidak lagi melalui saluran yang sebenar, sebaliknya mereka 'mengadu' kepada media massa yang menjadi 'agent' UMNO.

Kepada pengelola setiap media elektronik dan cetak, sekiranya kamu mengandaikan segala liputan/laporan yang kamu lakukan dengan harapan untuk mengurangkan pengaruh rakyat terhadap Pakatan Rakyat, anda silap, sebab semakin Pakatan Rakyat di gembar-gemburkan akan musnah, sebaliknya rakyat semakin bersimpati dengan nasib pemimpin Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa tohmahan/fitnah UMNO dan BN.

Hari ini UMNO punya sebaran Am yang meluas berkuasa mengaibkan sesiapa yang mereka suka, hari esok Anwar Ibrahim punya rakyat yang bersimpati dengan hala tuju perjuangannya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman. Semua orang tahu senario politik UMNO untuk membawa Anwar Ibrahim kepenjara dengan seribu satu cara. Tapi ingat, tanpa Anwar Ibrahim PKR dan Pakatan Rakyat akan terus hidup dalam dokongan rakyat jelata Malaysia.

Kekuatan PKR dan Pakatan Rakyat bukan terletak dibahu Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat akan terus perjuang untuk rakyat Malaysia yang sudah tidak tertanggung bebanan kos hidup rakyat yang kian hari kian mencekik leher rakyat. Tanpa Anwar menyedarkan, rakyat sudah sedar kepincangan para pemimpin UMNO. Ingat ! PRU13 kini diambang pintu!!

AHLI AHLI PKR MESTI FAHAM ETIKA BERPARTI

Oleh ismailybungsu
KETIKA saya duduki kerusi Ketua Penerangan PKR Sabah/saya berbicara kritik hanya dalam mesyuarat parti, tetapi tidak panggil Tivi atau bicara di surat akhbar kerana saya tahu etika berparti, meski saya seorang penulis dan bisa menulis kalau mau.

Saya hormat Datuk Halik ketika meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian dan keluar dari ahli PKR, beliau tidak ribut ribut panggil orang surat akhbar atau tulis, tetapi hanya parti sahaja yang tahu bahawa beliau tetap sokong perjuangan PKR yang dikiranya betul dan Ngam.

Saya pegang prinsip Gandhi " Saya tidak mempunytai seorang musuh dalam dunia kecuali yang berlainan pendapat".


Bila KL melantik orang-orang tertentu/saya memang ada membantah kerana itu hak kita, tetapi setelah dilantik saya tetap akur dan menyokong penuh dan tak berbelah bagi/bukan makna saya mengampu tetapi saya hormat perlembagaan atas restu di mesyuarat agong parti dan kuasa presiden melantik. Itu hakikat dan bila yang tidak kita sukai duduk di kerusi itu, maka kita mesti juga sokong bukan kerana dia tetapi kerusi yang diduduki itu. Ini cara kita berparti.

Saya lihat di Sabah berbeda atau di mana-manapun/orang dalam parti bebas menghentam parti melalui surat akhabar dan berlagak sebagai hero dan ini melanggar etika parti dan harus yang berkenaan belajar bagaimana cara berparti dan patutlah diambil tindakan

Nah, sekarang terbukti Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru saja memberi amaran keras dengan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang mengkritik kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat (PR) tanpa asas dan bukti kukuh, apa lagi kalau mengkritik di luar rumah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menegaskan, demi menjaga hubungan baik dalam PR, kepimpinan parti itu bertekad mengambil langkah tegas terhadap anggotanya yang melakukan salah laku disiplin tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan. Nah, saya tambah bukan saja kepada PR, tetapi mengkritik parti yang menyentuh soal dasar diluarpun saya kira harus diambil perhatian.

Dan, memang sepatutnya kepimpinan PKR harus bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan, justeru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat

Keadaan ini saya kira berlaku akibat merujuk tiga pemimpinnya kepada lembaga disiplin parti selepas tindak-tanduk mereka didapati tidak selari dengan disiplin parti. Pemimpin berkenaan ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Bayan Bayu dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti ekoran kritikan yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Selain itu, turut dirujuk ke Lembaga Disiplin parti adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang lantang mengkritik parti yang dikatakan tidak mengambil tindakan tegas terhadap Zulkifli berhubung laporan polis yang dibuat ke atas Khalid.

Individu yang terbabit kata Saifuddin diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing

PKR sejak dulu hingga sekarang telah memberi ruang berbeza pendapat terbuka luas, namun ia bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti

Setiap ahli PKR harus ditekankan bahawa agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangkan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara kerana bidasan pihak media yang didakwanya memberi gambaran negatif terhadap parti itu.

Dalam soal rumah tangga parti biarlah diselesaikan di lingkungan rumah tangga itu sendiri tanpa orang lain tahu yang bisa mempunyai berbeda tafsiran yang mengelirukan rakyat.

Nah, saya kira ahli-ahli PKR di Sabah harus mengambil perhatian akan hal ini dan memilih mana satu yang bisa disebar diluar dan mana satu yang tidak seharusnya menjadi ribut-ributan di media lokal atau perdana nanti.

Komen pembaca


Ansari Abdullah
Ansari Abdullah
Soal disiplin dan perkauman sempit adalah masaalah terbesar PKR diSabah.Banyak pemimpin tidak cilik perlembagaan dan kegagalan lembaga disiplin Parti telah merumitkan keadaan sehingga ada yang berani menyerang kepimpinan PKR dalam media arus perdana yang dikuasai BN.

Ismaily BungsuIsmaily Bungsu

SEJAK dulu hingga sekarang saya memang tidak senang sebahagian orang kita yang kurang beradab dan memang mereka tahu tata sosila parti, tetapi mereka sengaja membikin onar yang akhirnya merosakkan parti. Tidak apa/ini Face book akan saya gunakan untuk memperkatakan apa yang benar dan kalau saya silap/sila tegur saya/saya terima apa saja tanpa dendam dan terasa, yang penting benar dan patut di mata dan di hati kita.

Monday, February 1, 2010

PRU: PENIPUAN BOLEH DI LAKUKAN OLEH "ORANG DALAM"

Dari Kacamata Halik Zaman:

MENGIMBAU kembali tuduhan YB. Azmin Ali pada suatu ketika dulu bahawa arwah ayahandanya yang sudah kembali kerahmatullah, kini sudah berusia hampir 100 tahun pun boleh bangkit dari kubur untuk menjadi pengundi yang sah. Sebenarnya banyak perkara misteri begini sudah pernah terjadi. Di Tuaran pun begitu, Nenek perempuan Haji Ansari Abdullah yang sudah lama meninggal dunia pun bila PRU boleh turun mengundi. Ada pula orang kata di Sabah banyak undi undi hantu?


Ada orang kata pengundi pengundi hantu itu adalah 'undi pendatang' yang sudah diberikan Mycard dan nama mereka sudahpun ada didalam electoral roll, andaian ini pun masih lagi di anggap meragukan kerana ada ruang lain yang lebih canggih dan boleh meyakinkan yang mungkin sudah dilakukan?

Ketika kita menyemak kembali keputusan PRU12 yang lalu di Sabah, dalam amatan kita, 'cuma andaian sahaja' kalau pihak 'penyelenggara' nak menipu dalam PRU, mereka mampu untuk melakukannya. Kerana terlalu banyak ruang kesempatan yang boleh mereka lakukan sebab cara diselenggara PRU itu tidak nampakkan ketelusan, terlalu banyak loop hole yang boleh ditipu.

Andaian kita begini, tidak kesemua calon pembangkang effisien dalam melaksanakan amanah mereka. Ada yang bersikap sambil lewa tanpa menitik beratkan sesuatu keadaan boleh berlaku diluar jangka. Ada kemungkinan silap mata@magic show dilakukan oleh "orang dalam" yang berlaku di hadapan mata pun tidak mereka sedari.

Kita mengambil contoh begini, katakan pada satu kawasan, pengundi berdaftar berjumlah 16,000 orang, yang keluar mengundi cuma 10,000 orang pengundi. Katakanlah calon BN mendapat 8,000 undi dan calon pembangkang mendapat 6,000 undi. Jumlah undi keseluruhan ialah 14,000 orang turun mengundi. Persoalannya ialah, dari mana datangnya undi sebanyak 4,000 sedangkan hakikat asalnya pengundi yang turun mengikut perkiraan sebenar hanya 10,000 orang sahaja yang keluar mengundi? Dengan silap mata ia boleh menjadi 14,000 orang yang sudah turun mengundi?

Waktu mengundi bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Tepat jam 5.00 petang tempat-tempat pengundian di tutup dengan segera. Tidak mustahil di antara ruang masa jam 5.00 petang sehingga 6.00 petang itu segala kemungkinan bisa terjadi. Pegawai-pegawai khas 'orang dalam' akan bekerja 'memangkah bagi pihak' pengundi yang tidak turun mengundi? Cara begini boleh sahaja berlaku dipedalaman. Siapa tahu?

Seperti kita katakan tadi, ini hanyalah cuma andaian. Bukan tuduhan. Katakan dari 16,000 orang pengundi berdaftar di satu kawasan. 6,000 orang pengundi tidak turun mengundi. Maka disinilah kesempatan MUNGKIN boleh di ambil oleh 'pegawai-pegawai orang dalam' untuk 'memangkah bagi pihak' dan katalah mereka memangkah untuk 4,000 undi untuk BN ia termasuk lah Nenek Haji Ansari Abdullah yang sudah lama meninggal dunia pun turut mengundi? Tidak mustahil kalau ada kerjasama 'orang dalam'.

Maka hasilnya amat lumayan, calon BN boleh mendapat 8,000 undi manakala calon pembangkang mendapat 6,000 undi. Ini bermakna 80% pengundi turun mengundi, walau hakikatnya cuma dalam 60% sahaja peratusan turun mengundi.

Penyelewengan ini boleh di lakukan setelah agent-agent calon pilihanraya di arahkan pulang oleh Pengurus Pilihanrya setelah jam 5.00 petang. Maka KEMUNGKINAN kesempatan ini di pergunakan sepenuhnya oleh 'pegawai-pegawai khas' ini untuk 'menunaikan tanggungjawab' mereka dalam memberikan 'kelebihan undi' kepada calon pemerintah.

Juga di fahamkan bahawa agent-agent calon tidak dibenarkan bersama-sama kertas undi dalam satu kereta yang membawa peti-peti undi ke dewan pengiraan. BERKEMUNGKINAN juga di kesempatan ini, 'peti-peti undi yang dipangkah khas' ini di masukkan bersama-sama peti-peti undi yang lain.

Maka kebanyakan Pengurus Plihanraya dikawasan tersebut 'enggan menandatangani' borang yang menunjukkan para pengundi yang keluar mengundi di satu-satu kawasan pilihanraya. KEMUNGKINAN bagi mengelakkan 'kertas-kertas undi khas' di kenal pasti sebagai kertas undi "pengundi hantu orang dalaman". Ia bukan lah undi pendatang?

Kita berharap andaian ini tidak pernah terjadi, akan tetapi tidak mustahil ia MUNGKIN terjadi. Beberapa langkah kepastian harus di ambil demi memastikan sistem pilihanraya di negara ini berjalan dengan adil dan saksama.

Langkah-langkah berikut boleh di ambil bagi mengelak kecurigaan kedua-dua belah pihak. Antaranya pertama, agent-agent calon di benarkan untuk terus berada bersama-sama peti undi dan bersama pegawai-pegawai SPR setelah tamat tempoh mengundi sehingga ketibaan ketempat pengiraan.

Borang - borang pengundi yang keluar mengundi seharusnya di tandatangani oleh Pengurus Pilihanraya dan agen kedua dua calon setelah setiap pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kita berharap perkara diatas dapat di pertimbangkan sekiranya SPR benar-benar telus dan ikhlas melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dengan jujur tanpa ada sikap prejudis terhadap calon pembangkang.