Wednesday, February 3, 2010

AHLI AHLI PKR MESTI FAHAM ETIKA BERPARTI

Oleh ismailybungsu
KETIKA saya duduki kerusi Ketua Penerangan PKR Sabah/saya berbicara kritik hanya dalam mesyuarat parti, tetapi tidak panggil Tivi atau bicara di surat akhbar kerana saya tahu etika berparti, meski saya seorang penulis dan bisa menulis kalau mau.

Saya hormat Datuk Halik ketika meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian dan keluar dari ahli PKR, beliau tidak ribut ribut panggil orang surat akhbar atau tulis, tetapi hanya parti sahaja yang tahu bahawa beliau tetap sokong perjuangan PKR yang dikiranya betul dan Ngam.

Saya pegang prinsip Gandhi " Saya tidak mempunytai seorang musuh dalam dunia kecuali yang berlainan pendapat".


Bila KL melantik orang-orang tertentu/saya memang ada membantah kerana itu hak kita, tetapi setelah dilantik saya tetap akur dan menyokong penuh dan tak berbelah bagi/bukan makna saya mengampu tetapi saya hormat perlembagaan atas restu di mesyuarat agong parti dan kuasa presiden melantik. Itu hakikat dan bila yang tidak kita sukai duduk di kerusi itu, maka kita mesti juga sokong bukan kerana dia tetapi kerusi yang diduduki itu. Ini cara kita berparti.

Saya lihat di Sabah berbeda atau di mana-manapun/orang dalam parti bebas menghentam parti melalui surat akhabar dan berlagak sebagai hero dan ini melanggar etika parti dan harus yang berkenaan belajar bagaimana cara berparti dan patutlah diambil tindakan

Nah, sekarang terbukti Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru saja memberi amaran keras dengan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang mengkritik kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat (PR) tanpa asas dan bukti kukuh, apa lagi kalau mengkritik di luar rumah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menegaskan, demi menjaga hubungan baik dalam PR, kepimpinan parti itu bertekad mengambil langkah tegas terhadap anggotanya yang melakukan salah laku disiplin tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan. Nah, saya tambah bukan saja kepada PR, tetapi mengkritik parti yang menyentuh soal dasar diluarpun saya kira harus diambil perhatian.

Dan, memang sepatutnya kepimpinan PKR harus bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan, justeru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat

Keadaan ini saya kira berlaku akibat merujuk tiga pemimpinnya kepada lembaga disiplin parti selepas tindak-tanduk mereka didapati tidak selari dengan disiplin parti. Pemimpin berkenaan ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Bayan Bayu dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti ekoran kritikan yang dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Selain itu, turut dirujuk ke Lembaga Disiplin parti adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang lantang mengkritik parti yang dikatakan tidak mengambil tindakan tegas terhadap Zulkifli berhubung laporan polis yang dibuat ke atas Khalid.

Individu yang terbabit kata Saifuddin diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing

PKR sejak dulu hingga sekarang telah memberi ruang berbeza pendapat terbuka luas, namun ia bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti

Setiap ahli PKR harus ditekankan bahawa agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangkan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara kerana bidasan pihak media yang didakwanya memberi gambaran negatif terhadap parti itu.

Dalam soal rumah tangga parti biarlah diselesaikan di lingkungan rumah tangga itu sendiri tanpa orang lain tahu yang bisa mempunyai berbeda tafsiran yang mengelirukan rakyat.

Nah, saya kira ahli-ahli PKR di Sabah harus mengambil perhatian akan hal ini dan memilih mana satu yang bisa disebar diluar dan mana satu yang tidak seharusnya menjadi ribut-ributan di media lokal atau perdana nanti.

Komen pembaca


Ansari Abdullah
Ansari Abdullah
Soal disiplin dan perkauman sempit adalah masaalah terbesar PKR diSabah.Banyak pemimpin tidak cilik perlembagaan dan kegagalan lembaga disiplin Parti telah merumitkan keadaan sehingga ada yang berani menyerang kepimpinan PKR dalam media arus perdana yang dikuasai BN.

Ismaily BungsuIsmaily Bungsu

SEJAK dulu hingga sekarang saya memang tidak senang sebahagian orang kita yang kurang beradab dan memang mereka tahu tata sosila parti, tetapi mereka sengaja membikin onar yang akhirnya merosakkan parti. Tidak apa/ini Face book akan saya gunakan untuk memperkatakan apa yang benar dan kalau saya silap/sila tegur saya/saya terima apa saja tanpa dendam dan terasa, yang penting benar dan patut di mata dan di hati kita.

4 comments:

  1. Bang Maily, susah sebab masing2 mau jadi nakhoda, kononnya dialah yang pandai mengemudi bahtera tanpa mereka tahu andai tersalah kemudi bahtera, seluruh bahtera bisa karam dan tenggelam.

    Kita menghadapi masalah komunikasi yang memerlukan tindakan segera.

    Salam reformasi.

    ReplyDelete
  2. Antara faktor utama terjadinya perkara-perkara sebegini, besar berkemungkinan, 'ada tawaran istimewa' dari pihak tertentu.

    Manusia ni, bila 'keindahan kemewahan duniawi' di depan mata, sesiapa pun boleh jadi 'gelap mata' dan bila ini terjadi, maka berlakulah 'adegan mua tunjuk kuat dan berani pada media massa'.

    Mereka-mereka ini sepatutnya 'dicantas' sebelum terlalu parah.

    Sharifah Adelea Syed Armaz
    (Email) blue.sapphire1970@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Masalah displin ini sebenarnya berlaku di mana-mana. Malah dalam UMNO sendiri pun berlaku. CUmanya, UMNO lebih seronok sedikit sekiranya ianya berlaku di kalangan Pakatan Rakyat dan kerana itulah segala media massa berlumba-lumba memberikan publisiti demi membodek Kerajaan.

    Badlishah Hamdi

    ReplyDelete
  4. Belajar memahami apa itu displin dan perlembagaan sebelum berani menentang polisi parti.

    ReplyDelete