Monday, February 8, 2010

DR Jeffrey - Rakyat Mesti Keluar Dari Kepompong Kemiskinan


--Oleh Halik Zaman--

KOTA BELUD - Pakatan Rakyat adalah suatu wadah ikatan kukuh antara PKR, PAS dan DAP. Perpaduan diantara 3 buah parti politik ini hendaklah diperkukuhkan seerat-eratnya untuk mencapai misi kemenangan dalam PRU13 yang akan datang. Jika rakyat Sabah mahu berubah, berubah dalam perekonomian, masa depan rakyat, menjamin kerukunan hidup rakyat Sabah berbilang bangsa dan agama maka pilihan terbaik adalah mengundi Pakatan Rakyat.

Demikian ucapan nasihat dari Dato' Zaid Ibrahim Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat sebagai jemputan kehormat dalam majlis perasmian pejabat Cabang PKR Kota Belud yang dirasmikan oleh Datuk Dr. Jeffrey kitingan baru baru ini. Dato Zaid menekankan bahawa perpaduan dikalangan para pemimpin dan rakyat mesti lah di wujudkan untuk menuju kepuncak kemenangan PKR dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Perjumpaan yang dihadiri kira kira 200 orang ahli ahli PKR yang diadakan dirumah Tuan Haji Shukur Mumin dikampung Kota Belud sampena perasmian pejabat Bahagian PKR Kota Belud itu yang juga dihadiri oleh dua orang mantan ADUN daerah Kota Belud iaitu Ismail Gimbat dan Yapin Gimpoton.

Ucapan perasmian ialah Naib Presiden PKR Malaysia Datuk Dr.Jeffrey Kitingan antara lain beliau berkata, " Rakyat sedar kenapa rakyat mesti memilih calon-calon PKR/PR dalam PRU13 akan datang, salah satu dari sebab sebabnya adalah untuk keluar dari kepompong kemiskinan rakyat yang tinggal dikampung kampung"

"Kemiskinan hidup rakyat dikampung kampung ditambah lagi kenaikan kos sara hidup rakyat yang kian hari kian membebankan rakyat yang miskin bertambah miskin dan yang kaya cuma kumpulan kroni-kroni UMNO sahaja. Patut kah kita biar, lihat dan tunggu sahaja atau rakyat sendiri mesti memilih jalan untuk merubah dengan tidak memilih calon calon UMNO/BN?" Tanya Datuk Jeffrey.

Kata Dr. Jeffrey lagi, " Kita persatukan tekad berazam dengan usaha gigih memberi penerangan kepada sahabat sahabat kita dalam UMNO dikampung kampung, agar segera menyedari hakikat ini bahawa Negeri Sabah sudah dilanda tsunami 'kenaikan kos hidup rakyat'. Kenaikan kos hidup ini akan berterusan sehingga keanak cucu kita. Jika kita tidak bersedia merubah pemerintahan UMNO/BN dari sekarang maka rakyat tidak dapat lari dari kepompong kemiskinan."

Dalam ucapan aluan sebagai Ketua Cabang PKR Kota Belud, Encik Jalumin memberi tahu dalam perjumpaan tersebut, " Masalah PKR diKota Belud ialah masalah biasa seperti masalah yang dihadapi disemua Cabang Cabang PKR diseluruh Sabah, kami memerlukan lawatan lawatan dari para pemimpin PKR Pusat bersama sama pemimpin negeri mendekati rakyat Kota Belud dengan memberi penerangan hala tuju PKR dengan memasuki di seluruh pelusuk kampung kampung."

Kata Jalumin, "Rakyat tidak perlu mengharapkan slogan slogan bahawa kepentingan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, kerana itu sekadar slogan penyedap hati rakyat sahaja, tanpa nampak praktikalnya apa yang rakyat sudah dapat dari slogan itu selain yang jelas 'harga makanan rakyat' begitu mencekik leher rakyat Kota Belud khasnya dan seluruh rakyat Sabah amnya".

Turut memberi ucapan, Encik Mursalim Tanjul bagi pihak Ahmad Thambrin Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri , antara lain beliau mengecam Kerajaan UMNO/BN Sabah semenjak Sabah merdeka bersama Malaysia tidak ada apa apa perubahan yang jelas sama ada perubahan taraf hidup rakyat atau paling tidak perubahan pekan Kota Belud.

"Yang jelas berubah ialah para pemimpin UMNO Kota Belud, lihat dan pandang dengan mata, rakyat pun tahu siapa mereka dulu dan siapa mereka sekarang? Yang miskin papa kedana adalah rakyat dikampung kampung Kota Belud, tanpa ada perubahan walaupun para pemimpin UMNO Kota Belud bertukar ganti". Jelas Murdsalim.

Turut memberi ucapan Tuan Haji Shukur Abdul Mumin.

6 comments:

  1. Syabas Keadilan Kota Belud. Semoga terus maju jaya.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  2. Ingkakad no Dr Jeff !!!

    ReplyDelete
  3. Saudara Pdengarang

    Zaman sekarang rakyat perlu ikut perubahan. Saya sokong seruan Dr.Jeffery kita mesti usaha sendiri untuk keluar dari bawah tempurung. Orang kampung mau idup bahhh.

    Kalu kita masih lagi pilih UMNO, calon UMNO manang PRU, macam ini juga Bajau KB, siap pilihanraya pergi padang kuda. Tiada perubahan.

    Kita mesti ubah nasib kita sendiri, jangan undi BN. Cuba dulu baru cakap !

    ReplyDelete
  4. Dr.Jeff turun padang. Syabas Datuk

    ReplyDelete
  5. editor

    saya mahu berbah. saya tidak akan tertipu lagi dari janji janji pilihanraya BN.

    ReplyDelete
  6. Dinakan sokomon

    Yen lagi? Pelua tah umno posok PKR. Betiu sokomon bang'raat Sabah pelua ramai ramai tah umno posok pkr.

    (dinakan datu salleh--Kota belud)

    ReplyDelete