Friday, February 12, 2010

DATUK JOHN GHANI SAMBUT ULANG TAHUN 60 PENUH EMOSI

Laporan Halik Zaman

KUALA PENYU - Datuk John Ghani Naib Pengerusi Pimpinan PKR Negeri baru-baru ini telah mengadakan suatu majlis non-politik, sempena sambutan majlis hari jadinya yang ke-60 bertempat dirumahnya diKuala Penyu. Di anggarkan seramai 1,000 orang yang hadir ke majlis berkenaan.

Menurut Datuk John, jemputan beliau merangkumi semua peringkat umur dan fahaman ideologi politik. Ramai pemimpin dari berbagai parti politik hadir di majlis tersebut termasuk Pegawai Daerah, pegawai pegawai Kerajaan Negeri dan Ketua Ketua jabatan Persekutuan.

Dalam majlis berkenaan, Datuk John telah mengingatkan setiap anak anak dan remaja agar lebih menghargai pengorbanan ibu dan bapa semasa hayat mereka masih ada. Beliau memberi nasihat kepada anak anak agr selalu tekun belajar demi masa depan mereka.

"Ibu dan bapa adalah suatu anugerah Tuhan yang amat berharga pada kita semua. Tanpa ibu dan bapa, kita tidak mungkin wujud di dunia ini. Oleh yang demikian, hargai dan sayangilah mereka semasa mereka masih ada. Kerana apabila mereka telah tiada, kita akan merasa suatu kehilangan yang amat berharga dalam hidup kita." Ujar Datuk John kepada hadirin yang hadir.

Beliau juga menyatakan rasa sedih beliau kerana ada terdapat anak-anak muda yang tidak pandai menghargai ibu bapa dan warga tua. Bagi mereka, zaman mereka yang lebih tua telah berlalu, kini zaman orang-orang muda. Maka kerana itulah terwujudnya rumah kenangan orang-orang tua kita.

Beliau juga menzahirkan rasa kesedihannya bila mengingatkan setiap warga emas yang menghabiskan usia mereka di rumah kenangan orang-orang tua. Padahal mereka ini mempunyai keluarga namun mereka mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kedua orang tua mereka. Mereka lupa segala jasa-jasa dan pengorbanan kedua orangtua mereka dalam membesarkan dan mendidik mereka.

Datuk John juga berharap, lapisan generasi muda yang akan datang akan lebih menitik-beratkan kasih sayang terhadap orang tua dan keluarga.

"Sayangi orang tua dan keluarga kita, kerana merekalah harta yang paling amat berharga bagi setiap insan." Ujar Datuk John mengakhiri ucapannya pada petang itu dengan penuh rasa emosi kerana beliau juga tergolong daripada orang yang sudah kehilangan orang tuanya.,

No comments:

Post a Comment