Anwar musuh utama kepada pengkhianat sebenar
Kenapa Anwar perlu dijatuhkan?
Kenapa Anwar perlu dijatuhkan?
Perbicaraan ke atas Dato` Seri Anwar Ibrahim bermula pada 2 Febuari 2010. Seraya itu serangan jahat dan mengotorkan dibuat oleh media arus perdana dengan tujuan membentuk minda dan pemikiran rakyat Anwar sebagai insan yang tidak bermoral. Tujuan akhirnya adalah untuk menyelamatkan bahtera BN yang semakin terus ditolak Rakyat.
Sejak 8 Mac 2008 apabila BN ditolak oleh rakyat, pilihanraya – pilihanraya kecil selepas 8 Mac 2008 lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan Anwar membawa harapan baru kepada rakyat dan pencapaian memberangsangkan negeri Pakatan telah mendorong ahli-ahli Parlimen BN sendiri menunjukkan sikap yang kian pudar terhadap Najib. Ianya terbukti dengan kemenangan tipis 3 undi ketika meluluskan belanjawan 2010.
Justeru, Najib melihat Anwar perlu segera di lenyapkan dengan meneruskan drama fitnah kedua ini. Watak-watak yang hampir sama dengan fitnah tahun 1998 turut terlibat dalam kes kali ini, malahan sedari awal Anwar telah membangkitkan kebimbangannya dengan sikap Musa Hassan dan Gani Patail yang jelas mereka cipta bukti bagi kes pertama dahulu.
Perkembangan plot cerita fitnah 2 semakin membuktikan bahawa ianya satu agenda konspirasi jahat Najib:
✦ Mengapa perlu Saiful untuk bertemu Najib, Rosmah sebelum membuat laporan polis.
✦ Mengapa perlu Saiful bertemu dengan SAC Rodwan Yusuf di hotel Concorde Kuala Lumpur, iaitu orang yang didakwa bertanggungjawab memalsukan bukti darah Anwar pada tilam dalam kes fitnah 1.
✦ Ustaz Ramlang Poringi, imam yang dikerah untuk menghadiri sumpah palsu Saiful telah dengan terang mengesahkan bahawa majlis sumpah palsu tersebut diuruskan oleh salah seorang pegawai Najib sendiri.
✦ Mengapa sehingga perbicaraan bermula Anwar gagal mendapat dokumen dan bahan bukti pendakwa walaupun ianya jelas tertakluk di dalam undang-undang kanun acara jenayah bahawa pihak tertuduh berhak mendapat dokumen perbicaraan.
✦ Mahkamah tinggi kelihatan tergesa-gesa meneruskan pendakwaan walaupun Anwar masih lagi perlu mendengar permohonan rayuan Anwar untuk menolak kes ini dan permohonannya mendapatkan dokumen sebagaimana haknya dalam undang-undang.
✦ Mengapa sehingga perbicaraan bermula Anwar gagal mendapat dokumen dan bahan bukti pendakwa walaupun ianya jelas tertakluk di dalam undang-undang kanun acara jenayah bahawa pihak tertuduh berhak mendapat dokumen perbicaraan.
✦ Mahkamah tinggi kelihatan tergesa-gesa meneruskan pendakwaan walaupun Anwar masih lagi perlu mendengar permohonan rayuan Anwar untuk menolak kes ini dan permohonannya mendapatkan dokumen sebagaimana haknya dalam undang-undang.
Soalan Lazim
Mengapa Anwar Ibrahim tidak bersumpah memegang Al-Quran sebagaimana di lakukan Saiful ? Adakah ini menunjukkan Anwar tidak berani dan seperti ada cuba disembunyikan?
Jawapan:
Menurut perundangan Islam, pembuktian sesuatu pertuduhan harus dilakukan di mahkamah bukan melalui sumpah. Sumpah adalah jalan akhir setelah segala bukti dan perbicaraan menemui jalan buntu.
Dalam hal ini Dato` Seri Anwar telah membawakan kes ini di Mahkamah Syariah dengan mengenakan pertuduhan Qazaf – (menuduh zina/liwat tanpa 4 saksi). Namun sehingga ke hari ini hal ini disembunyikan dan dilengahkan oleh mahkamah. Sumpah dengan kaedah mengangkat al-Quran tidak pernah diajarkan oleh Islam, kaedah itu kurang tepat dan menyerupai ajaran agama lain.
Kiranya langit itu ada tangga, akan ku panjat anak tangga itu "satu demi satu" berjumpa Allah Ta'Allah. Akan ku minta kepadaNya bebaskan lah Anwar Ibrahim dari diaibkan oleh manusia manusia jalang.
ReplyDeleteKiranya diri ini ada sayap, akan ku terbang kelangit berjumpa Allah Ta'Allah, ku pinta kepadaNYA, engkau rejamlah manusia manusia durjana itu, termasuk orang orang yang tidak memberi keadilan keatas Anwar Bin Ibrahim.
Halik Zaman
Adakalanya kita tidak tahu sama ada masih wujudkah 'keadilan' di negara ini ? Memandangkan ianya lebih cenderong kepada sistem diktator.
ReplyDeleteDuinah..kamirang suma doakan untuk Anwar, kamirang tau bah mana yang betol mana tiak. Kamirang bukan lembu ndak pandai mengarti bah.
ReplyDeleteBobohizan Penampang
Democracy and justice.. is it still exist ??
ReplyDeleteahhh betul kaa DSAI buat perkara itu? Saya tidak percaya.
ReplyDeleteTidak juga saya percaya keputusan 'akim akim' rasuah, lihat diPerak apa jadi?
Ini cerita NAJIB cemburu pengaruh ANWAR. Jadilah Sialfool kambing hitam.
ReplyDeleteDoa untuk anwar. sumpah untuk Nahejib dan big mama
ReplyDeleteTuan Pengarang
ReplyDeleteEsok lusa hantu bangkit altantuya akan cari al-najibi, dimana mana, najibi berada.
2. budu punya cerita dalam mahkamah.
3. kalau nuai antam depan saya caya tapi belakang mana buli masuk kalau umur 60 tahun suda lamas bah.
4. kalu nuai buat dari blakang, kenapa si-sialsaipol tidak tendang biji nuai?
5. keraguan melampaui batas.
Cerita dimakamah itu semua lakunan
ReplyDeleteEditor BS Keadilan
ReplyDeleteSemakin orang UMNO suka Anwar diaibkan semakin pengundi rasa simpati pada Anwar@PKR
$Pemimpin UPKO$
Apa UMNO pikir orang kampung buduh sangat kah? Suda lah wayang itu tidak laku lagi bah.
ReplyDeletePengarang
ReplyDeleteMacam itu sapu lidi bah, kalu satu saanang dipatah, cuba kalu banyak itu lidi, boleh patah kahhh sanang sanang?
2. Bagitu juga kita dalam pkr. pru13 jangan undi bn bah, sanang baitu.
sabahan