Sunday, February 28, 2010

Ceramah Dato' Seri Anwar Mempersonakan di SM Kian Kok, Kota Kinabalu







Laporan Halik Zaman:

SETIBANYA Ketua Umum PKR Dato’' Seri Anwar Ibrahim diperkarangan SM Kian Kok Likas untuk acara Rumah Terbuka Pakatan Rakyat, beliau disambut dengan ribuan manusia berbagai fahaman agama dan bangsa rakyat Sabah. Di perkarangan SM Kian Kok penuh sesak dengan manusia, pekikan reformasi berkumandang. Tepuk sorak gema gempita jeritan rakyat marhaen "Hidup Anwar" tidak putus putus bagai menyambut seorang Wira Negara ke persada bonda yang dianggap oleh rakyat Sabah sebagai " Penegak Demokrasi Negara Malaysia.

Dalam Dewan Kian Kok juga, ribuan manusia yang telah menantikan ketibaan Dato’ Seri Anwar sambil bertepuk tangan menyambut kehadiran pemimpin yang dikagumi oleh rakyat Sabah, teriakan rakyat terus memecah kesunyian "Kami mahu perubahan, kami benci fitnah dan kezaliman BN".

Pengerusi DAP Negeri Sabah Dr. Hiew King Chew yang juga merupakan Pengerusi Bersama Pernganjur 'Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Tahun Baru Cina' memaklumklan kepada orang ramai bahawa, PRU13 akan datang ini Komponen Pakatan Rakyat Sabah akan mencabar Barisan Nasional Sabah dengan "Satu Lawan Satu" disetiap kawasan PRU di seluruh Negeri Sabah. Memperjuangkan hak rakyat Sabah dibandar dan luar bandar".

Kata Dr. Hiew, "DAP Sabah mampu berbuat demikian kerana DAP yakin dengan semangat kerjasama dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat Sabah yakin hanya dengan bersatu padu tenaga antara PKR, DAP dan PAS sahaja lah yang boleh menumbangkan dengan mudah Barisan Nasional Sabah yang lebih bijak bercakap propadanda bohong hakikatnya BN cuma memperjuangkan hak kroni dan memperkayakan diri para pemimpin itu sendiri."

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah Ustaz Hishamuddin turut berucap menyatakan dalam perhimpunan raksasa di Kian Kok itu memberi tahu bahawa PAS senantiasa terbuka untuk berkerjasama dengan PKR dan DAP demi untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah, PAS juga berharap PRU13 nanti Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan BN "Satu Lawan Satu".

Penasihat Nasional DAP , YB Lim Kit Siang turut menyatakan dalam perhimpunan tersebut bahawa "Para pemimpin UMNO tersilap membuat perhitungan kepada DAP dalam Pakatan Rakyat DAP kononnya tidak boleh berkerjasama dengann PAS dan PKR, kerana DAP mempunyai ideology yang berlainan, UMNO meramalkan usia ikatan perpaduan dalam Pakatan Rakyat paling lama 6 bulan sahaja ia akan punah, ranap, hancur dan musnah dilanda pergeseran ideology."
"Berlainan ideology itu bukan penghalang menuju kepuncak kejayaan. Sudah kami kikiskan perasaan perkauman dalam DAP demi Pakatan Rakyat, kami buang pergeseran ideologi itu kelautan China Selatan. Kami bersatu demi Negara Malaysia. Kami bersatu hasil dari muzakarah. Kami bersatu kerana didorong dari rasa keinsafan, bila Pakatan Rakyat berpecah belah, selama lamanya DAP, PKR dan PAS jadi pembangkang, tidak seperti sekarang bahawa Pakatan Rakyat kuat hingga boleh menumbangkan BN di 5 buah Negeri dalam Malaysia." Kata Lim Kit Siang dengan penuh yakin.

Dato’ Seri Anwar menyusul selepas YB Lim Kit Siang dalam memberikan amanat kepada penyokong Pakatan Rakyat. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan dalam ucaptamanya, bahawa hanya dengan penyatuan sejati PKR, DAP dan PAS sahajalah yang dapat menumbangkan BN. Ini adalah kerana hatta pada ketika ini, BN sedang mengalami detik-detik ‘ngeri’ dengan kebangkitan semangat reformasi di kalangan rakyat Malaysia.

BN sebenarnya pada dasarnya amat gentar dengan situasi yang melanda Malaysia kini. Mereka gusar dan bimbang dengan kedudukan mereka yang sudah goyah dan ibarat retak menanti belah. Demi untuk mengawal scenario ini agar jangan berlarutan parah, maka timbullah agenda-agenda ‘buas’ mereka dengan ‘misi menjatuhkan’ kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kerana begitu beria-ia ingin melihat PR musnah, maka terbitlah konspirasi fitnah ke-2 Anwar Ibrahim, orang yang paling mereka geruni. UMNO sangka dengan ‘mengulang-tayang’ drama 1998, rakyat akan kembali kepangkuan UMNO. UMNO mengandaikan ‘cerita-cerita dongeng’ ciptaan mereka ini bisa memudarkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Ternyata UMNO silap sama sekali.

UMNO sibuk dengan misi membinasakan Pakatan Rakyat, sehingga kepincangan pentadbiran yang selama ini mereka genggam erat terlepas dari tangan. Kes kehilangan enjin jet tentera, dalam sibuk-sibuk isu ini di perbualkan, Menteri Pertahanan dengan selambanya menyatakan enjin jet yang hilang itu tidak mahal harganya cuma RM300,000 sahaja. Perkara kecil. Semudah itu jawapan beliau untuk menutup ‘kebusukan’ yang berlaku dalam kawalan UMNO ? Mereka fikir rakyat akan menerima bulat-bulat jawapan ‘ringkas’ ini, tanpa memilkirkan logiknya. Enjin sebuah lori barangkali boleh di dapati dengan harga RM300,.000 tapi kita sekarang sedang membicarakan kos enjin sebuah jet ! Enjin sebuah jet dalam lingkungan jutaan ringgit !! Mana munasabahnya alasan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan ini ? Suatu alasan bodoh dan songsang.

Apa cerita dengan kes kapal selam yang tidak dapat menyelam ? Mengapa tidak dapat tenggelam ? Yang tenggelam hanyalah insan-insan yang ‘lemas’ dengan jumlah komisen yang begitu lumayan – RM500 juta. Tujuh keturunan pun tidak habis makan.

Kes kematian misteri Teoh Beng Hock, alasan yang mereka berikan, mendiang Teoh bermain-main di tepi jendela dan terjatuh. Logikkah ? Anwar sendiri semasa lebam mata kes 98, alasan mereka, Anwar mencederakan dirinya sendiri. Masuk akalkah tuduhan itu ? Kalau yang ini mereka sanggup berbohong tidak mustahil kes fitnag-2 juga mereka buat cerita fitnah.

Sedikit masa dahulu Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa ada kes rahsia tentera yang di cerobohi dan ke esok harinya pula keluar lagi kenyataan, kes TUTUP dan di anggap SELESAI. Ini cerita apa ? Begitu enteng mereka mengambil kira rahsia ketenteraan Negara kita ? Apakah ianya benar-benar telah selesai atau sekadar satu lagi ‘agenda membodohkan rakyat?

Terbaru, 20 orang antara yang terkaya di Malaysia. Siapa ? Anak bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mokhzani dan adik Perdana Menteri sekarang, Nazir Tun Razak. Banggakah kita ? Banggakah kita dengan pencapaian mereka atau timbulnya persoalan di benak minda kita, dari mana mereka mampu membeli puluhan juta nilai saham ? Penobatan sebagai antara yang terkaya di Malaysia berdasarkan jumlah nilai saham yang mereka beli, belum lagi di hitung kira harta-harta mereka yang dari sumber-sumber lain. Barangkali Anandakrisnan pun angkat tangan, surrender !

UMNO/BN mempersoalkan kenapa Dato' Seri Anwar menyokong kepimpinan YAB Lim Guan Eng hanya kerana beliau seorang berbangsa Cina. Satu lagi persoalan ‘bodoh dan karut’ ciptaan UMNO/BN. Apakah UMNO/BN sudah terlalu nyanyuk sehingga mereka lupa Ketua-Ketua Menteri BN yang memerintah Pulau Pinang sebelum ini juga berbangsa CIna? Kita amat maklum Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama bernama Tun Lim Chong Eu dan bukannya “AHMAD LIM CHONG? ” dan Tan Sri Koh Tsu Koon dan bukannya “MOHAMAD BUAH KESUKUN?”. Mereka ini juga berbangsa Cina dan kenapa UMNO/BN menyokong kepimpinan mereka terdahuku ? Cakap tidak serupa bikin!

UMNO/BN menganggap segala alasan yang mereka berikan untuk menutupi kesalahan ini dapat di terima bulat-bulat oleh rakyat. UMNO/BN sangka rakyat adalah terlalu senang untuk di kaburi hati dan fikirannya. UMNO/BN anggap orang-orang kampung ini begitu senang untuk ditipu dan ditindas. UMNO/BN barangkali sudah lupa, rakyat sudah tidak berminat untuk menerima maklumat yang di berikan oleh media-media massa di dalam genggaman UMNO/BN. Rakyat telah bijak untuk mencari alternatif lain dalam mencari maklumat tentang isu-isu semasa. Percayalah, bahtera UMNO/BN dah semakin banyak keretakannya, hanya tunggu masa untuk ‘karam’ sahaja. Sementara itu, kejarlah dan koreklah sebanyak mana harta rakyat untuk di buat bekalan hari ‘depan’ yang gelap !

Kehadiran ditaksirkan secara kasar lebuh kurang 7,000 orang.

23 comments:

  1. DSAI, we are proud to be with you at Kian Kok. You've done a great job. We will always supported you and PKR. Reformasi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rakyat berbilang bangsa dan kaum di Sabah kini telah mulai berhijrah ke PKR dan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja gelombang reformasi yang berlaku kelmarin di Kian Kok. Syabas PKR Sabah.

    ReplyDelete
  3. Adakah Allah ingin menampakkan kebenaran akan segala kekejaman Kerajaan BN terhadap rakyat Malaysia ? Mengapa kapal selam bermasalah ? Takkan kita membeli kapal yang tidak berfungsi ? Apakah kapal selam itu di beli hanya untuk keuntungan komisen yang terbahagi kepada beberapa individu ?

    ReplyDelete
  4. Mari kita semua merakyatkan perjuangan PKR. Kita buktikan walau apa pun rintangan yang umno berikan untuk kita, kita tidak gentar !!!

    Salam reformasi

    ReplyDelete
  5. Hurm..entah-entah yang datang di rumah terbuka kelmarin hanya datang nak makan free sama mau tengok singa saja bah.

    Yussof Amran/Taman Semperlang

    ReplyDelete
  6. Gembira bila mendengarkan segala kemudahan yang kini dinikmati oleh rakyat Selangor. Sabah bila lagi ? Kita pun mahu kemudahan seperti itu malah mungkin lebih lagi memandangkan negeri kita yang mengeluarkan minyak.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  7. Mana kata2 pemimpin2 Umno yang kata PKR telah kehilangan kepercayaan rakyat ? Contohnya kelmarin di Kian Kok, punya ramai manusia, sehinggakan ada yang tidak dapat masuk. Umno sentiasa dengan cakap2 kosong2 mereka bah kan.

    ReplyDelete
  8. Semakin hari UMNO semakin parah. Untuk sedapkan hati, mereka menggunakan segala proxy dan sumber yang ada untuk melemahkan semangat penyokong - penyokong PKR dan Pakatan Rakyat. Buatlah apa yang kamu termampu wahai Umnorian, kerana kami langsung tak kisah dan tidak ambil kisah kerana kami tahu hati budi pemimpin-pemimpin kami.

    intan_fieda@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Nazir Razak dan Mokhzani Mahathir antara yang terkaya di Malaysia. Hurm..tak heran ...sebab tak heran...SAPA CABLE TERBESAR MEREKA ? TAU SAMA TAULAH KAN..

    ReplyDelete
  10. Saya pun amat bersetuju dengan saranan dari Ustaz Hishamudim, YB Lim Kit Siang yang PRU 13 patut diadakan 1-1. Kesepakatan harus di buat dengan SAPP.

    Spongebob Squarepants Female

    ReplyDelete
  11. Enjin jet hilang, sub-marine takleh menyelam, kematian teoh beng hock dan a.kugan, kejadian kepala babi dan bakar gereja semuanya ni adalah dari punca kepincangan pentadbiran UMNO dan BN. Masih lagikah rakyat kita tidak sedar ?

    ReplyDelete
  12. YB Lim Kit Siang & YB Dato' Seri Anwar dua gabungan hebat di pentas sekolah Kian Kok. Ucapan mereka berdua sentiasa di sambut dengan sorakan dan tepukan yang gemuruh. Tidak kurang juga wakil PAS, Ustaz Hishamudin. Kami bangga mempunyai pemimpin seperti kalian.

    /masturah

    ReplyDelete
  13. Kita dapat lihat wajah-wajah ria penyokong-penyokong PR yang setia menantikan ketibaan pemimpin-pemimpin PR. Semangat juang terus kental membara di jiwa kami semua. Reformasi ini harus di lanjutkan keseluruh pelusuk negeri.

    ReplyDelete
  14. UmNO biasalah penuh dengan agenda memperbodohkan rakyat, tinggal kita sahaja yang menentukan untuk terima atau tidak. Sekarang banyak yang dah buka minda namun masih ada yang totok yang masih menutup hati dan minda mereka, masih taksub dengan pembohongan yang UmNO lakukan terhadap mereka.

    Sharifah Adelea Syed Armaz

    ReplyDelete
  15. Yeahh lawan tetap lawan !!!!!!

    Jellyfish

    ReplyDelete
  16. Apa sahaja orang2 umno buat semua ok, tapi kalau Pakatan Rakyat semua salah, lihat sahajalah isu korban lembu dan pemergian haji Tuan Guru tertunda akibat fitnah umno. Subhanallah.

    ReplyDelete
  17. Makan hati Pak Jib dgn Big Square Mama agaknya bila tengok sambutan yang begitu memberangsangkan diberikan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Silap-silap minta C4 nak letupkan diri.

    The Beach Boyz

    ReplyDelete
  18. Kita laksanakan kuasa jari-jemari kita dengan memangkah undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. Kita talkinkan UMNO&BN dengan kuasa yang ada pada kita, KUASA UNDI RAKYAT !!!

    ReplyDelete
  19. Bersatulah kita semua menentang kezaliman umeno !!! SAY NO TO UmNO and Be eNd !!!!

    ReplyDelete
  20. Datuk Halik, buah kesukun tu sadap di goreng, kana lagik aing kupi aduhh nyaman eh.. hahahaha..

    ReplyDelete
  21. Kita bangga penyatuan semangat yang begitu baik dapat di saksikan di rumah terbuka pakatan rakyat ini. Semoga akan lebih menyuntik semangat rakyat.

    ReplyDelete
  22. Itu enjin jet Menteri bilang RM300, jadi kalau murah bulih curilah?

    ReplyDelete
  23. Kalu kita tidak suka PKR mau undi apa lah? Undi BN lagi susah hari hari naik harga barang makan.

    Ikan basung pun sudah 1 kilo RM10 kenapa harga ikan naik? Barangkali SAFMA jual pigi Hong Kong itu ikan semua. Rakyat makan cacing murah.

    Bukit Nenes Jesselton

    ReplyDelete