Friday, February 5, 2010

YANG TIDAK DAPAT TENDER KONTRAKTOR UMNOPUTRA

Oleh Ismaily Bongsu

RIBUT RIBUT Tak dapat tender adalah kontraktor UMNOputra yang sebelumnya sapu bersih bila tender terbuka performance melanggar peraturan dan juga price tak menepati piawaian.


PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.

NOTA Pengarang:- Yang kita nampak dalam TV3 perhimpunan Peniaga Peniaga Melayu itu sebenarnya semua orang orang UMNO. Melayu UMNO. Drama yang diarahankan oleh UMNO itu ending-nya mereka mahu buat macam Perak.

8 comments:

  1. Heran iya, orang orang UMNO buat perhimpunan boleh pulak tak pun ada permit.

    Bila UMNO buat polis tutup mata.

    Pak Warjo-Seberang Prai

    ReplyDelete
  2. Awat depa dok kalut dok buat bising sana ? Depa dok buat kecoh buat perhimpunan takdak sapa pun halang ? nampak betui polis dok berat sebelah. Kalut lah kalau dok lagu tuh. Kalau pembangkang, depa pakat ramai-ramai bawak mai satu batilion pi halang, kalau bn depa buat tak tau. piraah.

    Atas PagaQ-Penang

    ReplyDelete
  3. Betul seperti kata Atas PagaQ, kalau Pakatan Rakyat yang buat perhimpunan, suatu Malaysia punya polis dorang hantar suruh lerai, tapi kalau 'atas restu' UMNO, tiada apa pula. Dunia..dunia..penuh dengan kepalsuan.

    ZEYRINE A.K.A LAPAR KUASA.

    ReplyDelete
  4. Duinahh si pindik itu, tariak-tariak dia sana, macam si palui sija dia. Kunun-kunun dia yang paling kuat itu. Trip-trip PM amik dia jadi manteri itu, harap-haraplah kau pindik, tau-tau ndak ada apa-apa. tapun-tapun sija kau.

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  5. Ini hanya lakonan mereka semata-mata. Seboleh-bolehnya UMNO/BN mahu mematahkan semangat dan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, bukan sahaja di sana malah target UMNO/BN adalah kesemua negeri-negeri pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat.

    Dapat pulak 'pak sanggup' yang tak cukup ketinggian, yang kononnya berjuang menegakkan keadilan, menjerit-jerit tak tentu hala.

    ReplyDelete
  6. Loklaq lah depa tu. Kan apa, saja mau tunjuk kuasa. Perabihlah tunjuk gaya sekoq-sekoq. Buat lawak sarkis lah pak brahim oiii...

    Nana Tanjung v.s. Brahim Pendek

    ReplyDelete
  7. UMNO dan BN penuh dengan segala ragam. Beraneka corak dan warna mereka cuba lakukan demi untuk menjatuhkan Kerajaan PR di Penang. Tak cukup dengan "kenyataan berbayar terancang" oleh pihak-pihak tertentu, mereka anjurkan pula perhimpunan tunjuk perasaan. Yang hairannya kenapa kalau BN buat tidak pula di panggil perhimpinan "HARAM" ??

    Teringat satu bidalan politik, apa sahaja yang PR buat. semuanya HARAM, tapi kalau BN buat benda yang sama, ianya HALAL. Entah fatwa manalah yang Be End guna-pakai.

    Ayeff_larpanne

    ReplyDelete
  8. Dulu depa ni dapat tender pasai "cable dalaman", la ni semua main tender terbukak, tu lah bila dah tak tembuih lagik, tu yang jadik lagu tuh. Macam oghang gila isim, dok sakan meraban cam oghang gila talaq.

    Nampak sangat BN dok main kotoq dalam bagik kontrak kat kroni-kroni. APa punya turrr...!!!

    Kontraktor Hati Patah
    (Kes takdapat tender)

    ReplyDelete