Monday, February 1, 2010

PRU: PENIPUAN BOLEH DI LAKUKAN OLEH "ORANG DALAM"

Dari Kacamata Halik Zaman:

MENGIMBAU kembali tuduhan YB. Azmin Ali pada suatu ketika dulu bahawa arwah ayahandanya yang sudah kembali kerahmatullah, kini sudah berusia hampir 100 tahun pun boleh bangkit dari kubur untuk menjadi pengundi yang sah. Sebenarnya banyak perkara misteri begini sudah pernah terjadi. Di Tuaran pun begitu, Nenek perempuan Haji Ansari Abdullah yang sudah lama meninggal dunia pun bila PRU boleh turun mengundi. Ada pula orang kata di Sabah banyak undi undi hantu?


Ada orang kata pengundi pengundi hantu itu adalah 'undi pendatang' yang sudah diberikan Mycard dan nama mereka sudahpun ada didalam electoral roll, andaian ini pun masih lagi di anggap meragukan kerana ada ruang lain yang lebih canggih dan boleh meyakinkan yang mungkin sudah dilakukan?

Ketika kita menyemak kembali keputusan PRU12 yang lalu di Sabah, dalam amatan kita, 'cuma andaian sahaja' kalau pihak 'penyelenggara' nak menipu dalam PRU, mereka mampu untuk melakukannya. Kerana terlalu banyak ruang kesempatan yang boleh mereka lakukan sebab cara diselenggara PRU itu tidak nampakkan ketelusan, terlalu banyak loop hole yang boleh ditipu.

Andaian kita begini, tidak kesemua calon pembangkang effisien dalam melaksanakan amanah mereka. Ada yang bersikap sambil lewa tanpa menitik beratkan sesuatu keadaan boleh berlaku diluar jangka. Ada kemungkinan silap mata@magic show dilakukan oleh "orang dalam" yang berlaku di hadapan mata pun tidak mereka sedari.

Kita mengambil contoh begini, katakan pada satu kawasan, pengundi berdaftar berjumlah 16,000 orang, yang keluar mengundi cuma 10,000 orang pengundi. Katakanlah calon BN mendapat 8,000 undi dan calon pembangkang mendapat 6,000 undi. Jumlah undi keseluruhan ialah 14,000 orang turun mengundi. Persoalannya ialah, dari mana datangnya undi sebanyak 4,000 sedangkan hakikat asalnya pengundi yang turun mengikut perkiraan sebenar hanya 10,000 orang sahaja yang keluar mengundi? Dengan silap mata ia boleh menjadi 14,000 orang yang sudah turun mengundi?

Waktu mengundi bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Tepat jam 5.00 petang tempat-tempat pengundian di tutup dengan segera. Tidak mustahil di antara ruang masa jam 5.00 petang sehingga 6.00 petang itu segala kemungkinan bisa terjadi. Pegawai-pegawai khas 'orang dalam' akan bekerja 'memangkah bagi pihak' pengundi yang tidak turun mengundi? Cara begini boleh sahaja berlaku dipedalaman. Siapa tahu?

Seperti kita katakan tadi, ini hanyalah cuma andaian. Bukan tuduhan. Katakan dari 16,000 orang pengundi berdaftar di satu kawasan. 6,000 orang pengundi tidak turun mengundi. Maka disinilah kesempatan MUNGKIN boleh di ambil oleh 'pegawai-pegawai orang dalam' untuk 'memangkah bagi pihak' dan katalah mereka memangkah untuk 4,000 undi untuk BN ia termasuk lah Nenek Haji Ansari Abdullah yang sudah lama meninggal dunia pun turut mengundi? Tidak mustahil kalau ada kerjasama 'orang dalam'.

Maka hasilnya amat lumayan, calon BN boleh mendapat 8,000 undi manakala calon pembangkang mendapat 6,000 undi. Ini bermakna 80% pengundi turun mengundi, walau hakikatnya cuma dalam 60% sahaja peratusan turun mengundi.

Penyelewengan ini boleh di lakukan setelah agent-agent calon pilihanraya di arahkan pulang oleh Pengurus Pilihanrya setelah jam 5.00 petang. Maka KEMUNGKINAN kesempatan ini di pergunakan sepenuhnya oleh 'pegawai-pegawai khas' ini untuk 'menunaikan tanggungjawab' mereka dalam memberikan 'kelebihan undi' kepada calon pemerintah.

Juga di fahamkan bahawa agent-agent calon tidak dibenarkan bersama-sama kertas undi dalam satu kereta yang membawa peti-peti undi ke dewan pengiraan. BERKEMUNGKINAN juga di kesempatan ini, 'peti-peti undi yang dipangkah khas' ini di masukkan bersama-sama peti-peti undi yang lain.

Maka kebanyakan Pengurus Plihanraya dikawasan tersebut 'enggan menandatangani' borang yang menunjukkan para pengundi yang keluar mengundi di satu-satu kawasan pilihanraya. KEMUNGKINAN bagi mengelakkan 'kertas-kertas undi khas' di kenal pasti sebagai kertas undi "pengundi hantu orang dalaman". Ia bukan lah undi pendatang?

Kita berharap andaian ini tidak pernah terjadi, akan tetapi tidak mustahil ia MUNGKIN terjadi. Beberapa langkah kepastian harus di ambil demi memastikan sistem pilihanraya di negara ini berjalan dengan adil dan saksama.

Langkah-langkah berikut boleh di ambil bagi mengelak kecurigaan kedua-dua belah pihak. Antaranya pertama, agent-agent calon di benarkan untuk terus berada bersama-sama peti undi dan bersama pegawai-pegawai SPR setelah tamat tempoh mengundi sehingga ketibaan ketempat pengiraan.

Borang - borang pengundi yang keluar mengundi seharusnya di tandatangani oleh Pengurus Pilihanraya dan agen kedua dua calon setelah setiap pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kita berharap perkara diatas dapat di pertimbangkan sekiranya SPR benar-benar telus dan ikhlas melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dengan jujur tanpa ada sikap prejudis terhadap calon pembangkang.

15 comments:

  1. Halik Zaman

    Eventhough SPR is said to be a indenpendent body but it is totally control by UMNO since their salary paid by UMNO Government so they will obey whatever instruction and command by the Big Boss.

    Surely there are many lies that hidden in SPR due of their faithfulness to UMNO.

    So Datuk, i am not surprise at all of what you have written here. It happened a long long time ago. Just that no on dare to bring it up.

    Juliet Chelsea Gustin Malis
    Perak

    ReplyDelete
  2. Setelah PR berjaya menawan n perintah Msia nanti, kena pastikan SPR benar2 bebas dan tidak terikat dgn pengaruh mana2 parti politik.

    diharapkan SPR benar2 berfungsi sbg "SURUHANJAYA" bebas bukan lagi menjadi SURUHANUMNO

    ReplyDelete
  3. Datuk, seperti yang kita semua maklum, UMNO akan berbuat apa sahaja untuk memastikan Pakatan Rakyat khasnya PKR hanyut dan terus tenggelam dalam arus politik di Malaysia ini. Perkara-perkara sebegini adalah suatu perkara yang tiada mustahilnya berlaku.

    Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui. Allahubakbar..!!!

    ReplyDelete
  4. aduinah Datuk, ini pakara besa tejadi bah, cuma kita sija yang tiak tahu. Tukuii... mengkali, di sabah ini yang umno slalu sija manang, durang buat gini mengkali, kita mana tau bah kan..

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  5. Datuk, it's make sense ! No doubt if it is really happen here in Sabah. I wish next election, will be more transparent.

    Thomas Lajinun

    ReplyDelete
  6. Indak ku hairan tu laii.. antah2 ini yang UmNO buat kali. Malas tah ku ingau.

    (BBoy)

    ReplyDelete
  7. Datuk, pada pendapat Datuk, berapa peratuskah keberangkalian perkara ini mungkin terjadi ? Bagi pendapat peribadi saya, 99% sebab adakalanya kemenangan mereka seperti suatu perkara yang tidak munasabah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Langkah pertama yang harus di ambil, lantiklah polling agent / wakil calon yang berkaliber dan berwibawa. Sebab apa yang saya kenalpasti, kebanyakan mereka tidak bekerja sepenuh hati. Sambil lewa dan secara jujurnya, mereka ini mudah 'dibeli'. Jadi berwaspadalah pada PRU yang akan datang.

    Sharifah Adelea Syed Armaz
    (Email) blue.sapphire1970@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. Saya sendiri pun pernah mendengar sdr Hj Ansari menyatakan bahawa arwah neneknya turut turun mengundi. Sebab itulah bagi saya, hujjah dan andaian Datuk ini seperti berasas.

    Kita patut ambil ikhtibar akan pengalaman yang lepas.

    Hj Marwan Dasuki
    Kg Bakau Likas

    ReplyDelete
  10. Agaknya pengundi hantu yang wujud selama ini adalah hasil 'exorcism' kaum umNO tak ? Mungkin tau..

    ReplyDelete
  11. Entah bilalah kita akan menikmati sistem pilihanraya yang tidak condong sebelah pihak dan lebih telus. Rakyat Malaysia dah bosan dengan segala pembohongan ini dan biarkanlah rakyat bebas dengan pilihan mereka tanpa kekangan dari mana-mana pihak.

    Gum Gum Sandakan.

    ReplyDelete
  12. Asal sebut pengundi hantu, semua jari menuding pada pendatang haram, tapi hakikatnya PENDATANG TEMPATAN yang punya kerja. Haru-biru betol mereka ini.

    Ghazali Lajim (Semporna, Sabah)

    ReplyDelete
  13. Sekiranya andaian Datuk ini bertepatan, maka benarlah selama ini rakyat Malaysia "ditipu" hidup-hidup. Apa maknya demokrasi dalam negara ini ? Ini dah kes macam negara diktator.

    ReplyDelete
  14. Andai SPR telus dan ikhlas, segala saranan sdr Halik Zaman diatas ada kebenarannya, barulah kita tidak was-was akan kejujuran SPR.

    ReplyDelete
  15. Setuju dgn Juliet, sapa berani lawan tokey ? Dan kuli mana mahu tokey jatuh rebah kebumi ? tu pasal, like or not, take it or leave it. Got to learn to live with this scenario.

    /Masturah Ghulam

    ReplyDelete