Sunday, January 31, 2010

NAJIB SINGKAP KAIN ORANG, KAIN SENDIRI KOYAK RABAK



Dari Kacamata Halik Zaman:

Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan krisis politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebagai suatu krisis 'serius' yang kononnya menolak kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Agak menarik apabila UMNO memandang serius krisis dalaman Pakatan Rakyat seolah-olah menampakan Pakatan Rakyat akan hancur lebur semacam drama di Perak dulu.

Apakah krisis sebegini tidak pernah di alami oleh UMNO khasnya dan BN amnya ? Apakah UMNO lupa parti komponen BN juga menghadapi masalah yang sama ? Lupakah UMNO krisis di antara Sammy Vellu dan M. Kayveas ? Mereka saling berbalas kenyataan di media-media elektronik dan cetak ? Malah MIC mengemukakan usul kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya PPP disingkirkan daripada pakatan BN. Bukankah ini juga perbalahan dalaman politik ?

Begitu juga kes perlantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis sedikit masa dahulu. Malah, Tengku Adnan Mansor juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin dari UMNO dan "menanggung akibat" jika beliau menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar. Dan 23 ADUN Terengganu pada masa itu dengan lantangnya mengumumkan akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu sekiranya Ahmad Said yang mengangkat sumpah dan bukannya Idris Jusoh. Ini cerita apa ?

Bagaimana pula dengan konflik diantara M.Kayveas dan T.Murugiah ? Satu parti dua presiden ? Semuanya bergolak ekoran kenyataan masing-masing mendakwa mereka adalah Presiden yang sah. Mengapa ianya berlaku ? Bukankah ini menunjukkan tiada kesepakatan dan perpaduan dalam Barisan Nasional?

Walaupun dah berlalu kerana dalam UMNO tidak ada persefahamanlah, maka wujudnya Semangat 46 sedikit masa dahulu ? Atau mungkin Rais Yatim boleh 'flashback' apa cerita yang berlaku dahulu ?

Kerana inginkan kuasa terunggullah, maka wujudnya satu lagi 'team khas' memperkotak-katikkan kepimpinan Pak Lah. Sehingga beliau terpaksa berundur sebelum waktunya ? Sampaikan ada pemimpin yang sanggup berikan kenyataan di Singapura meminta Pak Lah undur diri dengan segera diluar dari tarkh yang asal yang Najib setuju. Dato Seri Najib dah lupakah cerita lukanya hati seorang Perdana Menteri?

Terbaru konflik dalaman MCA.. Kronologi bermula dengan pemecatan Chua Soi Lek dan berlarutan sehingga ke kes PKFZ. Ong Tee Keat memecat Chua Soi Lek ekoran video lucahnya manakala pergolakan parti berpunca dari penglibatan Ong Tee Keat dalam isu berprofil tinggi PKFZ. Sehingga ke hari ini semuanya lintang - pukang. Tiada berkesudahan. Tidak kah cerita itu juga bercelaru dalam Barisan Nasional?

Kita hanya menamakan beberapa kronologi konflik dalaman BN. Jika di bandingkan dengan krisis dalaman Pakatan Rakyat, kita rasa konflik dalaman BN lagi hebat. Tapi demi menyelamatkan prestij UMNO yang sudah semakin parah, mereka terpaksa belajar 'menyingkap dalam kain orang lain'.

War-warkan krisis 'rumahtangga' orang lain, padahal kemelut 'rumahtangga' sendiri berantakan. Nyaris bercerai-berai. Segala yang berlaku dalam Pakatan Rakyat bagaikan suatu bonus buat UMNO. Sebelum dengan lantangnya memberi andaian terhadap Pakatan Rakyat, bersihkan dahulu kekotoran dalaman UMNO. Leraikan dahulu segala yang kusut dalam BN. Bila semuanya sudah suci bersih, barulah boleh komen perihal parti lain.

Jangan nanti jadi seperti kisah angan-angan Mat Jenin, berangan-angan dan berharap Pakatan Rakyat berpecah-belah, tahu-tahunya UMNO dan BN sendiri yang tunggang terbalik. Apa pun kita tunggu sahaja PRU13, biarlah rakyat Malaysia yang tentukan nasib Pakatan Rakyat dan BN.

Segan kita menyedarkan Dato Seri Najib, bahawa dirinya itu Perdana Menteri UMNO atau Perdana Menteri Malaysia? Kalau Najib bersifat Perdana Menteri Malaysia tentu sekali beliau mahu semua negeri negeri dalam Malaysia berhenti dari bercakaran sesama sendiri dan semua pemimpin politik berkerja membangun rakyat Malaysia yang miskin dibawah pimpinannya.





13 comments:

  1. Baru padan muka. Satu kritikan yang tepat dan padat.



    Mariah Zubir
    Butterworth

    ReplyDelete
  2. Tidak ler pedas sangat tapi fakta. Saya suka dengan teguran serupa ini. Semua pihak dapat terima. Bravoo HZ.

    -Ahli umno-

    ReplyDelete
  3. Kritik sebegini patut diterima oleh DS Najib kerana ia menyedarkan dari kealpaan diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Huhhh hebat sekali. Lain kali tambah lada lagi biar pedas.

    Berani kerana benar !!!

    Kassim-Kudat

    ReplyDelete
  5. Roh altantuya pun mengilai mengatakan 'aku lah orangnya, yang dinanti nantikan, kerana aku sahaja yang tahu kisah diriku'.

    budak pahang

    ReplyDelete
  6. saudara halik zaman

    tuan hebat sekali kritik umno, tahu kah halik yang berjuangan untuk kemerdekaan sabah adalah parti umno?

    kalau bukan kerana umno sabah hingga sekarang ini masih lagi dibawah penjajahan british.

    saudara halik patut memberi sokongan padu kepada umno kerana umno telah menyatukan kita bumiputra
    dalam satu bumbung keamanan dan perpaduan semua bangsa dan agama.

    saudara halik disaran menulis tentang sejarah sabah, kemajuan sabah dan rakyatnya semenjak sabah mencapai kemerdekaannya.

    kalau bukan kita rakyat yang memberi sokongan kepada pemimpin kita siapa lagi yang berbuat demikian?

    datuk seri mohammad najib bukan mahu menyingkap kain orang lain tetapi beliau sekadar menyedarkan rakyat cuma barisan nasional sahaja yang mampu menyatupadukan rakyat malaysia. tiada lain parti lagi selain bn.

    jais zawawi sipitang

    ReplyDelete
  7. Tuan Pengarang

    Mengikuti perkembangan politik tanah air masakini, semua orang pun tahu, DS Najib adalah arkitek perebutan kuasa diPerak.

    DiSelangor, Kedah dan Kelantan beliau cuba menggagalkan Kerajaan Pakatan Rakyat, sekarang ini beliau cuba pula diPenang. Tapi percaya lah semua percubaan itu akan gagal kerana semua rakyat tahu taktik kotor UMNO, pecahkan dan jajah kemudian.

    Syed Ahmad-Kedah

    ReplyDelete
  8. Bravo Datuk Halik for the very excellent articles.

    Vivien Ng Sze Ling

    ReplyDelete
  9. UMNO agaknya lupa sekarang dah ada berbagai cara untuk rakyat mendapat maklumat terkini. baik di luarbandar dan pedalaman. jadi berwaspadalah jangan nanti ternganga bila tiba pilihanraya umum esok-esok.

    ReplyDelete
  10. Adakalanya sikap UMNO ini agak menjengkelkan, itulah sebab utama penduduk malaysia mula menjauhkan diri dari UMNO.

    Sepatutnya dalam situasi politik UMNO yang goyah ini, mereka sepatutnya mencari option terbaik untuk memperbaiki mutu UMNO yang sudah rosak, ini tidak sibuk memperdulikan hal parti lain, sedangkan parti sendiri dah nak karam.

    Mustafa Karim/Bintulu

    ReplyDelete
  11. Suluh dulu diri UMNO sebelum sibuk2 menyuluhkan diri Pakatan Rakyat. Kita takut nanti UMNO hanya tinggal nama.

    ReplyDelete
  12. Kalau UMNO buat semua OK, tapi kalau Pakatan Rakyat buat semua tidak OK..

    UMNO - takut dengan bayang- bayang sendiri.

    ReplyDelete