Wednesday, January 27, 2010

BAGAIMANA TUAN SARJAN BOLEH BOLOS 2 ENJIN JET? MUNGKIN ADA BATU DIBALIK UDANG?




Dari Kacamata Halik Zaman

MUNGKIN Tuan Peguam Negara buat jenaka terbaik dengan menyatakan kehilangan enjin jet itu di lakukan oleh seorang sahaja anggota tentera yang berpangkat Sarjan? Betul-betul lawak, mengalahkan rancangan Raja Lawak. Nampak gayanya pelawak-pelawak tanahair tidak dapat cari makan lagi. Cuba kita fikir menerusi minda terbuka dan ikhlas. Percayakah kita sekiranya kenyataan tersebut terkeluar dari seorang yang intelektual 2 enjin jet dicuri oleh seorang? Ia bukan sebesar kotak mancis.

Dua enjin jet hilang dek kerana seorang punya kerja ? Dari mengeluarkan dari stor simpanan sehinggalah di bawa ke luar negara tidak ada seorang pun yang menyedari tuan sarjan ini mengeluarkan enjin tersebut ? Hebat sungguh. Entah-entah sarjan itu anak murid 'Ayah Pin' dari kuasa Kerajaan Langit. Sebab boleh kaburkan semua mata semasa mencuri 2 enjin jet tersebut.

Kalau begitulah kepakaran sarjan tersebut, dia tidak sepatutnya didakwa tapi di naikkan pangkat kepada Jenderal. Sebab beliau seorang yang berotak intelligent. Kepakaran beliau 'memboloskan' enjin jet tanpa ada seorang pun yang menyedarinya. That was damn cool !!

Sarjan ini juga nampaknya ada 'access' untuk kesemua bahagian. Dari stor simpanan, ke lapangan terbang, access keluar dari negara ini dan inilah yang membuktikan bahawa kebalnya dan gagahnya Sarjan ini. Kalah kuasa Jenderal, agaknya Sarjan ini ada menuntut ilmu ghaib.

Tuan Peguam Negara, kalau ya pun mahu 'cover-line seseorang', kenyataan yang di keluarkan biarlah dalam lingkungan bertaraf munasabah. Kenyataan yang beliau berikan, hatta orang kampung sekali pun ketawa mendengarkannya.

Kalau kenyataan Peguam Negara itu menyatakan, kehilangan enjin tersebut di lakukan oleh beberapa orang pun masih tidak masuk akal. Kerana access untuk mengeluarkan enjin tersebut dari negara ini pun memerlukan 'sokongan' orang-orang berkuasa kerana enjin tersebut bukanlah sebesar sebiji bolasepak, yang boleh di sembunyikan dalam bagasi pakaian. Ketara benar penerangan yang meragukan dilakukan demi untuk menyelamatkan 'seseorang' yang hanya 'mereka dan keluarga' mereka sahaja yang tahu. Ini mungkin sahaja boleh terjadi gitu gitu.

Kita tidak pasti sampai bilakah rakyat Malaysia harus dikelirukan terus-menerus ? Apabila berlaku sesuatu perkara, kita terus di perbodohkan dengan pelbagai kenyataan yang jika kita selami, kita akan tahu bahawa kenyataan itu semata-mata untuk melindungi 'seseorang' yang berkepentingan. Entah siapa? Tapi seolah-olah.

Kalau 2 buah enjin jet kapal terbang dalam kawalan keselamatan tentera yang ketat 'strictly tight security' dapat dibolos oleh tuan sarjan dan rakan rakan kata Azmi Khalid Pengerusi 'PAC' tidak mustahil kalau senjata senjata seperti bomb C4, meriam, bazooka dan M16 sudah di bolos keluar negara untuk dagangan oleh orang orang yang sama? Di mana penjaga gate tentera tidak memeriksa kenderaan keluar masuk? Hermmm. Ini mesti ada 'batu dibalik udang". Bukan 'udang dibalik batu'.

Seperti kes Altantuya, banyak juga keraguan timbul disana sini. Bagaimana dua orang anggota UTK itu mendapat access untuk bawa keluar bom C4 ? Sedangkan C4 dalam kawalan tentera. Bukan polis? Bagaimana dua orang UTK ini boleh kenal dengan Altantuya ? Dan kenapa Peguam Negara tidak buat rayuan ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi buat keputusan 'No Case To Answer?' Begitu sahaja Razak Baginda dibebaskan tanpa syarat? Kenapa pasport Razak Baginda terlalu di cepat cepatkan diserahkan kepadanya? Disini ada sesuatu yang missing?

Begitu juga dengan kes mendiang Teoh Beng Hock. Mengapa pula seorang yang sedang diambang perkahwinan dan tunangnya sedang mengandungkan anaknya, mahu membunuh diri dengan terjun dari tempat yang tinggi ?

Pelbagai kemungkinan mungkin terselindung disebalik setiap satu kejadian. Terpulang kepada rakyat semua untuk menilai dan menafsirkannya. Wallahwallam bisawab.


3 comments:

  1. Ini mesti Sarjan itu ada kapsit sama Ayah Pin itu. Mana itu Sarjan boleh buat kerja satu orang?

    ReplyDelete
  2. Betul juga kata HZ kenapa kes Razak Baginda Peguam Negara tidak merayu ke mahkamah rayuan? Buang kes begitu sahaja?

    ReplyDelete
  3. Saya pun mula terfikir, apa motif 2 orang pegawai polis kasi mati Altantuya?

    Aryani Dullah--Balung Tawau

    ReplyDelete