Oleh Halimah Ismail--Kinabatangan Sandakan
HENDAK kemana tujunya nasib kami di Kinabatangan ini kalau selamanya hidup dalam politik UMNO pada suatu hari nanti? UMNO/BN dalam era Mahathir, Abdullah Ahmad Badawe dan Najib, wang Negara diperbelanjakan berbilion RM dengan jambatan bengkoknya, dengan koridornya, pembelian dan kecurian enjin jet kapal terbang, komisen kapal selamnya, pembinaan pelabuhan kapal selam tentera diSepanggar Sabah, pengurusan wang dibelanjakan pada perkara yang tidak betul.
DI Sabah bandar bandar besar juga wang rakyat Kerajaan UMNO/BN membelanjakan untuk mencanggikan Bandar Raya Kota Kinabalu, Sandakan dan Taawau, Kota Kinabalu dengan membina bangunan Lapangan Terbang Antara Bangsa, jambatan lintas bertingkat ke Kota Kinabalu untuik mengelak kesesakan kereta. Tentunya ia diambil kira untuk tarikan pelancung asing. Kita tidak nafikan memang bagus perancangan tersebut.
Kami rakyat menimbulkan persoalan, adakah pembinaan lapangan terbang, jambatan bertingkat, menurap jalan itu di tender terbuka kepada kontraktor atau cuma negotiate tender dengan kroni para pemimpin UMNO sahaja? Tuduhan sebegini selalu kami terbaca dalam blog dan facebook dari PKR, PAS dan DAP iaitu Pakatan Rakyat Sabah. Sesekali kami percaya juga tuduhan mereka.
Kalau istilah "Rakyat didahulukan" tentunya Kerajaan kami UMNO/BN mengutamakan terlebih dahulu pembangunan rakyat dikampung kampung? Ada lagi rumah rakyat dikampung kampung di Kinabatangan atau di seluruh Sabah yang belum mendapat bekalan letrik, air bersih, tinggal dirumah setinggan, jalan belum di buat, jalan belum ber-tar? Semacam betul juga tuduhan PKR Sabah. Ia bukan propaganda politik lagi. Jelas dan nyata para pemimpin UMNO Sabah sudah lupa tanggungjawabnya.
Kami orang kampung ahli ahli UMNO Kinabatangan terima fakta, wang rakyat telah digunakan untuk penbangunan dalam bandar. Hasil dari cukai "kos hidup" rakyat kampung meningkat tinggi. Kenaikan harga minyak petrol, kenaikan keperluan hidup rakyat kampung kerana dicukai oleh Kerajaan, turut menyumbang pembangunan 'dalam bandar' . Bagai mana pula kami pengundi BN yang tinggal dikampung kampung? Tentunya kami marah dengan Kerajaan kesayangan kami itu kan? Marah sahaja tiada gunanya kalau bukan kami rakyat Sabah berusaha undi protes menukar Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Kita mesti cuba dulu 5 tahun Kerajaan Negeri dan Pusat ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat, kalau begitu juga tiada perubahan, kita undi UMNO pula 5 tahun akan datang.
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment