Monday, January 25, 2010

POLIS BERTINDAK TIDAK PROFESIONAL


Oleh: rakyat marhaen


Izzah berkata, perkara tersebut seharusnya tidak terjadi tambahan pula jam belum lagi menunjukkan 12.00 malam.

“Dia tidak memberi permit kepada kami dan kita pun memang sudah memohonnya. Apa pun ini tidak membenarkan dan memberi dia sebab untuk datang ke atas pentas dan jam pun belum pukul 12 tengah malam lagi, dengan cara yang begitu kasar di depan khalayak ramai,” katanya.

Beliau berkata tindakan polis yang tidak profesional itu memberi gambaran kepada peningkatan jenayah kerana mereka banyak tertumpu kepada perhimpunan Pakatan Rakyat.

“Saya rasa kalau kita tengok polis yang betul-betul profesional dalam negara kita memang jauh bezanya dan kerana itulah kita melihat peningkatan jenayah meningkat kerana banyak sangat fokus dan tumpuan kepada pihak pembangkang daripada penjenayah sebenarnya di luar sana perogol, penjenayah dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Setiusaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata tindakan polis menghentikan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memalukan negara.

“Saya rasa memalukan negara kerana negara kita Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara. Sekiranya Datuk Anwar Seri Ibrahim ada mengeluarkan kata-kata yang melanggar undang-undang, polis boleh mengambil tindakan, tetapi melarang pemimpin berjumpa dengan rakyat sewaktu ceramah, ini adalah taktik kotor,” katanya.

Beliau berkata tindakan terdesak polis malam tadi juga mencerminkan Umno/BN semakin resah apabila ceramah itu turut membincangkan perkara sebenar yang terjadi di dalam negara.

“Yang memang menunjukkan Umno/BN semakin hari semakin risau, mereka takut rakyat mengetahui perkara sebenar, pepatah Melayu ada menyebut, takut kerana salah dan berani kerana benar. Sekiranya benar, mengapa takut memberi pemimpin PR ceramah,” katanya.


|

3 comments:

  1. ada beberapa faktor boleh dikaitkan kerana sikap kasar dan biadap polis :

    a) makan gaji dengan kerajaan UMNO
    b) sengaja maju tunjuk kuasa polis
    c) harap-harap dapat kenaikan pangkat bila tunjuk kuat dengan DSAI.
    d) memang dasar penyakit kurang ajar

    Oleh : Robin Hood oh

    ReplyDelete
  2. Kebiadapan sebeginilah yang mencenderongkan masyarakat memandang serong terhadap kerjaya polis. Sepatutnya sebagai seorang pelaksana undang-undang, mereka seharusnya bersikap profesional dan neutral. Bukan kerana berdepan dengan Pakatan Rakyat, maka bolehlah di kasari. Hal-hal sebeginilah yang tidak menolak kemungkinan segala kekecohan baik di semasa pilihanraya dan perhimpunan awam di cetuskan oleh pihak berkuasa.

    Mungkin harus disarankan kursus bagaimana mahu mengendali orang awam dengan secara profesional dan berhemah tinggi.

    ReplyDelete
  3. Bagus !!! Inilah hasil tangan UMNO !! Macam mana rakyat nak hormat polis kalau mereka sendiri tidfak tahu menghormati diri sendiri ? Segala perlakuan yang di pertontonkan akan menjatuhkan lagi imej UMNO dan Barisan Nasional. Syabas !!

    Hang Jebat dari kota belud

    ReplyDelete