Surat Pembaca:- Lawrence Matinjau
SEKARANG di Sabah ada dua parti politik sahaja yang boleh dikatakan kuat, Barisan Nasional yang didokong oleh UMNO dan Pakatan Rakyat didokong oleh PKR,PAS dan DAP. Kalau BN tidak bagus saya sokong Pakatan dan kalau Pakatan tidak bagus saya sokong UMNO/BN. Saya berdiri atas pagar.
Bila PRU13 nanti tiba, saya mahu tengok dulu adakah minyak petrol sudah naik? Kos hidup sudah naik? Kalau semua sudah naik, saya diam diam pangkah calon Pakatan Rakyat. Saya tahu mesti dapat duit dari calon UMNO macam dulu, kalau mereka kasi saya ambil, kasi kola pun
saya minum saja, tapi undi dalam hati. UMNO mana tau.
Waktu PRU tentu ada orang gertak pengundi, "Kalau kamu undi Pakatan Rakyat, kami tahu kamu undi siapa? Sebab dalam kertas undi itu ada nombor." Mana ada macam itu. Itu cuma propaganda politik BN saja. Zaman USNO pun dia orang cakap macam itu, kalah juga USNO. Dalam BERJAYA pun dia orang gertak macam itu, kalah juga BERJAYA. Mana ada dia orang nampak, kita undi siapa yang kita suka. Undi diam diam, masuk pondok BN pangkah Pakatan Rakyat.
Mana ada tertulis nama saya, yang memangkah siapa yang saya suka. Duit kertas pun ada nombor juga, mana ada Kerajaan tahu duit itu saya punya. Ini politik memang lah Barisan akan gertak kita, bila BN sudah kalah mana ada kuasa lagi.
Thursday, January 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang betul. Saya pun pernah digertak oleh SB bahawa mereka boleh tahu saya undi siapa?. Tapi, saya undi juga PKR tidak pun mereka tahu.
ReplyDeleteAhhhh... Itu cuma taktik BN gertak kasi takut pengundi sahaja. Jangan peduli !!