A
Ini anak bangsa keturunan Hang Jebat yang pantang mengalah sebelum turun ke gelanggang untuk atur langkah pendekar berhati mulia/biar mati di kawan tangan kawan sendiri dengan meninggalkan kata AMUK di istana Melaka.
Adoh, pagi buta saya mula berseloka, bersajak dan berpantun/sebagai selingan kerana saya sudah sarapan dan malam pula mahu ketemu kawan FB di anjung selera jam 7:30 malam. Datanglah kita duduk sembang.
Iya, hampir terlupa duhai rakyatku, itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini. Sekali lagi malaikat maut datang menjelma dan mencuba mencabut nyawa.
Menurut beliau yang asal dari Kerajaan Beruk bahawa Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan. Nah, sekali lagi rakyat terpingga-pingga ke mana untung berbilion sudah?
Jadi pengumuman kerajaan sebelum Mei nanti sudah boleh dijangka, harga minyak akan naik! Kecualilah, kalau betul-betul rakyat didahulukan dan gimik menjadi juara rakyat diutamakan maka harga minyak akan turun.
Bila harga minyak naik maka faham-fahamlah, harga barang akan melambung dan seterusnya inflasi akan meningkat. Tetapi yang peliknya, menteri yang sama dalam kerajaan beruk ini kelmarin berkata harga barang dijangka tidak naik lagi selepas ini. Bijak sungguh kepala pemimpin beruk ini semacam sudah mendahulu hakikat. Di mana dia belajar soal ekonomi/macamlah dia Tuhan yang maha esa!
Tak tahulah siapa penasihat ekonomi menteri ini atau menteri ini memang tak belajar bab ekonomi sekolah tadika yang bicara PPRT, Subsidi dan gaji orang tua melulu.
Iya, kapan harga minyak naik, kita wajar beterima kasih kepada kerajaan 1Malaysia kerana berterusan menjaga kebajikan rakyat agar kita terus berterima kasih dan mengundi parti juara rakyat ini pada pilihanraya umum akan datang. Maka semua rakyat di negara ini perlu bersiap sedia untuk naik minyak!
Undi BN rakyat pengsan
Undi BN rakyat rakyat kesusahan
UNDI BN rakyat tak tidur malam
UNDI BN rakyat bernafas dalam lautan
UNDI BN jahanamlah kehidupan
UNDI BN mampus 5 tahun mendatang
UNDI BN UMNO macam setan
dan rakyat macam cacing kepanasan.
No comments:
Post a Comment