Friday, January 29, 2010

PEMUDA UMNO MALAYSIA BAGAIKAN TERGIGIT CILIAPI MELENTING !!




Dari Kacamata Halik Zaman:

Selaran besar-besaran di buat kepada YB Azmin Ali ekoran kenyataan beliau yang menyatakan bahawa dalang di sebalik kejadian membakar gereja adalah dari kalangan ahli pergerakan parti politik yang ter'masyhur' di Malaysia. Ada manusia semacam orang yang tergigit ciliapi melenting terasa, walaupun dibicarakan dalam bahasa simbolik.

Dari Ketuanya sehingga ke kerabat-kerabatnya. Semua bising bagaikan ingin menyembunyikan sesuatu dari rakyat Malaysia. Kalaulah benar bagai dikata ? Wallahualam bisawab. Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

Mereka ini seolah-olah dengan sengaja 'bising' beramai-ramai bagaikan ingin menutup sesuatu. Biasalah kalau benar tidak bersalah, biarlah perundangan yang menentukan. Tapi susah juga nak kata bila perundangan pun pakai sistem "Yes Sir" bersama terlibat kerana "mereka pun" dalam satu kandang.

Buat YB Azmin, sekiranya ada bukti, kemukakan supaya 'suara-suara alam jahat' ini berhenti dari berkicau yang tidak berketentuan. Kita percaya kebenaran pasti terserlah. Jangan nanti bila bukti di depan mata lain lagi 'kuntau' UMNO kelak. Seperti kes pak 'Imam' yang terpaksa duduk menghadap Saiful, tahu-tahunya pak Imam ini tidak tahu apa-apa. Sekadar jadi 'boneka dalam keterpaksaan' sebab 'Boss' suruh.

Jangan nanti bila kita ada lebih bukti tentang sesuatu kes, ada pula lagi "boss" yang akan bersara lebih awal atas sebab untuk beri laluan kepada golongan muda dan mahu beribadat. Baguslah sebab dah banyak buat dosa. Dan juga jangan lagi nanti ada lagi 'boss' yang meletakkan jawatan sebab kes curi yang melibatkan profil tinggi.

Jangan nanti banyak yang terpaksa jadi 'KAMBING HITAM' gara-gara mahu melindungkan kepentingan seseorang. Tapi tidak mustahil. Jadi 'kambing hitam' tapi ada ganjaran lumayan.

Kita lihat kenyataan 'tak senang duduk' dari Razali Ibrahim ini mengalahkan Ketua Pemuda, KJ. Apakah benar bagai dikata ada 'udang disebalik mee' ? Jika di lihat dari sudut logikal, KJ Ketua
Pemuda, tapi tiada apa-apa jawatan dalam kabinet, tapi Razali punya jawatan dalam kabinet !
Tidakkah ini suatu yang meragukan ?

Malah masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya atau ada beruk diatas pokok maka pokok bergoyang. Kita tidak hairan seandainya selepas ini akan ada penafian dari KJ. Ialah demi maruahnya, mungkin dia terpaksa berbuat demikian.. Tetapi sekiranya benar 'khabar-khabar angin' ini, kita akan lebih banyak 'drama tepis-tepisan' dari UMNO dan Pergerakan Pemuda khasnya.

Kalau masalah dalaman Pakatan Rakyat, riuh-rendah UMNO jajakan, tapi mereka tidak sedar, masalah dalaman mereka sendiri sudah 'retak menanti belah'. Kita lihat sahaja nanti. Ada satu cadangan yang baik, untuk semua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lakukan demi untuk membersihkan nama baik, kenapa tidak pergi sahaja ke Masjid Negara buat "sumpah laknat?" supaya orang percaya mereka tidak terlibat dan bersekutu atau accomplishes. Kita bukan menuduhj, cuma ingin tahu kebenarannya sahaja.

7 comments:

  1. Apa mo kisah, silap2 aribulan ngam azmin sakap. Habis karau barabis ini sia lihat.. takut-takut bah..tukuiii

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  2. Datuk, macam mana mau sumpah laknat ? Tiada lagi Imam yang mahu diri mereka di eksploitasikan demi kepentingan seseorang..

    ReplyDelete
  3. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Jerat tidak pernah melupakan pelanduk, cuma pelanduk sahaja yang sering terlupakan jerat.

    Asbah Ghapar/Kg Simpudu

    ReplyDelete
  4. Saya berharap kita akan menemui kebenaran. Insya-Allah. Biarlah rakyat melihat kebenaran di sebalik kemungkaran yang UMNO cuba lakukan kepada kita rakyat Malaysia. Mudah-mudahan. Amin.

    Sharifah Adelea Syed Armaz
    (Email) blue.sapphire1970@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Entah-entah razali tu mo pok-pok jawatan KJ tak ? manusia memang tidak pernah dengan apa yang ada di depan mata. Kesian lah ko KJ.

    ReplyDelete
  6. Sibuk memperkatakan kelemahan Pakatan Rakyat, sedangkan masalah dalaman sendiri pun kucar-kacir.

    M. Rahman

    ReplyDelete
  7. Bak kata Karam Singh Walia, "Sibuk menjaga koyak di kain orang, tetapi kain sendiri koyak-rabak"

    Hj Daud Uda

    ReplyDelete