Monday, January 25, 2010

KITA MESTI TUMBANGKAN UMNO/BN---PAS

Posted by rakyat marhaen


Timbalan Presiden PAS,Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyeru supaya masyarakat segera membuat perubahan dalam negara sekiranya tidak mahu kesesatan dan kemunduran berterusan melanda negara ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian PASTI Al Munawwarah, Taman Lagenda, Padang Serai, Kedah.

Menurut beliau, perubahan harus dan mesti berlaku dengan segera apabila rakyat menyedari bahawa mereka selama ini berada dalam kemunduran dan kesukaran hidup yang begitu parah, setelah kerajaan melaksanakan kaedah penjimatan yang menyusahkan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

"Kita tidak harus memberi sumbangan lagi kepada Umno dan Barisan Nasional. Caranya ialah jangan lagi memberi peluang kepada mereka untuk terus menerus mendapat kuasa untuk memerintah negara.

"Sehubungan itu perubahan harus dan mesti dilakukan dengan segera. Sekiranya perubahan ini tidak dilakukan maka kita sudah pasti akan berada dalam kesesatan dan kemunduran berterusan yang akan menjadikan kita sebagai mangsa kepada keadaan yang ada kini.

"Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mendapat kuasa untuk mentadbir negara maka hal dan hak yang berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah menjadi perjuangan utama kita.

"Oleh kerana itu bermula pada saat ini rakyat sudah harus membuat persediaan untuk mengorak langkah bagi mengubah kerajaan yang sedia ada supaya kemelesetan ekonomi dan kesukaran hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat kini dapat diperbaiki melalui pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh PR,"katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Siti Aishah Ghazali dan kepimpinan PAS kawasan Padang Serai.

5 comments:

  1. Tidak guna undi BN lagi, caranya kejam, kos hidup rakyat Sabah tinggi, rakyat Sabah miskin tapi dari Sabah gali minyak untuk belanja seluruh Malaysia.

    Patut Sabah mesti dapat peruntukkan besar, sebab Sabah ada minyak.

    Bilang UMNO mau berubah? Tidak juga ada berubah, pembahagian peruntukkan tidak sama kalau bagi-13 patut bagi-3 sahaja, Semenanjung Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  2. Kalau UMNO kasi duit PRU13, kita ambil saya. Kasi project kita terima, kasi sarden, gula, beras, kain pelikat kita ambil sahaja. Diam diam pangkah kompenan Pakatan Rakyat.

    Tidak kira apa lambang sekali pun, asal PR kita ramai ramai undi. Kita ajar mereka baik baik.

    Jasmin Salimin-Kota Belud

    ReplyDelete
  3. Rakyat boleh kasi kalah USNO,BERJAYA dan PBS kenapa tidak bulih kasi kalah BN diSabah?

    Dalam hati mesti ingat, undi PR.

    ReplyDelete
  4. Tuan

    Sampai tua sudah saya undi BN, itu macam juga barang makanan naik, minyak naik, tambang mini bus naik.

    Kali ini tukar baju aramaiti

    Hasnah Awang Amit

    ReplyDelete
  5. Kalau PKR, PAS dan DAP satu hati, patah bah BN diSabah

    ReplyDelete