Sunday, January 24, 2010

UTUSAN MELOYA DAN SAIDATUL TUN SAID MULA BERMAIN FITNAH

|
Dari Kacamata Halik Zaman:

UMNO 'Macai' @ Utusan Malaysia, sekali lagi menggunakan segala ruang yang ada dalam memperluaskan lagi propaganda dan agenda negatif mereka yang disarankan oleh UMNO. Kali ini fokus utama mereka ialah Azmin Ali. Laporan keluaran Utusan Meloya ini kononnya menyebut Azmin ingin merampas kedudukan Tan Sri Khalid.

Itupun sumber yang mereka perolehi daripada para desperado yang keluar dari parti. Biasalah bila dah keluar dari parti untuk mencari publisiti murahan sekaligus dengan penuh harapan akan 'dipandang' oleh UMNO dan akhirnya untung-untung nasib dapat jawatan dalam UMNO.

Senario ini memang merupakan suatu tradisi para golongan 'desperado' ini.
Terdahulu, Ezam Mohd Noor, kalau dulu dengan lantang, memburukkan UMNO, tetapi hari ini mendaulatkan UMNO. Barangkali Ezam telah lupa apa keburukan UMNO yang pernah di canangkannya, tetapi rakyat tidak pernah lupa. Barangkali Ezam lupa beliau dengan lantangnya menuduh Najib dengan pelbagai tuduhan termasuk kaitan dengan kes 'C4', tetapi rakyat masih belum lupa.

Hari ini Ezam dengan bangganya 'menjilat ludah'nya kembali. Kita hanya tersenyum menyaksikannya. Seorang insan yang bernama Ezam Mohd Noor cuba untuk menarik perhatian Najib dan kuncu-kuncunya. Paling memalukan, Ezam dengan lantang menyatakan beliau sedia untuk bertanding sebagai calon untuk melawan Anwar di Permatang Pauh dengan alasan beliau akan mendedahkan rahsia Anwar kepada umum. Kemudian, apa jadi ? Haram kalau Najib pilih Ezam jadi calon, sebaliknya orang lain. Mana sudah berkotak kotak rahsia Anwar?

Allah swt maha adil dan saksama. Mungkin Allah swt tidak meredhai segala fitnah dan pembohongan yang bakal Ezam reka untuk menjatuhkan Anwar. Itulah, canang sana-sini nak jadi calon, tahu-tahunya, orang lain yang dipilih, sendiri tinggal gigit kuku.

Berbalik kepada propaganda Utusan Meloya yang kononnya Azmin mahu merampas kedudukan Tan Sri Khalid. Seperti yang pernah kita nyatakan sebelum ini, UMNO akan berbuat apa sahaja bagi memastikan berlakunya kegelinciran dalam PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Hatta fitnah menjadi amalan, UMNO seakan alpa akan dosa dan pahala. UMNO seakan lupa apa hukumnya fitnah ? Atau mungkin sebab dah terlalu biasa bermain dengan dosa, mereka tidak lagi memperdulikan apa akibat di belakang hari. Propaganda Utusan itu akan backfire kepada UMNO seperti PRU 2008 dahulu.

Kalaupun Dr Syed Husin mahu berundur dari jawatan Timbalan Pengerusi, itu adalah haknya. Beliau sudah cukup berbakti kepada PKR. Janganlah menyamakan senario ini dengan apa yang terjadi dengan Pak Lah. UMNO dah terbiasa dengan budaya 'sindir-meyindir', 'tolak-menolak' maka UMNO cuba untuk melakukannya dalam PKR.

Kita bukan tak tahu siapa pasang Muhyiddin Yassin untuk berikan komen dari Singapura supaya Pak Lah berundur dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO? Imbuhan dari kenyataan berani Muhyiddin, hasilnya kini beliau duduk sebagai orang nombor dua dalam Kerajaan. Lumayan bukan ? Yang kesiannya, Pak Lah yang menjadi mangsa kerakusan mereka ini. Pak Lah digelar lembik dan kerana itulah mereka mahu Pak Lah cepat 'get lost' dari kabinet.

Maka atas pengalaman inilah, mereka kini cuba melaga-lagakan dan memporak-perandakan PKR dengan cara yang sama. Kita perlu mengingatkan kepada UMNO, bahawasanya rakyat melihat senario ini dengan ketawa yang besar, rakyat melihat senaio ini seperti tak ubahnya melihat aksi lucu Mr Bean yang aksi lakonannya penuh dengan identiti kebodohan@kekurangan minda. Teruskanlah cerita lucu penuh kebodohan, seronok juga di pertontonkan. Ada juga hiburan untuk rakyat semua.

Seorang lagi 'agent'@talibarut UMNO, Saidatul Badru Tun Said. Siapa tak kenal dengan wanita ini. Ahli-ahli PKR sebenarnya menggelar beliau sebagai 'mak tiri'. Sebab apa ? Kerana beliau ini boleh dikatakan diktator semasa menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Segala kuasa terletak di tangan beliau. Yang menjadi kemusykilan, Saidatul PKR, tetapi suami beliau 'teman tapi mesra' dengan Najib. Seperti ada agenda terselit disebaliknya. Sayang Anwar dan Azizah tidak sedar akan hal sebegini ketka itu.

Saidatul buat kenyataan tentang kemungkinan wujudnya 'hubungan penuh kerahsiaan' antara Anwar dan Azmin. Kita tidak pasti apa yang di maksudkan di sebalik 'gelaran' tersebut, tetapi biar apa pun maksud Saidatul, sekiranya ianya berbentuk fitnah, maka tanggunglah dia dosa fitnah. Hari ini kita tidak nampak apa kesan dosa fitnah, tapi insya Allah di akhirat nanti kita akan ';menikmati' habuan dosa fitnah. Insya Allah.

Seperti yang kita tekankan yang sudah-sudah, kita tidak lagi 'cultural-shock' bilamana ada lagi kenyataan-kenyataan yang 'luarbiasa' bakal di keluarkan. UMNO akan berbuat apa sahaja demi memastikan PKR lenyap di persada politik Malaysia. UMNO sudah tidak larat lagi berhadapan dengan 'mimpi-mimpi ngeri' dan kenyataan bahawa mereka sudah kehilangan 'aura' hari demi hari.

UMNO sudah tidak mampu mengadaptasi bahawasanya segelintir kecil rakyat telah 'mula' melupakan UMNO dan SEBILANGAN BESAR telah 'lama' melupakan UMNO. Para menteri-menteri UMNO sudah terlalu takut akan kehilangan kedudukan yang amat mereka 'worship' selama ini. Dek lantaran itulah, UMNO tidak teragak-agak untuk melaksanakan apa jua agenda demi menyelamatkan kedudukan masing-masing hatta membunuh dan memfitnah sekalipun munghkin sanggup dilakukan.

Kepada warga UMNO, bertaubatlah kerana apa pun yang anda lakukan, rakyat tidak menerimanya bulat-bulat, rakyat kini lebih terbuka mindanya untuk menilai baik dan buruk, benar atau fitnah. Apa yang rakyat perhatikan, semakin banyak fitnah di tabur, kekukuhan dan kekuatan rakyat dalam PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya semakin erat dan ampuh. Jadi, sendiri mau ingatlah.

1 comment:

  1. Penulis ini kalau mengeritik cukup pedas. Cukup dengan asam garam dan ajinomotonya.

    ReplyDelete