Oleh Anwar Ibrahim
Polis dilihat sebagai cuba mengenakan tekanan terhadap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyoal siasat isterinya hari ini,lebih dua tahun selepas siasatan ke atas tuduhan liwat dijalankan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Keadilan terpaksa memberi keterangan sebagai saksi kepada Penolong Penguasa Polis Lily Choo atas arahan pihak atasan polis.
Tindakan polis itu mengejutkan dan menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana perbicaraan Anwar dijangka bermula pada minggu depan manakala siasatan telah siap dijalankan lama sebelum ini.
“Saya terkejut dan hairan kerana perbicaraan akan bermula seminggu lagi dan saya hanya dipanggil semula sekarang, dua tahun selepas siasatan diadakan,” Azizah memberitahu pemberita.
Anwar berkata tindakan polis itu jelas untuk memberi tekanan kepada keluarganya menjelang perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 1 Febuari.
Apa saya bilang ? Ini kuncu2 umno indak pandai kasi sanang urang bah. Selagi Anwar masih hidup, selagi itulah durang mo get rid of him. Tak cukup Anwar, Azizah pun durang kasi susah. Bikin susah urang sija bah kamurang umno ini.
ReplyDeleteBobohizan Penampang
Kenapalah tidak pernah ada penyelesaian terhadap kes Anwar ini ? Ini menandakan UMNO dah semakin goyah dan hampir rebah. Dan UMNO menyangkakan kekuatan PR terletak di bahu Anwar. Itulah sebabnya Anwar dan terkini Kak Wan di jadikan sasaran bertubi-tubi.
ReplyDeleteBawa-bawalah mengucap wahai UMNOrian.
Hurm...lepas ni siapa lagi agent UMNO/BN nak torture ? Ikut turutan..YB Nurul Izzah dan adik beradik barangkali ??
ReplyDeleteHabiskan saja sanak saudara Anwar kamu kerjakan, carilah segala sudut saudara-mara barang jauh dan dekat, buatlah siasatan sepuas hati kamu.
Cuma nanti bersiap-sedialah bila tiba PRU13. Manalah tahu ada yang tidak 'berkelayakan' untuk mendominasi pasukan polis lagi sbab dah 'kehilangan' segala kuasa dan suara. Nanti sahajalah.
Sharifah Adelea Syed Armaz
(Email) bluesapphire1970@yahoo.com
Kenapalah tak habis-habis mereka ini mahu menyusahkan Anwar ? Tak cukup Anwar, Dr Wan Azizah lagi di berikan tekanan. Jangan ingat segala tekanan yang anda berikan kepada keluarga Anwar akan mematahkan semangat Anwar dan kami keseluruhan warga Pakatan Rakyat, apa pun yang terjadi, kami tetap setia bersama Anwar dan Pakatan Rakyat.Takbir !!!!
ReplyDeletehash.ria
twitter.com/hash.ria
Sukacita kami ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berkenaan, walau apa pun yang kamu cuba lakukan demi untuk meruntuhkan keyakinan rakyat kepada Anwar, anda sesungguhnya telah melakukan kesilapan yang maha besar. Kerana tekanan-tekanan ini telah memberikan kami ruang untuk lebih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat. InshaALlah.
ReplyDelete/masleena
Kami doakan Kak Wan tabah menghadapi segala dugaan ini. Insya-Allah kami akan tetap berdiri bersama PKR.
ReplyDeleteSalam hormat.
Tak sudah-sudah menyeksa !! Apa lagi agenda mereka selepas ini ? Buatlah sesuka hati kamu semua, kami pun tahu untuk membalasnya semasa pilihanraya umum nanti. Surprise...!!!!
ReplyDeleteJamali Daud (fresh_milk1881@streamyx.com)
Ararara..apa sija bah kamurang ni ? Ndak pandai panatkah mo kasi susah urang ? Hoho..ini tarlabih suda ooooo..
ReplyDeleteFrances Maginui
franc_kiulu@hotmail.com
Mengapa harus diturapkan rasa dengki dan khianat sesama kita ? Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai.
ReplyDeleteRahimah Hj Matlani
Gum Gum
Sandakan