Tool UMNO
Oleh Sharifah Adelea
Terkini PKR Kuala Selangor di bubarkan dengan alasan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar. Alasan yang sekadar sahaja. Bak kata pepatah, sekadar melepaskan batuk ditangga. Hakikatnya ? Tiada siapa pun yang tahu. Akan tetapi pembubaran ini sedikitpun tidak memberikan effect dan impak kepada kekukuhan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Pembubaran ini bagaikan suatu rahmat bagi PKR dan PR kerana disinilah kita dapat melihat keikhlasan dan kejujuran seseorang individu. Tidak mustahil mereka ini 'dibeli' atau 'dijadikan alat@tool' oleh pihak yang 'berkenaan'. Kita anggap sahajalah ianya suatu proses penyucian, dari sekarang inilah kita sucikan PKR dan PR, kita jauhkan dari anasir-anasir yang hanya mencemarkan imej PKR dan PR.
Kalau mereka ini benar-benar ikhlas, mereka akan kekal dalam PKR walaupun tidak bersependapat dengan MB. Yang kita nekadkan adalah perjuangan kita dalam PKR. Takkanlah kerana tidak suka dengan MB, kita buang PKR seluruhnya. It is beyond reasonable doubt. Unfair decision. Inilah hasil didik UMNO yang mereka pahatkan dalam hati sanubari. Tidak puashati dengan UMNO mereka masuk PKR, tak puas hati dengan PKR, mereka kembali ke kancah UMNO. Mana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Contoh terbaik dalam hal ini ialah seperti Dr Mahathir. Tidak suka dengan pentadbiran Pak Lah, dia keluar dari UMNO, bila Najib jadi Presiden, Dr Mahathir dan isteri kembali ke pangkuan UMNO. Tradisi turun temurun UMNO, apa nak dihairankan.
Cakap pasal petualang ini, masyarakat UMNOlah paling ramai. Saya masih ingat sedikit masa dahulu zaman Semangat 46. Malam-malam rumah Rais Yatim di kunjungi orang. Sibuk mengatur strategi untuk menjatuhkan UMNO. Tetapi bila ending tidak seberapa baik, maka mereka dengan muka tebal kembali 'melutut' kepada UMNO.
Namun senario politik pada hari ini berlainan sekali. Kalau UMNO tidak cukup-cukup 'bekalan' alamatnya kita terpaksa mengucapkan sayonara pada UMNO. Kerana masyarakat madani pada hari ini lebih bijak dari yang mereka sangka. Mereka kini lebih pintar dalam menilai sesuatu perkara. Mereka tidak lagi menerima sesuatu bahan dengan begitu sahaja tanpa memikirkan pengakhirannya. So, UMNO be prepared or otherwise you'll be gone like a wind...
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment