Sunday, January 24, 2010

Kesihan Pegawai Perkhidmatan Awam




CUEPACS : KETUA JABATAN WUJUDKAN SYARAT TAMBAHAN MENYUSAHKAN

Oleh Ismaily Bongsu

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri dikesan mengenakan syarat tambahan yang tidak termaktub dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikan pangkat pegawai sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun sehingga menyebabkan kira-kira 70 peratus daripadanya ketika ini dinafikan hak untuk menikmati kemudahan itu.

Syarat tambahan yang dikenakan itu menyebabkan kakitangan perlu melalui pelbagai birokrasi termasuk melalui temuduga serta mengisi terlalu banyak borang bagi membolehkan mereka menikmati skim baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 Mei dan berkuat kuasa 1 Julai lalu.

langkah itu ternyata melanggar syarat ditetapkan JPA menerusi surat pekeliling perkhidmatan yang hanya menetapkan kakitangan berkaitan
-perlu berkhidmat lebih 15 tahun dan
-mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lalu.

Selain itu, kakitangan berkenaan juga dikehendaki lulus tahap tiga Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tidak disabitkan dengan kesalahan tata tertib iaitu dengan mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin dan dicadangkan ketua jabatan masing-masing.

Tindakan ini jelas tidak bertanggung jawab dan menyekat peluang pegawai sokongan menikmati kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan JPA.

Skim KUP yang diumumkan Najib pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam Mei lalu itu, bakal memberi manfaat kepada 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun dengan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia jelas melanggar ketetapan JPA dan menafikan hak kakitangan dan apa pula pandangan pegawai perkhidmatan Awam di Negeri Sabah?

SEBAIKNYA tubuhkan semacam persatuan yang boleh memantau segala sistem dan ketidakadilan di perkhidmatan Awam di Sabah soal kenaikan pangkat dan segala macam sebab di Sabah saya lihat ada bermacam masalah seperti pegawai asyik memangku sampai mati atau bila pencen timbul masalah. Hal ini harus segera diselesai disamping hal kenaikan pangkat yang jelas PILIH KASIH dan pegawai bawahan yang sepatut naik terus menunggu durian tak jatuh.

No comments:

Post a Comment