Wednesday, January 20, 2010
SURAT TERBUKA KEPADA SHAFIE DAN PARA PEMIMPIN UMNO SABAH
-----Oleh Ismaily Bongsu-----
Shafie Apdal orang Sabah/Orang kita/Teman baik saya yang dilantik mengetuai Perhubungan UMNO Kedah.
Di Kedah tidak ada pembangunan katanya. Kerajaan negeri cuma mewarisi pembangunan yang telah diusahakan oleh kerajaan terdahulu.
Mungkinkah Shafie bermaksud, pembangunan telah difaraidkan oleh UMNO dan BN kepada Menteri Besar dan Exco-exco di Kedah.
Lembu punya susu sapi dapat nama ? Barangkali begitulah kira-kiranya maksud Menteri dari Sabah itu.
Maka Helmi Khalid Setiausaha Akhbar MB Kedah pun memberitahu wartawan bahawa kenyataan Shafie itu melucu, menggelikan dan melawak.
Kata seorang ahli UMNO penyokong Ahmad Bashah Hanifah, Helmi patut berani bertanya Shafie beini,
'Sabah macamana? Pemimpinnya pandai bercakap dan berpidato. Satu Malaysia sudah merdeka 52 tahun. Kasihan rakyatnya ketinggalan jauh beratus batu di belakang akibat kebangangan pemimpinnya termasuk Shafie'.
Apa kata exco-exco Kedah. Diam tanda setuju dengan Shafie ?
Heboh di merata-rata, Exco-exco Kedah unik kerana tidak ada keberanian untuk bersuara. Penakut dan bacul.
HAKIM ZALIM SIAPA HAKIMI?
Seperti kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi bahawa melambatkan keputusan di mahkamah bermakna membawa kezaliman kepada 'pelanggan' yang memohon keadilan.
Tidak kira samada mahkamah rendah atau mahkamah persekutuan, jika pintu keadilan anda diketok rakyat dan salam diberi, bermakna tugas anda telah bermula untuk menyelamat dan mengadili sesuatu.
Gaji anda dibayar rakyat untuk menjalankan tugas sebaik mungkin dengan mengabdikan diri kepada Allah swt atau The God.
Namun jika itupun tidak dapat dilakukan, lebih baik serahkan amanah itu kepada yang sanggup memikulnya.
Usah dihina tugas mulia itu.
Harus diingat, doa mereka yang dizalimi tiada sekatan menuju kepada Allah
Apakah Rakyat Sabah Dusun/Kadazan/Brunei/Bisaya/Irannun dan segala macam akan menjadi rakyat seperti dalam gambar ini untuk mencapai wawasan 2020?
Kita ada otak dan akal/fikirlah sebelum sampai dan ini harus kita elak agak tidak menjadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bang Maily, itu namanya 'buang ludah kelangit terkena dimuka sendiri'.
ReplyDeleteDasar AMNO suka bercakar sama sendiri, " paku dulang paku serpih, kata orang AMNO yang lebih."
Yunus Ujang