Wednesday, January 20, 2010

Mahkamah Persekutuan Menangguhkan Kes Fitnah Ke-2

Dari Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.

Perbicaraan berkenaan sepatutnya bermula hari ini untuk selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Selepas mempertimbangkan hujah, kami tidak dapat memberikan keputusan, petang ini,” kata Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.

Beliau mengetuai panel tiga hakim mahkamah persekutuan yang juga dianggotai oleh Md Raus Sharif dan Abdull Hamid Embong.

Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan.

No comments:

Post a Comment