Monday, January 25, 2010

KELEMAHAN UMNO, SPR UBAH STRATEGI UNDI POS

Dari Kacamata Halik Zaman:

Senario politik UMNO kita lihat semakin hari semakin tidak stabil duduk-berdirinya. Di Semenanjung, sekiranya kita lihat secara terperinci dan teliti, majoriti yang mereka menangi tidak sebegitu kuat seperti sebelumnya. Dengan kerja-keras Pakatan Rakyat serta dokongan padu daripada rakyat, Insya Allah kita bisa merubah senario pentadbiran Kerajaan Malaysia pada PRU13 kelak.

UMNO punya cita cita untuk merampas Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan. Ini satu fatamorgana dari para pemimpin UMNO sahaja, "Yang dikejar tak dapat yang dikandung berciciran" salah haribulan Perak,Trengganu, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan melayang kepangkuan Pakatan Rakyat. Kita tidak lah sentuh disini peranan Barisan Nasional, kerana gerabak gerabak komponen ini bagai kerangka dah hilang nyawa. Dah hancur lebur terkulai layu.

Di Sabah, masyarakat luarbandar dan dalam bandar telah banyak terbuka minda mereka. Mereka telah dapat mengenal - pasti cacat-celanya pentadbiran Kerajaan UMNO. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam UMNO Sabah yang secara tidak langsung membuka minda rakyat Sabah dalam ertikata yang lain rakyatnya sudah dilanda ribut kenaikkan kos hidup rakyat yang melambung tinggi.

Terlalu banyak misteri yang dihasilkan oleh Kerajaan UMNO pada hari ini dan misteri-misteri ini tidak pernah terungkai sehingga kehari ini . Misteri-misteri ini jugalah yang menyebabkan rakyat berhenti dari meyakini UMNO. Misteri kematian Altantuya, misteri kematian Teoh Beng Hock, misteri enjin jet kapal terbang hilang, misteri penangkapan Michael Chia di Hongkong dan pelbagai lagi yang sering menjadi persoalaan tanpa ada jawapan berpatutan.

Biarpun UMNO senantiasa menyajikan juadah pembohongan kepada rakyat, kerana pada hemah UMNO, rakyat masih lagi seperti dahulu, menerima bulat-bulat segala penceritaan mereka tanpa mengkaji lebih jauh. Ternyata UMNO kini tersilap dan jauh tersasar ramalan mereka.

Terbaru SPR mengumumkan bahawa andai di luluskan, para doktor-doktor dan kaki tangannya, pegawai - pegawai Kerajaan juga akan diminta mengundi secara pos. Sepintas lalu, kita tidak nampak perbezaannya. Tapi sekiranya kita halusi maksud yang tersirat kita pasti nampak halatuju mengapa SPR mengkehendaki 'kumpulan' ini mengundi secara pos?

Dalam PRU12 baru-baru ini, banyak yang mereka terlepas pandang. UMNO dan SPR menyangkakan bahawa semua kakitangan pegawai pegawai Kerajaan memberikan undi kepada UMNO/BN. Tetapi bilamana keputusan keluar, mereka dapat menganalisa bahawa wujudnya sebilangan besar kakitangan dan pegawai pegawai Kerajaan yang menghadiahkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, demi untuk menyelamatkan bahtera UMNO yang sudah pecah-memecah dan hampir karam, SPR harus mengambil langkah drastik merangka satu undang-undang pengundian yang baru sebagai penyelamat UMNO.

Kerana SPR maklum, sekiranya mengundi secara pos, kakitangan dan pegawai pegawai Kerajaan akan di berikan 'nasihat' dan 'ingatan' dengan menggambarkan bahawa undi mereka boleh dipantau tanpa mereka sedari. Oleh yang demikian, demi takut kehilangan punca pencarian, kakitangan dan pegawai pegawai Kerajaan ini terpaksa menghulurkan undi secara keterpaksaan dan tidak rela kepada BN.

Seandainya undang-undang ini di luluskan, disinilah kita dapat melihat dengan sejelasnya, bahawa tiada lagi demokrasi di Malaysia. UMNO akan berbuat apa sahaja demi menyelamatkan nasibnya dari terus hanyut dan tinggal sejarah.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bijak dalam menentukan undi kita. Huluran dan bantuan yang diberikan semasa pilihanraya hanya sebagai 'pengabur mata'. Ingatlah, UMNO hanya memerlukan rakyat Malaysia semasa mereka inginkan kemahuan mereka di penuhi, selepas mendapat apa yang di hajati, "rakyat di belakangkan, poket sendiri di utamakan"

32 comments:

  1. UMNO memang penuh dengan haru-biru. Sentiasa aktif mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan Pakatan Rakyat..

    Othman Hj Buang
    Kg Sindil, Putatan, Sabah

    ReplyDelete
  2. Wah sdr Halik Zaman buat slogan baru, rakyat di belakangkan, poket sendiri diutamakan. Nice quotes bro..!! Ini barulah kena dengan situasi UMNO

    ReplyDelete
  3. Apa mo kisah Datuk.. itu SPR kan kah agent utama UMNO ? Agent terhandal dalam menapuk hal-hal penipuan UMNO . Besalah tu..

    Joseph Haruman

    ReplyDelete
  4. Harap-harap urang sabah kali ini jangan lah tesalah pilih kali ni bah. beringat-ingatlah kita semua, apa yang kita rasa selama ini akan kita rasa selamanya kalau kita masih pilih umno.

    ReplyDelete
  5. wah kalau suma urang karajaan undi pos. alamatnya Umno manang sija bah. mana ada urang brani undi pambangkang. pandai betul durang mau kasi manang bn bah.

    ReplyDelete
  6. Sekiranya beberapa negeri di Semenanjung boleh berubah, mengapa tidak kita di Sabah. Kita harus berani dan bijak beralih arah. Bebaskan diri dari penjajahan UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  7. Patut PKR/PAS/DAP/SAPP bantah cadangan tersebut kerana ia boleh mengundang penipuan.

    HMS--KK

    ReplyDelete
  8. Mana bulih buat macam itu, SPR patut runding dulu semua parti politik.

    Bulih main buyuk ituuuu.

    Khamis Murat-Kawang

    ReplyDelete
  9. Ada sahaja taktik kotor SPR, biasanya PRU diadakan hari Ahad, semua orang bulih turun undi.

    ReplyDelete
  10. alaaaa diaorang boleh buat bah apa yang diaorang suka.

    Tapi saya orang kampung remaja, pilihan remaja mesti PR.

    Siti Fatimah Hj. Said

    ReplyDelete
  11. Saya percaya SPR akan buat seperti yang dinyatakan artikel diatas.

    Bukan semua pegawai Kerajaan ada tugasan pada hari Ahad. Doktor pun cuti cuma ada doctor on call sahaja dihospital Queen.

    Chehhh alasan diluar musabah!!

    Fazani bte Ali--Kota Belud

    ReplyDelete
  12. AWAS kurangkan laju, didepan ada bahaya.


    Abbas Sulaiman-KK

    ReplyDelete
  13. Tuan Pengarang

    Amat mendukacitakan berita itu pada orang Sabah.Saya hairan kenapa SPR tidak mengkaji kehendak pengundi?

    Susah lah kalau macam ini, banyak penipuan.

    ReplyDelete
  14. Kui kui kui BN main wayang. Ambil duit saja bah, undi PKR siapa tahu.

    Kalau dia orang kempen kita iyakan sahaja, dalam hati mesti tukar baju baru.

    ReplyDelete
  15. BN main buyuk !! Mari kita Sabahan, ramai ramai undi PR Sabah.

    Kasi sampai kawan kawan dari mulut kemulut, kasi patah BN ini kali.

    Remaja-Karamunting Sandakan

    ReplyDelete
  16. Eewahh "main kau burung". Undi sulit. Kali ini BN patah dari undi orang kampung!

    ReplyDelete
  17. Beras mahal, gula mahal, petrol mahal, garam mahal, minyak makan mahal, tepung mahal, sarden mahal, kicap mahal, sos mahal,

    Tambang bus mahal, tambang taxi mahal, kos anak anak sekolah melambung mahal, bus budak sekolah mahal.

    Undi BN lagi lah mahal.

    ReplyDelete
  18. Bil letrik pun mahal, bil air pun mahal, cukai pintu lagi mahal.

    Zaleha Kassim--Beaufort

    ReplyDelete
  19. Seharusnya kita remaja sebagai agent pemberitahu kepada orang kampung lain kali jangan undi BN. Bikin susah rakyat, semua harga barang makanan mahal.

    Kita undi PR saja, cuba dulu 5 tahun.

    ReplyDelete
  20. Alaaa sudah dapat RM50 lupa 5 tahun punya seksa.

    Mesti mau hatan iman bah, a,bil saja duit, undi PKR.

    ReplyDelete
  21. Saya sudah putus, tidak mahu undi BN.

    Biar apa jadilah.

    ReplyDelete
  22. Sengsara dalam pemerintahan BN, senua kos hidu mahal.

    ReplyDelete
  23. Musa Aman akan beri harapan, jangan susah BN tetap menang.

    BN menang tapi rakyat kalah, rakyat susah.

    ReplyDelete
  24. Orang tua saya memang hardko dengan UMNO, mereka tiap pilihanraya undi BN.

    Sekarang sudah berubah, sebab bawa RM100 bakul plastik pun tidak penuh. Semua barang makanan mahal.

    Saya bilang, "Nahhh baru bapa rasa".

    ReplyDelete
  25. Mula mula memang UMNO/BN bagus, lama lama bila UMNO pikir dia kuat, kasi lah cukai barangan, cukai pintu, cukai harta jualan. Semua mahal rakyat bayar.

    Saya sumpah tidak akan undi BN lagi.

    ReplyDelete
  26. Isu Halik Zaman ini masuk sampai tulang sum sum rakyat.

    Kalau rakyat tidak sedar, saya pun tidak faham lagi.

    Raini bt. Muhammad- Kudat

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum

    Kalu mahu sadar, sadar lah dari sakarang. Jangan terlambat. Nanti manyasal kemudian hari.

    Bagaimana cucu cucu kita buli bali baras mahal? Bagus kalu durang ada karaja.

    Mesingit Kumanting--Kemabong Tenom

    ReplyDelete
  28. Bah kamurang apa lagi. Jangan simpan saja cakap2 kamu semua, kita buktikan dalam pilihanraya nanti. Kasi bye bye gaman sama UmNo.

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  29. Macam sudah hilang akal umno skng ni. sana-sini kerabat-kerabat carik muslihat mo kasih jatuhkan pkr. lepas ni apa lgi yang durang mo buat ? tukuiii..

    Jamali Daud (fresh_milk1881@streamyx.com)

    ReplyDelete
  30. Bah beringat tah. Jan tah nanti mun di unjuk usin tarus lupa diri. Kita anik sekarang karau marahkan umno, mun terlayang RM50 tarus diam-diam. Ingat tah sedikit kesusahan kita semua.

    Dang Prani

    ReplyDelete
  31. Sdr Halik Zaman,

    Misi program penerangan perhubungan negeri haruslah di titik-beratkan. Perbanyakkan program mendekati rakyat. Inilah masanya kita dapat memenangi hati rakyat setelah terlalu banyak kesilapan yang di lakukan oleh UMNO kelihatan.

    Sekadar berkongsi pandangan - Jalil Ibrahim, Likas Park.

    ReplyDelete
  32. SPR dan UMNO bagaikan sepasang kekasih sejati. Tidak mungkin kan terpisah. Yelah pihak yang duduk diatas di kedua-dua organisasi ini saling 'bantu-membantu' antara satu sama lain. "You scratch my back and I'll scratch your back". 2x5. Pimai pimai tang tu jugak.

    ReplyDelete