Dari Kacamata: HALIK ZAMAN
FENOMENA parti-parti politik di bawah naungan Barisan Nasional sudah tidak berfungsi lagi akhir-akhir ini. Parti-parti komponen BN senantiasa dilanda malapetaka, gelora yang tidak berkesudahan. Apakah ini sebagai petanda segala agenda kemusnahan yang mereka lakukan kepada PKR?
MCA jika dilihat pada ketika ini sedang terumbang-ambing dengan krisis kepimpinan peringkat tertinggi. Siapa dalangnya? Apa motifnya? Presidennya seperti seorang Presiden tanpa restu ahli-ahli berdaftar. Apa dah jadi?
MIC, Presidennya Samy Vellu bukan lagi favourite Dato Seri Najib kerana PRU 2008 tidak membawa untung kepada UMNO. Samy sendiri kalah di kawasan yang sekian lama ditaklukinya. Mungkin rakyat Sungai Siput sudah bosan menunggu Samy yang tidak pernah membawa apa-apa kemajuan di kawasan mereka.
Gerakan pula hidup segan mati tak mahu. Presidennya, Koh Tsu Koon begitu beria-ia bahawa Gerakan masih lagi diminati oleh rakyat Pulau Pinang. Hakikatnya? Beliau sendiri kecundang di tangan Pakatan Rakyat. Tan Sri, bagus dibubarkan sahaja, sertai DAP atau PKR. Habis cerita.
By hook or by crook para pemimpin UMNO mahu kembali 'bermain cinta' dengan PAS dalam sebuah rumah fantasi dijanjikan diberi nama ‘perpaduan'. Lamaran demi lamaran dibuat oleh para pemimpin UMNO namun PAS tetap menolak kerana UMNO sudah menjatuhkan ‘Talak 3’ kepada PAS semasa PAS bersama UMNO dalam Barisan Nasional suatu ketika dulu.
Harapan dan pelbagai janji-janji manis dihamburkan kepada PAS supaya PAS akur untuk 'rujuk' kembali ke pangkuan BN. Tapi PAS malas ‘bercinabuta’. Mengapa semua kepimpinan UMNO begitu mengharapkan ‘kepulangan’ PAS kedalam Barisan Nasional? Jawabnya cukup senang, UMNO sudah hampir karam dan mereka perlukan bahtera PAS untuk terus hidup.
UMNO di Semenanjung dalam keadaan lemas, rapuh, layu, cacat dan cedera di mata pengundi Semenanjung. Sangat sukar untuk menjadi juara rakyat, kerana barisan para pemimpin UMNO rata-rata sudah ditolak oleh rakyat. Buktinya pilihanraya kecil di Semenanjung, tidak ada satu kerusi Pakatan Rakyat pun yang mampu dikalahkan oleh UMNO. Ini bererti para pemimpin UMNO sudah tidak berpengaruh lagi di hati rakyat.
Itulah sebab-sebab utama mengapa UMNO takut untuk menghadapi pilihanraya kecil di Kota Seputih Kedah lagi. Itulah makanya kerusi Kota Siputeh yang sepatutnya di jalankan pilihanraya kecil, diperlengahkan kerana mereka sudah tidak mampu kehilangan 'kerusi' lagi. Mereka sudah trauma dengan pengakhiran kepada setiap pilihanraya kecil. Bukti sudah di depan mata. Jadi bila ada dua kerusi yang mereka dapat pertahankan, itulah yang menjadi modal mereka untuk dicanangkan ke sana-sini.
Jangan cakaplah bagaimana mereka 'merampas’ Perak dengan taktik yang amat kotor. Kalau mereka terlalu kuat dan rakyat sudah kembali menyokong UMNO, mengapa TAKUT untuk membubarkan Kerajaan Perak dan adakan semula pilihanraya di Perak ? Biarkan rakyat tentukan siapa yang mereka mahu sebagai pemimpin mereka. Tapi yang nyatanya UMNO memang penakut!
Patutkah ahli-ahli UMNO Sabah mahu lagi berpaut di dahan yang rapuh? Patutkah ahli ahli UMNO di Sabah bersandar di pokok yang akar tunjangnya sudah dimakan ulat Altantuya? Jangan percaya propaganda para pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa UMNO lah tempat orang orang Bumiputera Islam Sabah berlindung dan bergantung. Di Indonesia tidak ada Parti UMNO pun orang orang Islam Indonesia tetap bersatu dan terpelihara juga oleh Kerajaan Indonesia.
Rakyat Sabah sendiri mesti mahu fikirlah, kos persekolahan anak-anak di sekolah sudah meningkat tinggi. Kos hidup rakyat melambung tinggi, harga minyak petrol kalau dibandingkan dengan harga petrol di Negara Brunei, jauh bezanya dari Sabah, padahal Sabah lah yang paling banyak minyak petrol untuk belanja pembangunan 1Malaysia Najib. Tapi rakyat Sabah yang punya begitu banyak minyak petrol, rakyatnya pula miskin papakedana.
Rakyat Sabah harus bangkit dari tidur lena. Jangan kerana RM50-100 yang di agihkan semasa pilihanraya, terus lupa segala derita dan sengsara yang dialaminya sebelum ini. Beringatlah untuk jangka masa yang panjang. Mungkin kah PRU13 rakyat Sabah mahu tukar baju?
Tuesday, January 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment