Wednesday, January 27, 2010

PEMUDA UMNO KAH YANG BAKAR GEREJA?

Oleh Ismaily Bongsu

MAKLUMAT yang tidak rasmi diperolehi ada bukti sebahagian yang dituduh dimahkamah berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.


Naib Presiden PKR, Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Dia sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum dan berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka adalah pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit dan harus menghentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia dan sesudah itu ada pula kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini dan PKR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Apakah lontaran kepala babi itu ada motif politik untuk meraih undi melayu dan bom yang dilontarkan ke gereja untuk menakut-nakutkan golongan kristen yang menyokong PR. Ini semuanya permainan politik yang sudah muflis dan inilah tanda-tanda BN akan lenyap dalam PRU-13 yang akan datang
Hairanlah manusia ini perangai mengalahkan perangai kami kaum anjing. Kekadang kami yang dikata hina ini lebih baik dari mereka yang merosakkan gereja dan melontar kepala Babi. Gila bah manusia ini.

9 comments:

  1. Salam


    Semua orang tahu UMNO main wayang. Malas suda tulis tulis. 52 tahun UMNO tidak habis habisnya drama bersirinya.

    Puy-KK

    ReplyDelete
  2. Banyak sudah polis reman pasal tunuh gereja dan surau. Polis tidak beri tahu siapa nama nama mereka?

    Cuba kalau kerja itu dibuat oleh PKR atau PAS, siap nama mereka disebut dalam tv 1, 2,3 dan astro diulang ulang pagi petang.

    Jadi, faham faham sahaja lah, polis tidak sebut nama nama dan BIN mereka.

    ReplyDelete
  3. Raja Kris semalam beri tahu dalam tv3. 10 orang sudah dimasukkan dalam ISA. 9 orang asing dan 1 orang Malaysia.

    Kalau betul kata Raja Kris itu, kenapa tidak sebut nama nama mereka supaya semua orang tahu siapa mereka?

    Itu cuma ngalihkan pandangan kearah lain supaya kes yang kena backfire pada BN itu dilupakan.

    kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Salam

    Taktik bakar bakar gereja, surau dan kepala babi itu, niat sebenarnya kasi takut sama PAS supaya orang Melayu bersatu dalam UMNO kembali.

    He he he budak budak tadika pun tahu ada orang humban batu sembunyi tangan.

    Zubaidah-Kg. Sandakan

    ReplyDelete
  5. As per English proverb, "the pot called the kettle black"...what goes around comes around..i never ever believes in UMNO. Never !!

    Thomas Lajinun the Great

    ReplyDelete
  6. Saya tidak nampak apa yang menghairankan sekiranya ianya di lakukan oleh orang-orang suruhan UMNO. Selidiki kes Pantai Batu Burok. Siapa dalangya ?

    ReplyDelete
  7. Andainya benar kerja-kerja orang UMNO, bukankah ianya bakal menjadi suatu kontroversi agama ? Apakah mereka suka sekiranya Malaysia akan menjadi seperti Indonesia dan Thailand ? Tiada lagi keamanan di negara ini ?

    Astaghfirullahala'zim...

    ReplyDelete
  8. Hurmn..siapa yang gangster sebenarnya nie ? Kalau benar, insya-Allah, Allah swt akan menampakkan kebenarannya seperti mana Allah swt menampakkan kecuaian kerajaan umno pada kes kehilangan enjin jet. We'll see.

    ReplyDelete
  9. Aduinah..mataii..itulah suka2 ati durang sija mo tuduh pakatan rakyat punya karaja. tau2 durang sandiri punya karaja. mimang ini umno indak bulih pacaya bah

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete