Thursday, January 21, 2010

TPM dengan 'bed-time story'nya.




TPM dengan 'bed-time story'nya.
Oleh Baharien Agues

Timbalan Perdana Menteri sewaktu berucap di Miri dengan megahnya menyatakan bahawa PKR sedang mengalami suatu tempoh kemerosotan. Dia begitu beria-ia mahu meyakinkan rakyat Miri bahawasanya PKR telah hilang sirna kegemilangannya. PKR telah hilang sentuhan ajaibnya.

Beliau mengambil contoh dengan perletakan segelintir ahli PKR yang kononnya tidak lagi mempercayai kepimpinan PKR. Kononnya di war-warkan juga bekas-bekas ahli PKR itu ingin pulang ke pangkal jalan dan kembali ke riba UMNO. Dan juga tidak terlupakan perletakan jawatan Setiausaha Agung juga di ambil kira.

Semua perkara-perkara tersebut nampaknya menjadi topik bualan hebat di kalangan rakyat UMNO. Seolah-olahnya perkara sebegini tidak pernah terjadi dalam UMNO. UMNO barangkali sudah lupa terwujudnya parti SEMANGAT 46 sedikit masa dahulu ? Pasal apa ianya di tubuhkan ? Adakah Muhyiddin Yassin lupa atau sengaja melupakan ?

Mereka juga seakan terlupa beberapa cawangan dan bahagian UMNO juga pernah di bubarkan ? Perletakan jawatan dan keluar ahli adalah suatu perkara yang normal dalam sesebuah parti politik. Lupakah beliau Dr Mahathir juga pernah keluar dari parti sedikit masa dahulu ?

Dan adakah UMNO benar-benar terlupa bahawa mereka nyaris-nyaris kecundang dalam PRU12 ? Dan dalam beberapa siri pilihanraya kecil hanya dua kawasan sahaja yang mereka bertahan, selainnya disapu bersih oleh Pakatan Rakyat ? Dan oh ya, haruskah saya ingatkan bahawa kerusi parlimen Kuala Terengganu juga yang dahulunya kerusi mutlak milik UMNO kini telah bertukar tangan ? Takkan tak ingat kot YAB TPM ?

Begitu hebatkah kepimpinan wakil-wakil rakyat UMNO sehingga keputusan mahkahmah memutuskan kerusi Kota Siputeh harus di kosongkan lantaran YBnya tidak pernah menghadiri sidang dewan rakyat selama 2 penggal berturut-turut ?

Terlalu tuluskah kepimpinan UMNO sehinggakan dua hero rasuah yang telah di dapati bersalah kerana melakukan rasuah wang tetapi masih gah berdiri di kedudukan masing-masing ?

Jika ingin berbicara tentang ketulusan dan kepercayaan, saya ingin bertanya kembali. Bukankah kerana UMNO yang telah hilang kepercayaan makanya rakyat Malaysia tidak lagi memberikan sokongan kepada UMNO ? Siapa yang hilang kepercayaan dari rakyat ? UMNO atau Pakatan Rakyat ?

Dek kerana takut dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku, UMNO dengan terhegeh-hegeh ingin menjayakan Kerajaan Perpaduan. Terhegeh-hegeh kesana sini kononnya menyambut baik cadangan Kerajaan Perpaduan. Kerana apa ? Kerana UMNO lah sebenarnya yang kini terkapar-kapar dan hampir lemas tenggelam.

Jadi untuk mengaburi mata rakyat, maka pelbagai propaganda dan agenda diaturkan bagi memudarkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Lebih menyedihkan, fitnah dan tohmahan kini menjadi mainan dan amalan UMMO. Nauzubillahi minzaliq.

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah muak dan bosan dengan pembohongan UMNO. UMNOlah yang patutnya sedar keadaan sebenar bukannya menuding jari kearah Pakatan Rakyat. Jangan nanti bila terjadi lagi gelombang tsunami politik pada PRU13, akan berlaku lagi insiden 'airmata' seperti yang berlaku pada seorang bekas menteri besar yang enggan keluar dari kediaman rasmi selepas kalah dalam pilihanraya.

Semua ini rakyat telah lihat dan nilai dengan sejelasnya. Rakyat kini telah bijak dalam menimbang-tara akan buruk dan baik sesuatu perkara. Jangan ingat UMNO boleh dengan sewenang-wenangnya memperbodohkan rakyat dengan segala macam propaganda negatif. Kita lihat sahaja nanti siapa yang bakal gigit jari.

9 comments:

  1. Senang sahaja, kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin cakap PKR sudah tidak diterima oleh rakyat kenapa takut cabar PKR di pilihanraya kecil Penanti Pulau Pinang dulu?

    Kalau Muhyiddin fikir PKR sudah ditolak oleh rakyat, sila adakan PRU Malaysia, UMNO cuma lawan PAS sama DAP sahaja, ikatan Pakatan Rakyat sudah tanpa PKR. Pakatan dikira sudah lemahlah tu.

    Lagi pun UMNO perlu adakan PRU Malaysia kerana dalam Parlimen pun tidak cukup 2/3 suara.Lemah betullah tu.

    Tan Sri disaran mulut jangan celupar, kalau dah kuat UMNO bubar lah Kerajaan BN yang puah itu.

    Berani kah Tan Sri bubar Kerajaan tunjuk kekuatan UMNO/BN dalam PRU?

    Pingal Sumbiling--Pensiangan

    ReplyDelete
  2. Saya sokong Pingal, orang Murut Tagal Pensiangan pun pandai pikir dari Tan Sri Muhiddin.

    ReplyDelete
  3. Iyaaa, betul itu Pingal. Saya sukung kau.

    ReplyDelete
  4. Biasalah tu ..TPM kita tu cuma mau sedapkan hati sendiri dgn kuncu-kuncunya, padahal dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  5. Tapi kan, dia cakap saja bah Pingal, mana dia barani bubar ini karajaan BN, nanti Si Kurup nangis ituuu.

    Palis palis lah kau Tan Sri, kalau kau bulih manang lagi diSabah.

    Jinuing Sambul-Nabawan

    ReplyDelete
  6. Adalah di nasihatkan kepada TPM dan menteri-menteri sewaktu dengannya, jangan lupa belajar-belajarlah nyanyi lagu JANGAN TINGGAL DAKU..manalah tahu..kita manalah tahukan..

    Lady Mermaide

    ReplyDelete
  7. Kalau UMNO dah rasa diri mereka terlalu kuat, kita buktikan dengan membubar Kerajaan Perak, tengok masih adakah yang sayang padamu wahai UMNO ? Atau nanti ada juga yang ikut jejak langkah abg Taj, nangis tak berlagu ?

    hash_ria
    twitter.com/hash.ria

    ReplyDelete
  8. Saya percaya sekiranya UMNO lebih bersikap ikhlas dan telus, rakyat akan kekal bersama, tetapi jika amalan sebegini diteruskan, sorry to say, that's the end of UMNO

    ReplyDelete
  9. Selesaikan dahulu masalah dalaman UMNO yang sudah semakin parah sebelum sibuk-sibuk nak ambil tahu masalah dalaman rumahtangga orang lain..adios ..

    Henry Unggah

    ReplyDelete