Wednesday, January 20, 2010

BN PERLU BUANG KETIGA TIGA WAKIL RAKYAT DAERAH TENOM

Surat Dari Pembaca Tenom:- Antigang Sompoi

Tuan Pengarang

Menerusi diblog ini, saya ingin bertanya kepada Wakil Rakyat Raden Maleh, Melalap (PBS) Rubin Balang, Kemabong (UMNO) dan Ahli Parlimen Tenom (UMNO) selama kamu mewakili pengundi Daerah Tenom apa sudah kamu buat kerja pembangunan untuk rakyat Tenom?

Saya 'orang muda' anak jati Tenom bangsa Murut Tagal, sudah 2 kali PRU undi BN, walaupun saya tidak masuk jadi ahli mana mana parti tapi saya undi BN , saya kesal semua wakil wakil rakyat BN ini 'kaki project' kepentingan rakyat diabaikan.

Saya masih lagi 'atas pagar' belum berparti, saya minta Pucuk Pimpinan BN lain kali pilih calon biar bertanggungjawab kepada rakyat, saya berjanji akan undi BN lagi kalau ada perubahan calon calon yang sudah betagar itu. Buang mereka, biar mereka masuk pembangkang, tidak rugi BN kerana mereka malas melawat rakyat.

No comments:

Post a Comment