Pada minggu yang lalu saya ada menyatakan untuk memaklumkan status terkini beberapa projek awam besar yang sedang berjalan di dalam kawasan Shah Alam kepada tuan-tuan semua, tetapi tidak berkesempatan hinggalah ke pagi ini.
Hospital Shah Alam
Nilai projek ini adalah sekitar RM400 Juta yang akan dapat memuatkan sebayak 300 katil pesakit, tetapi infra struktur yang sedang dibina cukup untuk menampung sehingga 500 katil.
Projek ini dijangkakan siap pada Jun 2011, tetapi kontraktor yang terlibat akan berusaha menyelesaikannya sebelum 2011. Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, projek yang bermula pada hujung 2008 dan yang telah berjaya mengatasi beberapa kerumitan ini sedang berjalan dengan lancar buat masa ini. Ini juga merupakan lawatan tapak yang pertama untuk saya bagi projek ini.
Bersama kontraktor di tapak binaan
Lebuhraya LKSA
Nilai projek Lebuhraya Kemuning-Shah Alam atau LKSA ini mencecah sebanyak RM350 Juta. Lebuhraya sepanjang 14.7km ini menghubungkan Persimpangan Kemuning Lebuhraya KESAS berdekatan Kota Kemuning sehingga Persimpangan Bulatan Darul Ehsan Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam. Saya dimaklumkan bahawa fasa pertama yang terletak di kawasan Shah Alam telah pun selesai kecuali beberapa ‘finishing touches’ seperti papan tanda dan tanda atas jalan. Fasa kedua berada di dalam Parlimen Kota Raja, DUN Seri Muda yang dijangka siap keseluruhannya pada Jun 2010. Projek ini bermula sebelum Mac 2008. Saya telah berkesempatan melawat ke tapak projek sebanyak 4 kali bagi mengikuti perkembangan.
Perbincangan di pejabat kontraktor LKSA
Jambatan Sg. Rasah
Projek ini bertujuan mengatasi masalah Banjir. Pada hujung Februari 2010 separuh dari jambatan baru akan siap dan sudah mula boleh digunakan. Jambatan lama akan seterusnya dirobohkan dan separuh kedua dari jambatan baru akan mula dibina. Projek ini dijangkakan siap pada bulan Julai 2010 yang akan menghasilkan jambatan yang lebih tinggi beserta sungai yang lebih luas bertujuan untuk mengatasi masalah banjir tersebut. Projek ini telah bermula semenjak bulan Julai 2009, bernilai lebih kurang RM 6 Juta dan saya telah berkesempat untuk melawat sebanyak 4 kali.
Perbincangan bersama pakar runding projek jambatan Sg. Rasah
Penambahbaikan Jalan Montfort
Projek ini bernilai sebanyak RM47 Juta yang telah bermula semenjak Mac 2008. Pada mulanya banyak masalah dan bantahan dari penduduk. Mesyuarat bersama JKR tidak kurang dari 3 kali semenjak mula hinggalah sekarang. Lawatan ke tapak juga begitu kerap. Projek ini melibatkan pembinaan jambatan yang lebih luas, lebar dan tinggi serta peninggian dan pelebaran jalan dari simpang Monfort ke TTDI Jaya. Projek ini turut melibatkan penaikan taraf beberapa simpang empat berlampu isyarat yang dijangkan siap sepenuhnya pada September 2010 dengan status semasa lebih kurang 80% siap.
Penambahbaikan Jalan Berhadapan Proton
Projek bernila RM 43 Juta ini dijangkakan siap pada awalnya pada 30 Jun 2010. Bagaimanapun ia telah dilanjutkan sebanyak 361 hari kepada 26 Jun 2011. Saya difahamkan bahawa kerja-kerja banyak tergendala disebabkan saluran utilities yang perlu dipindahkan yang melibatkan banyak pihak termasuk TNB, Gas Malaysia dan SYABAS. Kerja-kerja pemindahan ini dijangka tamat pada 23 Jun 2010 dan kerja-kerja melibatkan pelebaran jalan, penaikan taraf jalan ke ciri yang lebih urban, penambahan lampu isyarat di Persiaran Hulu Selangor, pengubahsuaian simpang sedia ada, penyediaan tempat pusingan-U yang baru dan jejantas pejalan kaki akan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar selepas dari tarikh itu.
Susun atur perancangan kerja adalah seperti mana plan yang dilampirkan di bawah.
Masalah Slab Konkrit Terbongkah di ICT
Pada bulan Nobember 2009 banjir agak besar telah berlaku di Seksyen 7 Shah Alam yang disebabkan tersekatnya aliran Sungai di pinggiran ICT. Sungai tersebut tersekat oleh kerana kerja-kerja pemampatan tanah yang telah menyebabkan slab konkrit di dasar Sungai terbongkah sehingga pecah dan menjadi sekatan di beberapa lokasi sepanjang kawasan berkenaan. Halangan tersebut telah dipunggah pada keesokan hari tetapi kerja-kerja pemampatan tanah dan pemasangan slab baru in perlu dipantau dari masa ke semasa.
Kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan
Masalah Tanah Perkuburan Islam Batu 3
Terdapat juga yang masih bertanya berhubung status isu tanah perkuburan Islam di Batu 3. Saya telah pun memaklumkan sebelum ini bahawa persetujuan sudah pun diperolehi dari semua pihak dan JAIS telah menyatakan bahawa mereka sedang berusaha mewartakan tanah perkuburan tersebut. Maka saya kena ‘kejar’ JAIS bagi mendapatkan status terbaru berkenaan perkara ini.
Terdapat juga yang masih bertanya berhubung status isu tanah perkuburan Islam di Batu 3. Saya telah pun memaklumkan sebelum ini bahawa persetujuan sudah pun diperolehi dari semua pihak dan JAIS telah menyatakan bahawa mereka sedang berusaha mewartakan tanah perkuburan tersebut. Maka saya kena ‘kejar’ JAIS bagi mendapatkan status terbaru berkenaan perkara ini.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
www.khalidsamad.com
NOTA PENGARANG:- Sepatutnya YB-YB UMNO di Sabah turun padang seperti apa yang dibuat oleh Wakil Rakyat Pakatan Rakyat YB.Khalid Samad dikawasan pilihanrayanya di Negeri Selangor.
Sikap dan kerjakuat YB. Khalid Samad dari PAS-Pakatan Rakyat perlu difikirkan dan diambil contoh oleh pengundi pengundi Sabah. Kalau memilih Wakil Rakyat di Sabah pilih lah Pakatan Rakyat. Calon calon Pakatan bertanggungjawab tidak perlu ada cogankata "Juara Rakyat" atau cogankata 1Malaysia untuk buat 1Kubur.
HZ
Wahhhh YB
ReplyDeleteKerajaan Pakatan Rakyat pun boleh buat pembangunan rakyat bah, bukan UMNO sahaja yang boleh.
Kita di Sabah pun mesti mahu ikut semangat pengundi rakyat Selangor. Buang UMUNO ambil Pakatan Rakyat.