Wednesday, January 20, 2010

RAKYAT LUMADAN BEAUFORT AKUI KESILAPAN UNDI BN

Surat Pembaca:- Pak Othman Sukirman

TUMPANG lalu dihalaman blog PKR Sabah dulu. Kalau cerita ini melalui akhbar akhbar tentu tersekat. Mungkin juga Tuan Tuan Punya akhbar takut pada YAB.Musa Aman kalau menerbitkan rentetan ahli ahli UMNO Lumadan dalam akhbar.

Sebenarnya kami penduduk kampung Lumadan Beaufort terdiri dari ahli ahli UMNO, sudah lama tidak suka UMNO tapi apa boleh buat kerana Ketua Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO dan Pemaju Kampung, Ketua Ketua Kampung terlalu berhutang budi dengan YAB. Musa Aman, kami juga dapat bahagian 'sikit sikit'sahajalah kerana undi pada calon BN orang UMNO pada PRU12 2008 yang lalu.

Hari ini orang orang kampung pun mulai sedar, pembahagian 'sikit sikit' dalam PRU itu takpun dapat menampung perbelanjaan anak anak kami bersekolah. Habis begitu sahaja. Yang besar bahagian Ketua Ketua kami. Kami cuma dapat ampurai ampurai-nya sahaja.

Keluarga saya di Lumadan mulai berfikir fikir, minda kami mulai berfungsi sudah. Keluarga saya rasa tidak BERDOSA kalau kami ikut sunnah Nabi untuk berhijrah. Keluarga saya sudah tidak mampu lagi bertahan kerana tekanan hidup serba mahal. Bukan berhijrah keluar negara, tapi berhijrah perasaan untuk tidak undi UMNIO lagi.

No comments:

Post a Comment