Tuesday, January 19, 2010

SEKAPUR SIREH DARI HALIK ZAMAN

Syukur Alhamdulillah, kini Parti Keadilan Negeri Sabah punya blog dalam Bahasa Kebangsaan dan punya Facebook yang boleh menyalurkan isu isu politik semasa. Harapan kita bahawa sedikit masa lagi disemua Cabang PKR seluruh Sabah (kiranya yang belum ada blog lagi) kita akan buatkan mereka blog tersendiri.

Perlunya tiap tiap Cabang PKR di Sabah mempunyai blog yang tersendiri ialah untuk mendapatkan maklumat terkini isu isu politik semasa dari seluruh Cabang PKR diseluruh Malaysia dan termasuk maklumat maklumat dari Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur.

Kita maklum, mungkin ada Cabang Cabang PKR Sabah yang belum arif untuk membuat blog dan facebook sendiri, Insya-Allah kita akan bantu memberikan kursus kursus jangka pendek kepada Setiausaha dan Ketua Ketua Penerangan Cabang Cabang PKR tersebut.

Sedikit masa lagi kita akan membuat lawatan ke cabang cabang yang kurang arif menggunakan IT dan blog ditempat tempat yang memerlukannya.

Kalau kiranya Ketua Ketua Cabang ada berita, rencana, isu isu politik sila hantarkan melalui e-mail:- keadilan.sabah@gmail.com

Halik Zaman
Info & Communication In IT PKR Negeri Sabah

No comments:

Post a Comment