Sunday, January 24, 2010



Kalau anda memikirkan anda semua perlu perubahan, anda undi kompenan Pakatan Rakyat dimana sahaja anda berada ketika PRU13 nanti.

Remaja yang berusia 21 tahun perlu mendaftar nama dipejabat SPR sebagai pengundi. Remaja hari ini sebagai penentu Kerajaan yang adil dan saksama dalam PRU13 akan datang .

Remaja hari ini untuk menentukan Kerajaan yang mempunya halatuju melaksanakan keadilan dijalankan dengan penuh amanah, menolak rasuah, menjaga harta Kerajaan dengan penuh tanggungjawab.

Pakatan Rakyat adalah pilihan remaja masa kini. Nasib rakyat masa depan ditangan remaja.




8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Dsai

    Ayah saya berumur 65 tahun. Dari Perikatan hingga BN mengundi mengundi Kerajaan, kata ayah saya, hingga sekarang tiada apa apa perubahan.Cuma cakap mulut sahaja. Yang mereka dengar para pemimpin banyak makan rasuah.

    2. Saya dan isteri saya sudah mengambil keputusan akan mengundi Pakatan Rakyat bila PRU13 nanti.

    3. Kami mahu perubahan dalam Pakatan Rakyat seperti Selangor,Penang dan Kedah.

    Jamil S Kg Likas Laut

    ReplyDelete
  3. Umur saya 30 tahun. Saya tidak pernah daftar sebagai pengundi.

    Kali ini saya akan daftar sebagai pengundi kerana undi saya adalah penting untuk membentuk Kerajaan yang adil.

    ReplyDelete
  4. Kita harus bertindak sebagai pengundi. Undi kita adalah penentu segalanya. Insya Allah rakyat bukan lagi buta. Kita telah sedar. Kita pasti mengundi yang terbaik - Pakatan Rakyat. Insya Allah.

    Maznah Pahaman
    maz.man@streamyx.com

    ReplyDelete
  5. Sebagai anak muda yang prihatin, kami tidak sanggup lagi melihat ada golongan yang terpinggir kerana kerakusan kerajaan hari ini. Kami telah bersedia untuk berdiri bersama-sama Pakatan Rakyat. Bersamalah kita menumbangkan Kerajaan C4. Adios.

    ReplyDelete
  6. Walau apa pun agenda UMNO, kami tidak akan berganjak lagi. Kami tidak akan terpedaya lagi dengan segala propaganda.

    Kita amat berharap seandainya suara rakyat telah termeterai kelak, dan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ambillah ikhtibar keadaan sebelumnya. Belalah nasib kami rakyat Malaysia sebaiknya, inshaAllah sokongan padu akan lebih kukuh.

    ReplyDelete
  7. Kenapa rakyat beralih arah ? Jawabnya ada pada UMNO. Apa yang mereka dah buat pada rakyat ? Itu pasal sekarang UMNO terkapar-kapar. Dah tak tentu hala tuju. Bila dah tunggang terbalik, itulah jadi kes segala fitnah jadi amalan.

    Hentikanlah wahai UMNO, rakyat dah bosan dengan drama swasta ini . Allahuakbar..

    Hj Jailani Wahid
    KK, Sabah

    ReplyDelete
  8. Saya ingin mencadangkan, seandainya dapat ada gerakan khas AMK untuk memantau pengundi-pengundi remaja kita dari masa ke semasa. Di tempat saya masih banyak yang belum berdaftar kerana mereka kurang arif tentang selok-belok cara pendaftaran. Ada juga yang sudah mendaftar, tetapi nama mereka tidak di masukkan, Kita berharap AMK dapat memantau hal-hal sebegini. Kita kena ingat undi mereka amat berharga buat kita semua.

    hash.ria
    twitter.com/hash.ria

    ReplyDelete