Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.
Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.
Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.
Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.
Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.
Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!
ANWAR IBRAHIM
Bukti kezaliman dan penindasan !! Kami tuntut hak demokrasi bersuara rakyat Malaysia !! Ini bukan zaman komunis atau pemerintahan Jepun yang mahu rakyat Malaysia jadi PAK ANGGUK saja !!
ReplyDeleteDendam Membara
Kuala Penyu, Sabah
Mengapa mesti ada sifat dendam dan angkuh dalam hati pemimpin UMNO ? Ingatlah wahai saf kepimpinan UMNO, hari ini kamu diatas, esok belum tentu kepunyaan kamu. Allahuakbar..!
ReplyDeleteSemakin busuk hati perlakuan pemimpin2 UMNO dari hari ke sehari. Insha Allah tunggu dan lihat PRU13 akan datang. Gerakan reformasi besar-besaran akan dilancarkan. Tunggu sahaja sementara itu teruskanlah drama-drama dan aksi lagak UMNO itu supaya rakyat bertambah hilang kepercayaan kepada UMNO dan BN amnya.
ReplyDeleteRahimah Hj Matlani
Gum Gum
Sandakan
Kalau UMNO rasa mereka terlalu kuat kenapa mesti halang Pakatan Rakyat untuk beri ceramah ? Kerana mereka sudah tidak kuatlah maka segala "songeh-songeh" berkeluaran. Terima sahajalah hakikat yang UMNO tidak lagi kena percaya oleh rakyat Malaysia sudah.
ReplyDeleteBabagon Master
Durang anik takut sama bayang-bayangnya sendiri bah. Masih rasa UMNO bisai, tapi sebenarnya terkulai sudah. Malas tah ku ingau.
ReplyDelete