Wednesday, February 17, 2010

Program Pemeriksaan Kesihatan Rakyat Anjuran Cabang PKR Tuaran




Dr Natassa sedang memeriksa penduduk setempat.

Laporan: Halik Zaman

Cabang PKR Tuaran baru-baru ini telah mengadakan satu program kemasyarakatan di mana Cabang PKR Tuaran telah menjayakan satu program pemeriksaan kesihatan secara percuma. Kempen kesihatan ini telah di jayakan bersama Dr. Natassa.

Menurut Ketua Cabang PKR Tuaran merangkap Ahli Majlis Kepimpinan PKR Pusat , Hj Ansari Abdullah, kempen ini bertujuan untuk memberikan khidmat kemasyarakatan di samping meyakinkan rakyat Tuaran, Tamparuli dan Kiulu bahawa tanpa PKR memegang tampuk pemerintahan, PKR juga mampu menyediakan khidmat kebajikan masyarakat secara percuma.

Program ini telah di adakan di Batu 24, bersempadan di DUN Kiulu dan Kundasang. Jika di lihat secara geografinya, kedudukan kawasan ini terletak agak jauh untuk penduduk setempat bagi mendapatkan rawatan kesihatan ke hospital Ranau dan begitu juga agak jauh sekiranya mereka ingin mendapatkan rawatan kesihatan ke Pusat Lesihatan di Tuaran.

Maka kerana itulah Cabang PKR Tuaran telah mengambil langkah inisiatif untuk menubuhkan biro kesihatan demi kebajikan penduduk di bawah naungan Parlimen Tuaran. Biro Kesihatan ini telah bergerak memulakan operasi kesihatan mereka dengan mengadakan program pemeriksaan kesihatan secara percuma dan memberikan ubat kepada rawatan sakit yang ringan.

Ramai penduduk yang hadir berpuashati dengan program kemasyarakatan ini dan berharap akan lebih banyak lagi program-program sebegini diadakan. Maka kerana inilah Cabang Tuaran akan memperluaskan skop program pemeriksaan kesihatan ini keseluruh kawasan di daerah Tuaran.

Menurut Ketua Cabang PKR Tuaran, memandangkan pihak Kerajaan jarang mengambil tahu hal-hal sebegini kepada penduduk dikampung kampung setempat, maka Cabang Tuaran bergerak mengadakan program-program sebegini demi untuk kepentingan penduduk setempat.

Demikian di maklumkan oleh Ketua Cabang Tuaran kepada krew Info & Komunikasi PKR Sabah.

No comments:

Post a Comment