Sunday, February 7, 2010

KITA MINTA AUDIT NEGARA SIASAT MUSA AMAN

Dari Kacamata Halik Zaman

KITA difahamkan Sabah mempunyai peruntukan kewangan yang besar kira kira berjumlah 6 billion untuk pembangunan sektor pertanian, dan kita rakyat Sabah amat berbesar hati ingin tahu dari Musa Aman selaku Ketua Menteri, memaklumkan kepada rakyat Sabah dimana dan bagaimana peruntukan untuk pembangunan pertanian itu dibelanjakan ?

Kita tidak menuduh Musa Aman menyalahgunakan kewangan 6 billion yang diperuntukan untuk pertahnian itu, tetapi tidak salahkan kiranya rakyat mahu tahu kemana perginya wang tersebut digunakan? Sebagai seorang pemimpin yang telus dan ikhlas kepada rakyat dan sekiranya tiada penyelewengan keatas peruntukan tersebut, Musa Aman dengan senang hati bisa memberikan penerangan akan susur-galur perjalanan peruntukan tersebut?

Disinilah rakyat akan menilai ketelusan pentadbiran pemimpin-pemimpin UMNO Sabah. Kerana apa yang mereka harus lakukan kepada setiap peruntukan - peruntukan Kerajaan, seharusnya di pergunakan setiap sen untuk saluran kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu atau disalurkan kelain saluran?

Kita juga mengharapkan Ketua Suruhanjaya Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang akan mengauditkan setiap sen wang rakyat yang telah di peruntukan untuk Sabah segera diaudit, jika terdapat sebarang perbelanjaan songsang, kita berharap tindakan segera akan di ambil dan mengheret mana-mana individu yang terlibat ke muka pengadillan. Itupun seandainya sistem audit negara ini tidak 'memberatkan; mana - mana pihak yang 'berkepentingan'.

Rakyat mahu mendengar ada 'tindakan' bukan cover-up seperti Dato Najib menjelaskan 'cerita cover-up' kehilangan enjin jet tentera, dimana dianggap oleh Najib sebagai 'bukan aset Negara' kerana enjin jet tersebut disifatkan oleh Najib sebagai 'barang lama'.

Kalau Najib menganggap enjin jet yang dicuri itu sebagai 'barang lama' bukan aset Negara , ini bererti Perdana Menteri Malaysia itu 'menggalakkan" lain lain 'barang lama' juga tidak salah kalau dicuri kerana ia bukan aset Negara? (Sila rujuk TV3 Sabtu lalu dan akhbar Utusan Malaysia hari Ahad lalu).

Kalau begitu, tidak salahlah andai ada lagi 'anggota tentera' yang curi 'barang lama' di simpanan stor tentera kerana mengambil 'precedent' atas kes terdahulu ? Makanya, akan berlaku banyak lagi 'barang-barang lama yang berharga' akan hilang dari simpanan di stor tentera !

Berbalik kepada peruntukan pertanian 6 billion untuk Sabah, kita ambil kenyataan dalam TV3 Sablu lalu yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa "dalam UMNO" tidak ada seorang pun yang kebal dari undang undang. Kita mahu beliau mengotakan kata-katanya seandainya ada terdapat ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahi undang-undang. Atau mungkinkah ada lagi 'sistem kambing hitam' yang bakal di korbankan demi untuk menyelematkan 'seseorang' ?

Dan kerana itulah kita minta Audit Negara menjalankan pengauditannya kepada Kerajaan Sabah tentang perbelanjaan projek - projek sama ada menerusi tender terbuka atau negotiate tender yang bertentangan dengan arahan Federal Treasury Act. (Sila rujuk).

Kalau negotiate tender berlaku di Sabah, Musa Aman juga perlu disiasat oleh Audit Negara dan keputusan siasatan Suruhanjaya Audit Negara hendak lah dijadikan blue print sebagai pengetahuan rakyat Sabah. Kita bukan tidak percaya kepada SPRM untuk menyiasat, tapi rakyat sudah kurang yakin dengan kewibawaan SPRM yang kurang betul berfungsi kerana Musa Aman dianggap sebagai terlalu kebal dan kalis tindakan di Sabah.

Kita tidak menuduh, tapi tidak salah kalau kita ingin tahu ketelusan Kerajaan UMNO/BN di Sabah. Kita minta UMNO dan BN buktikan sesungguhnya mereka ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur tanpa ada 'udang disebalik batu'. Kita minta UMNO dan BN dengan segera 'meluruskan' jalan mereka atau jika tidak mereka bakal kehilangan segala kuasa dan kedudukan mereka di PRU13 yang akan datang. Insya Allah.

6 comments:

  1. Setuju !! UMNO harus menunjukkan bukti akan ketelusan dan kejernihan mereka dalam mentadbir negeri Sabah ini.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  2. Mo jadi pemimpin masti bulih bah. Jangan takut, kasitau sija rakyat apa yang kamurang suda bikin sama itu peruntukan, kasi puas bah hati kamirang. Tukuiii..

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  3. Untuk membersihkan situasi UMNO harus berani membentangkan segala kerja yang mereka telah belanjakan pada setiap peruntukan kewangan. Supaya tiada curiga di hati rakyat, kita sebagai rakyat berhak untuk mengetahui duduk perkara yang sebenar.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya UMNO menyahut cabaran ini dengan minda dan hati terbuka. Sebab keterbukaan inilah yang bakal menangkis segala tuduhan negatif terhadap UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  5. Dear Datuk Halik, we agreed an explanation need to be done in order to ensure every fund is being organized accordingly.

    Be transparency !!!

    Vivien Ng

    ReplyDelete
  6. Kita tengoklah selepas ini. Sama ada benar mereka akan perjelaskan atau perbanyakkan lagi dalih-dalih yang tidak munasabah seperti sebelum-sebelum ini.

    ReplyDelete