Wednesday, February 17, 2010

Datuk Kalakau Letak Keanggotaan UPKO, Tidak Setuju Dengan Dasar Barisan Nasional






Laporan Halik Zaman

TAMPARULI, 18 Februari 2010 – Mantan Timbalan Menteri Buruh Persekutuan, Datuk Kalakau Untol telah mengadakan sidang akhbar di Kelab Tamparuli, Sabah untuk mengumumkan perletakan jawatan dan keanggotaannya dalam parti UPKO dan Barisan Nasional berkuatkuasa hari ini.

Dalam sidang akhbar itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah di Sabah Economic Development Corporation (SEDCO).

“Saya percaya dengan kewujudan kerjasama para pemimpin parti-parti politik di luar Barisan Nasional iaitu Pakatan Rakyat akan melakarkan dan mewujudkan satu trend dan system dwi-parti dalam masa yang terdekat di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.” Ujar beliau.

Beliau menambah, “dengan kewujudan system dan trend politik sedemikian akan melakarkan trend politik yang lebih baik, ia akan memberi suatu pilihan yang jelas, pilihan yang lebih objektif kepada rakyat Malaysia. Saya percaya dengan perubahan itu, Negara akan lebih mendapat manfaat untuk menentukan suatu dasar yang lebih sesuai yang memberi manfaat kepada rakyat dan Negara.”

Datuk Kalakau juga menyatakan bahawa semua pemimpin dari Sabah sejak penubuhan Negara Malaysia iaitu 46 tahun yang lalu telah melakukan yang terbaik dan termampu untuk mempertahankan hak-hak Negeri Sabah dan memajukan Negeri Sabah, cumanya seperkara yang agak mendukacitakan dirinya ialah seperti yang diketahui umum bahawasanya pucuk pimpinan Negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan sejak dahulu lagi tidak begitu serius dan tidak komited dengan saranan-saranan serta tuntutan-tuntutan para wakil-wakil Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan pihak Kerajaan Negeri Sabah sendiri.

Beliau penuh yakin dengan kesepakatan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama saya hadiri yang telah diadakan pada 2009, di mana dalam konvensyen berkenaan telah memutuskan diantaranya bersetuju untuk menyemak semula kepentingan-kepentingan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak. Beliau sesungguhnya yakin agenda ini hanya dapat diselesaikan dengan pembentukan sebuah Kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Dengan berbekalkan keyakinan inilah, Datuk Kalakau Untol mengambil kata putus dan berhasrat menyertai Pakatan Rakyat demi merakyatkan dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang menyeimbangkan kepentingan rakyat Malaysia.

Menjawab satu pertanyaan dari wartawan kenapa beliau memilih PKR tidak memilih SAPP menjadi ahlinya, Datuk Kelakau berkata, " Masa kini saya belum menjadi ahli mana mana parti politik, tapi saya tertarik dengan halatuju Pakatan Rakyat untuk merakyatkan ekonomi negara, merakyatkan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat kalau Pakatan Rakyat memerintah kelak."

"Saya tidak ada apa apa masalah dengan parti UPKO tapi saya tidak setuju dengan dasar dan halatuju Barisan Nasional yang dikongkong oleh para pemimpin UMNO, maka itu salah satu sebab mengapa saya lepaskan keanggotaan saya dalam UPKO" Kata Datuk Kalakau menjawab soalan pemberita.

Bila diasak pertanyaan oleh para pemberita Kalakau menjawab, " Saya sangat yakin kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan kebanjiran PTI di Sabah jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat memerintah Kerajaan Pusat PRU13 nanti".

Datuk Kalakau Untol menafikan bahawa beliau meninggalkan UPKO kerana dipengaruhi oleh siapa siapa yang jelas katanya bahawa beliau tidak yakin dengan prinsip perjuangan Barisan Nasional, kata beliau setakat ini beliau belum bersedia menyertai mana mana parti politik. Beliau masih lagi "tunggu dan lihat".

Bercakap mengenai kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum sidang akhbar bermula, Datuk Kalakau berkata, "Semua orang tahu kes liwat Anwar telah dijadikan bahan mainan politik Barisan Nasional. Ini tuduhan yang kedua setelah mereka gagal dalam tuduhan pertama".

Turut hadir di sidang akhbar ini, Haji Ansari Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran. Mengakhiri sidang akhbar ini, beliau menjemput para wartawan dan hadirin yang hadir untuk suatu acara kemuncak bersama kepimpinan Pakatan Rakyat yang mana antara yang di jangka hadir, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Datuk Seri Hj Hadi Awang pada 28 Februari di Golden Hope, Tuaran.

31 comments:

  1. Kami ahli ahli UPKO hormati langkah Datuk Kalakau Untol. Kami tahu perasaan Datuk.

    2. Banyak lagi ahli ahli UPKO tunggu masa sesuai ikut langkah Datuk. Kami ahli ahli UPKO dapat rasa apa yang Datuk rasakan.

    ReplyDelete
  2. Shabas Datuk, langkah yang bijak

    Cikgu Sekolah

    ReplyDelete
  3. Tahniah Datuk, kami akan menyusul nanti

    -Punai-

    ReplyDelete
  4. Tindakan Datuk jadi ribut satu Sabah. Tahniah atas keberanian Datuk

    ReplyDelete
  5. Bukan UPKO yang Datuk marah tapi BN. Memang betul UMNO itu BN dan BN itu UMNO. Dalam BN dalamannya sudah rusak. Cuma indah dipandang dari luar saja.

    Jom mari ikut langkah Datuk Kalakau.

    ReplyDelete
  6. apa buli buat, kami terikat Datuk. ketapi rantai bikin ikat itu akan putus juga bila sampai pru13 nanti.

    anak kerani

    ReplyDelete
  7. Saya sukung Datu Kalakau. Pilihan yang bagus dalam Pakatan Rakyat. Tahniah Datu.

    ReplyDelete
  8. Datuk Kalakau, kamu buat contoh baik untuk jadi ikutan ramai lagi orang orang berani keluar dari BN.

    Siapa lagi setelah Datuk Kalakau? Tunggu masa sahaja.

    ML.NN

    ReplyDelete
  9. Tahniah Datuk, saya salute pendirian Datuk.

    ReplyDelete
  10. Satu langkah yang berani Datuk Kalakau Untol tunjukkan kepada orang ramai.

    Nama Datuk disebut sebut sebagai wira politik Sabah. Tahniah.

    Mauren Liaw

    ReplyDelete
  11. Menteri Ismail Sabri sudah umumkan kenaikan minyak petrol bulan Mei tahun ini.

    Bersedia saja orang kampung simpan duit beli barangan yang kosnya mahal sekali.

    Mau cakap apa lagi, kerana kita sudah undi BN. Nahh, putih mata.

    -Dulu saya pun undi BN- Kg. Bunut Tenom

    ReplyDelete
  12. Betul itu. Saya pun dangar TV1 ada pengumuman semalam minyak petrol akan naik bulan Mei depan ini.

    Matai lah macam ini. Manyasal saya undi BN.

    ReplyDelete
  13. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Kalakau kerana sudah tidak mau bersekongkol dengan UMNO/BN lagi.

    Bagus lah itu ba, sama sama kita mahu tukar baju.

    ReplyDelete
  14. Silaka ini BN, kasi naik minyak petrol lagi. Apa pikiran kamu? Mau undi BN lagi kahhh?
    Ummm, saya tidak lah.

    Pilip Tusi-batu 32 Sandakan

    ReplyDelete
  15. Hei manusia PKR

    Kamurang pikir mahu makan free sahaja kah tinggal di Sabah?

    Naik minyak petrol sikit mau tolong ekonomi negara
    pun kamurang bising.

    Kalau kos makanan mahal, petrol mahal, pigi tinggal dalam utan, makan daun, semua percuma.

    Penyokong BN, Sikuati Kudat

    ReplyDelete
  16. Moderator Blok Keadilan

    Tuan,

    Jangan siarkan orang UMNO tulis dalam blog ini ba.

    ahli adil-Likas

    ReplyDelete
  17. Kami sekeluarga ucap tahniah dengan Datuk Kalakau Untol.

    Berani kerana benar Datuk, terus berjuang!!

    anak jiran, Tuaran

    ReplyDelete
  18. Jangan pandang belakang Datuk, pandang depan. Demi anak cucu cicit kita, Datuk mesti keluar dari BN.

    Langkah Datuk Masuk Pakatan, satu langkah bijak.

    ReplyDelete
  19. Tindakan Datuk Kalakau, membuat kami sedar yang BN tidak serius memperbaiki nasib rakyat Sabah.

    Ayuhhhh! Kita ramai ramai ikut langkah Datuk Kalau. Saya pun bukan ahli PKR, melihat suasana kini, kita rakyat Sabah mesti bersatu dalam Pakatan Rakyat.

    Jomo Sabahan -Kota Belud

    ReplyDelete
  20. Ahli Parlimen kami pun bukan orang Kota Belud, beliau orang Tuaran, ini lah tanda UMNO pilih calon "main tunjuk" saja.

    Macam lah orang KB ni tiada yang pandai, macam lah orang KB semua buta huruf maka calon import mesti jadi wakil kami. Macam sial ja muka kami ini dpandang UMNO

    ReplyDelete
  21. Kami penduduk Kiulu ucap tahniah pada Datuk Kalakau kerana berani bertindak.

    -GuruSekolahKici-

    ReplyDelete
  22. Nahhhh apa lagi tunggu? Pintu sudah Kalakau buka, KELUAR LAH TAPINAI.

    ReplyDelete
  23. SELAMA BN PERINTAH INI NAGARI SABAH, TIDAK PERNAH HARGA BARANG KOS HIDUP RAKYAT TIDAK NAIK. ARAMAITI KELUAR BN BA

    ReplyDelete
  24. I c men. Good luke Datuk, saya sokong tindakan datuk

    ReplyDelete
  25. Satu tindakan yang drastik dari Datuk Kalakau, syabas.


    anak murut, Tenom

    ReplyDelete
  26. Tak sangka tindakan Datuk Kalakau Untol. Tapi ada kah rakyat Sabah berani seperti tindakan kami diSelabngor? Tukar Kerajaan BN?

    Sesekali kami pengundi Selangor berani, kerana sudah bosan dengan kerenah pemimpin UMNO.

    Rakyat Selangor kini lebih baik 50 kali berada dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.

    Rakyat Sabah jangan dengar khabar angin, yang marah dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuma pemimpin UMNO, tapi rakyat semakin kuat menyokong PR.

    Putra Bebas, Selangor

    ReplyDelete
  27. Huhhhh. BN apa kaki dengan kami rakyat Kedah, dulu kami kena bodoh, hari ini kami kasi bodoh dengan para pemimpin UMNO.

    Tahniah Datuk Kalau Untol

    Ahli PAS, Kedah

    ReplyDelete
  28. Tahniah Datuk Kalakau kelar BN

    ReplyDelete
  29. PRU RM100 kami orang Semenanjung tidak main. Walaupun kami masih ahli UMNO tapi kami undi PAS.

    Papan, Perak

    ReplyDelete
  30. kalau sya nie siapa saja memerintah tidak kisah tapi yang sya paling takut sekarang nie kebanjiran pendatang asing di Sabah, mereka sesuka hati berniaga dan sebagainya, lama kelamaan mendapat Kad Pengenalan, kemungkin penduduk pendatang ini sudah melebihi penduduk asal so apa kamu orang mau cakap lagi kalau majority mau bolot ini Sabah?!, fikir-fikirkan lah sebelum terlambat!

    ReplyDelete
  31. Tuan srixon

    kerja tangkap pendatang nie ia lah pulis umno/bn.

    Hari nie tangkap mereka 'dapat sikit' kasi lapas. esok tangkap lagi 'dapat sikit' kasi lapas.

    cakap pun tiada guna, kalu kamurang tidak mau tukar karajaan.

    Buji, kampung bunsut keningau

    ReplyDelete