Oleh Halik Zaman
Presiden PKR semasa ucap taklimatnya di pejabat MPN PKR Negeri Sabah telah menyeru kepada kesemua saf kepimpinan PKR Sabah agar lebih mengutamakan kerjasama dan persefahaman yang lebih erat sesama sendiri. Bukan sahaja di peringkat kepimpinan, malah sehingga ke akar umbi.
Ini kerana menurut Presiden, tanpa perpaduan dan kerjasama yang baik dari setiap pemimpin dan ahli-ahli akan menyebabkan kelonggaran pentadbiran dan sekaligus menyukarkan lagi untuk kita mengapai kemenangan di PRU13 yang akan datang.
Ini kerana menurut Presiden, tanpa perpaduan dan kerjasama yang baik dari setiap pemimpin dan ahli-ahli akan menyebabkan kelonggaran pentadbiran dan sekaligus menyukarkan lagi untuk kita mengapai kemenangan di PRU13 yang akan datang.
“Kita harus menjernihkan segala kekeruhan sebelum ini, ketepikanlah segala salah-faham, semaikan toleransi dan setiakawan sesama kita demi suatu kemenangan yang abadi bukan sahaja kepada PKR tetapi khasnya untuk setiap rakyat yang menyokong perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.” Ujar Dato’ Seri Dr Wan Azizah.
“PKR memerlukan kepimpinan yang lebih telus dan ikhlas kerana sejarah telah mengajar kita tidak semua yang berkilau itu berlian dan kerana itulah kita akan lebih berhati-hati dalam memilih kepimpinan dan calon-calon pada PRU13 yang akan datang diseluruh Malaysia.“ Tambah beliau lagi.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah juga mahukan suatu perjuangan telus yang terbitnya dari hati yang ikhlas dan jujur. Beliau mahukan setiap jurang yang terlihat akan segera di rapatkan dan setiap renggang yang ternampak akan segera di dekatkan supaya hasil kerja akan terlihat lebih berdinamik dan berdaya maju.
Begitulah pesanan Presiden PKR semasa memberikan taklimat di Pejabat MPN PKR Negeri Sabah baru-baru ini yang dihadiri oleh semua Ketua Ketua Cabang PKR Negeri Sabah.
"Saya bersyukur keazrat Allah swt bahawa PKR Sabah kini sedang menuju kepuncak kepercayaan rakyat, kita bersama sama menanamkan benih kepercayaan rakyat, Insya-Allah benih itu akan segar tumbuh dijiwa rakyat Sabah dan Pakatan Rakyat , Insya-Allah kita akan menang dalam PRU13 nanti. Terus berjuang--Lawan Tetap Lawan!!" . Seru Dato Seri Wan Azizah Presiden PKR itu
Sia satuju sama dato' presiden, lawan tatap lawannn !!! aramaittiiihh..
ReplyDeleteBobohizan Penampang
Menyokong sepenuhnya pesanan dari Presiden PKR. Kita semua berharap perselisihan-faham antara pemimpin-pemimpin PKR di lenyapkan sama sekali. Jangan mahu pegang jawatan hanya kerana mahu GLAMOUR, NOT because you like to be addressed as ..Ketua bla..bla..or Ketua bla..bla..or Ketua bla..bla..blaa. Bekerjalah dengan seikhlasnya untuk satu perjuangan yang murni dan di redhai.
ReplyDeleteAda jawatan pun, kalau apa pun tak jalan, tak jadi juga. Kita mahu setiap sayap kepimpinan di pimpin dengan teratur. Adakan lebih banyak program dan aktiviti jangan hanya gah dengan nama tapi kosong.
It is time to change. Lakukanlah sesuatu demi PKR.
Spongebob Squarepants Pompuan
Teringat satu kata-kata pujangga politik, perjuangan suci memerlukan pengorbanan, perjuangan yang suci kejernihan hati dan perjuangan abadi mendambakan penyatuan hati.
ReplyDeleteTTL.KK.S
Mana-mana organisasi pun sekiranya tiada kerjasama yang erat dan kukuh pasti akan hancur terlerai. Janganlah di amalkan tradisi BN yang suka 'pijak-memijak' demi mencapai matlamat peribadi mereka.
ReplyDeleteSaya ingin mengambil semangat cekal dan tabah yang berada dalam diri Presiden kita ini. Seorang wanita yang berhati waja dan kuat semangat, bukan semua wanita setabah beliau, kekuatan beliau menjadi inspirasi kami kaum wanita untuk lebih kuat bekerja demi PKR.
ReplyDeleteInsyaallah kami remaja pada zaman ini mahu perubahan. UMNO rihat lah dan nyanyuk pemimpinnya.
ReplyDelete1Jesselton. !remaja.KK