Sunday, February 28, 2010

Datuk Kalakau Untol Pahlawan yang Berani - Anwar






Laporan Halik Zaman

Bertempat di Garden of Hope (28-2-2010) di Topokon, Tuaran, Datuk Kalakau Untol telah dengan rasminya mengumumkan penyertaan beliau ke dalam PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Majlis yang di hadiri hampir 2,500 orang pengikut Datuk Kalakau dan penyokong PKR berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni. Majlis turut di warnai dengan kehadiran YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di majlis itu juga ramai ahli -ahli baru menyerahkan borang kepada Ketua Umum PKR kemasukan mereka sebagai ahli PKR yang baru.

Datuk Kalakau yang juga mantan Timbalan Menteri Persekutuan dalam ucapannya memaklumkan hasrat murni beliau untuk merakyatkan perjuangan PKR khasnya dan PR amnya. Beliau telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN kerana menurut beliau telah terlalu banyak kepincangan dan kecacatan sepanjang pentadbiran UMNO/BN di Sabah ini termasuk rasa terkilan dihati kami, tempat suci kami dibakar. Malah, beliau telah merancang beberapa siri road-show ke serata Sabah untuk menjalankan misi-misi penerangan khas dan mendekati rakyat untuk lebih faham akan perjuangan sebenar PKR serta menjelaskan isu-isu berbangkit seperti isu fitnah ke-2 Dato’ Seri Anwar.

Datuk Kalakau juga telah merangka suatu program khas pada bulan April nanti dengan mengundang YB Tengku Razaleigh Hamzah untuk memberikan penerangan kepada isu-isu berkaitan Petronas. -Datuk Kalakau menegaskan ini bukan lagi ‘honey-moon’ time, ini masa untuk kita semua, inilah masanya untuk kita bangun nak melaksanakan agenda perjuangan PKR."Rakyat mahu berubah yang selama ini UMNO/BN tidak pernah berubah".
Mengakhiri ucapan beliau, Datuk Kalakau dalam nada bergurau berkata beliau telah bersedia untuk menghadapi beberapa kemungkinan atau saman dari pihak-pihak tertentu ekoran tindakan beliau meninggalkan BN dan malah beliau telah minta jasa baik Hj Ansari seandainya berlaku apa-apa perkara. Kata-kata beliau di sambut dengan gelak ketawa para hadirin dan sorakan reformasi. “Kita telah mendengar isu gereja di bakar di Semenanjung dan isu masjid dan surau di letakkan kepala khinzir, biarpun berlaku di Semenanjung, tapi kita turut merasa tempiasnya. Kita rakyat Sabah turut merasa bahangnya. Maka kerana itulah kita harus bangun, kita tumbangkan Kerajaan UMNO/BN yang selama ini hanya berbakti untuk diri sendiri dan bukannya untuk rakyat” Ujar Datuk Kalakau tegas.

Terdahulu, Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah telah membuka tirai program malam itu dengan ucapan yang begitu memberangsangkan hadirin. Haji Ansari telah menyentuh beberapa isu nasional yang hangat di perkatakan pada masa ini. Haji Ansari juga telah meluahkan rasa gembira dengan penyertaan Datuk Kalakau ke dalam PKR dan berharap penyertaan Datuk Kalakau akan membuka mata mana-mana pihak yang masih samar-samar tentang perjuangan PKR.

Langkah Datuk Kalakau setiap hari akan menjadi contoh kepada ahli ahli UPKO, PBS, PBRS dan UMNO. Apa guna tunggu lagi kapal yang bocor dan menanti tenggelan tidak lama lagi. Ketua Cabang PKR Tuaran juga kagum dengan kesungguhan penyokong-penyokong PKR di Tuaran untuk menukar pentadbiran Kerajaan berikutan sokongan yang begitu hebat di berikan di kedua-dua program yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan Dato’ Seri Anwar di majlis berkenaan, beliau kagum dengan semangat juang yang di tunjukkan oleh Datuk Kalakau dan penyokong-penyokong beliau. Beliau berharap dengan penyertaan Datuk Kalakau akan menyuntikkan lebih lagi semangat penyokong-penyokong PKR. Beliau juga bangga dengan kesanggupan Datuk Kalakau untuk bekerja sama dengan lebih erat serta turut sama turun padang demi memperkasakan PKR dan Pakatan Rakyat.

Rata-rata hadirin yang hadir berpuashati dapat mendengar amanat-amanat dari kepimpinan PKR serta dapat bersua-muka dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi idola mereka selama ini. Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan alu aluannya kemasukan Datuk Kalakau Untol dengan rakan rakan ke PKR menganggap bahawa Datuk Kalakau Untol adalah seorang Pahlawan Dusun yang berani menentang arus. Beliau adalah Presiden Dusun Sabah Bersatu ringkasnya USDA seorang yang berpendirian tegas berani dan beliau juga selama ini banyak bersabar melihat kepimpinan songsang Barisan Nasional. " Datuk Kalakau seorang pemimpin Dusun Sabah yang disegani dan dihormati dan seorang yang bijak dapat membezakan 'intan dan kaca" lalu memilih PKR sebagai wadah tempat beliau berjuang. Syabas Datuk." Puji Anwar.

Jelas Anwar Ibrahim, " Mahkamah Malaysia hari ini adalah dikuasai oleh Kerajaan sepenuhnya, naik pangkat dari Kerajaan, gaji bulanan dari Kerajaan, naik gaji dari Kerajaan. Pakatan Rakyat menang PRU akan datang, kita akan ubah semua ini, agar mahkamah benar benar bersifat berkecuali, maka baru lah keadilan dapat ditegakkan betul." "Lihat penderitaan orang kampung, penderitaan pengundi pengundi, terutama sekali rakyat Sabah, kos hidup rakyat melambung tinggi. Bisa Datuk Musa Aman menyuarakan kesusahan rakyat? Dapat Datuk Musa Aman menyelesaikan masalah kenaikkan kos hidup rakyat?

Kalau beliau tidak dapat menolong mengatasi masalah rakyat, PRU13 jangan undi calon BN dan jangan undi Musa Aman biar dia menangis tidak berair mata." Nasihat Dato' Seri Anwar kepada orang kampung. Anwar beri jaminan, "Kalau PRU13 Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Pusat, dalam tempoh 2 hari Pakatan Rakyat akan berikan 20% hasil royalti minyak petrol kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan, Pakatan Rakyat tolong rakyat dari hasil bumi mereka sendiri, bukan untuk diri sendiri dengan cara buat projek mega dapat komisen mewah".

24 comments:

  1. Bah nak surang lagik pemimpin KDM masuk PKR bah. Na..karaja bah kamurang kuat-kuat supaya kita manang..kita ajar urang-urang yang kurang ajar itu semua !~!!

    ReplyDelete
  2. Congratulations Datuk Kalakau. You make us proud !! Aramaittiee

    Johnny

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semakin banyak pemimpin berkaliber di Sabah telah membuka mata.

    ReplyDelete
  4. Teringat kata-kata YB Dato' Seri Anwar, satu untuk kau seribu untuk aku..hahaha pandai sungguh pemimpin UMNO kira !!

    Membujur lalu melintang patah, keadilan rakyat Malaysia !!!! Reformasi !!!

    ReplyDelete
  5. Kami rakyat Sabah amat berharap kepimpinan PKR apabila ditakdirkan memerintah kelak, laksanakanlah tugas dengan sebaiknya, selamatkanlah negeri kami yang semakin papa kedana di kikis oleh pemimpin-pemimpin umno yang rakus dan durjana.

    ReplyDelete
  6. Congratulations Datuk Kalakau. We are always with you. I'll be joining your road-show to kemabong and the other places.

    ReplyDelete
  7. Kalau bangsa dan agama lain ingin berubah, mengapa tidak kita orang-orang Melayu Islam. Sedarlah bahawasanya kita semua menjadi mangsa penindasan umno/bn. Bangunlah, kita juga ingin berubah !!!

    Takbir !!!

    PAS Tawau

    ReplyDelete
  8. Syabas Datuk Kalakau dan seluruh kepimpinan Cabang dan Negeri ! Laungan reformasi yang kedengaran di Garden of Hope semalam benar-benar membakar semangat kami untuk terus berjuang demi suatu keadilan yang abadi.

    Damien William

    ReplyDelete
  9. Rakyat Sabah ayuh kita ikut langkah Datuk Kalakau demi memartabatkan kehidupan kita yang lebih terjamin. Mari kita merealisasikan impian Datuk Kalakau yang mahu merakyatkan perjuangan PKR demi negeri Sabah yang kita semua cintai.

    ReplyDelete
  10. Alah pemimpin yang tiada kerusi yang kamu agung-agungkan, bagaimana pula kes datuk zahrain dan tan yang keluar dari pkr hari ini ? Ini baru betul, baru sedap di dengari.

    APC

    ReplyDelete
  11. Wah walau galap, kamirang tau ramai urang bakan. wah makin ramai urang sabah sukung PKR baini.

    Marsha Londeh

    ReplyDelete
  12. Saya suka kata kata Tuan HJ.Ansari, tindakan Datuk Kalakau menjadi contoh kepada ahli ahli UMNO agar segera keluar menyertai PKR, kapal UMNO sudah nak karam.

    Bagi saya, menangpun PKR diSabah,kalau diSemenanjung semua apa yang Sabah boleh buat?

    Disemenanjung UMNO ni sudah tidak kena respek lagi dari rakyat, cuma orang orang elit saja yang suka UMNO

    Orang
    Kg. Kituntul, Tambunan

    ReplyDelete
  13. Hermmmm makin kuat pkr Sabah. UMNO pura pura bilang pkr tidak kuat.

    Shabas tamrin, saya setuju dengan pimpinan Tuan.

    Cikgu Balung

    ReplyDelete
  14. Persahabatan, berani dan tegas, itu sifat pemimpin. Amalan ini membawa kemenangan kepada PKR Sabah.

    Cara Tamrim boleh digunapakai dalam politik Sabah.

    Ulu Dusun-Sandakan

    ReplyDelete
  15. Orang Sabah tahan tukul bah. Apa macam pun kamu tukul, masih juga kami sukung UMNO.

    Tausa ada sukungan KDM dan Cina, UMNO masih lagi bulih prentah ini negri bah. Keluar semua KDM dan Cina, kami masih bersatu sukung UMNO.

    Ahli UMNO Totok
    Kg. Kuala Papar

    ReplyDelete
  16. Tahniah Mr. Kalakau

    From UOKO members

    ReplyDelete
  17. Saya belum masuk mana mana parti. Saya Dusun. Pengundi berdaftar.

    Saya sukong tindakan Datuk Kalakau Untol masuk PKR. Saya rasa BN tiada harapan lagi diSabah PRU13 nanti.

    Rakyat sudah marah harga barang makanan mahal. Mati lah kalau ada orang sukong BN lagi.

    Putra UMNO, Kelawat Kota Belud

    ReplyDelete
  18. Kalau tidak ada kabel dalam Kerajaan BN, anak saya susah mau dapat kerja Kerajaan.

    Anak saya dari U pun kerja salesmen jual kereta.

    Saya fikir Datuk Jalakau, ini Kerajaan BN mesti kita tukar.

    Bajau Pengalat, Papar

    ReplyDelete
  19. Patut banyak lagi pemimpin Islam tinggalkan UMNO, UMNO bukan parti marhaen ia parti elit untuk orang Bengsawan.

    Orang miskin patut jangan undi BN, kalau undi BN pasal RM50, lama lama bikin sakit kepala,sakit mata tinggu mereka buat rumah besar besar.

    Tahniah Datuk Kalakau.

    Anak Murid Cikgu Sapong, Tenom

    ReplyDelete
  20. Saya sebagai Ketua Kampung Daerah Kota Belud merayu kepada Kerajaan Persekutuan agar iT ini jangan digalakkan orang orang muda menyalahgunakan dikampung kampung.

    Menerusi iT mereka sebarkan maklumat anti UMNO, Kerajaan patut kawal cuma boleh digunakan disekolah sekolah sahaja. Minta juga jangan keluarkan lesen untuk buat cc dikedai kedai.

    Anti UMNO sudah merebak diseluruh kampung kampung di daerah Kota Belud iT.

    Kg. Labuan Kota Belud

    ReplyDelete
  21. Tindakan Datuk Kalakau suatu tindakan yang kena pada masanya. Tahniah Datuk & Datin.

    Simon, Tenghilan

    ReplyDelete
  22. Kalau pandai gayanya, PKR memang kuat diseluruh Sabah.

    Kita ambil contoh rakyat Selangor, rakyat tidak takut tukar Kerajaan UMNO/BN. Kenapa kita diSabah takut?

    Datuk Kalakau memang pahlawan DUN.Syabas !!

    Guru Guru Tanjung Batu Tawau

    ReplyDelete
  23. Saya amat terkejut tindakan drastik Datuk Kalakau Untol.

    Saya pun orang lama dalam UMNO yang terbiar, berjasa tidak dikenang, bila pilihanraya baru dicari, habis pilihanraya tiada berguna.
    Harap RM50 untuk belanja 5 tahun. Fuhhhhhb sial.

    Kundasang, Ranau

    ReplyDelete
  24. Kampung kami terbiar. Dekat sempadan Indonesia. Sekolah pun serba kekurangan. Guru pun kurang. Klinik lagi susah, jauh dari Tawau.

    Kami ada perjumpaan sulit, kami mahu berunding tidak mahu undi BN lagi, janji bohong, janji pilihan raya selalu bohong. Wakil Rakyat takut jumpab rakyat, apa lagi turun padang jauh sekali.

    Bila kita sudah masuk PKR, baru mereka kelamkabut pujuk. Last last YB hulur rm50 semua tutup mulut.

    Menangis kerana susah
    Sebatik, Tawau

    ReplyDelete