Sunday, February 21, 2010

Sepetang Bersama Presiden PKR


Oleh Halik Zaman

KOTA KINABALU – Majlis bertemu rakyat bersama Presiden PKR, YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail di Star City Convention Center, Kota Kinabalu berjalan dengan begitu sempurna. Majlis berkenaan anjuran bersama AMK Negeri dan Wanita Negeri Berjaya menghimpunkan seramai 700 orang ahli PKR di Sabah. Ada yang sanggup datang dari Semporna, Lahad Datu semata-mata ingin bersua muka dengan wanita srikandi PKR, YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Turut berucap mewarnai majlis petang itu ialah ucapan dari YB William Leong, Bendahari Agung PKR. Di awal ucapan beliau menarik perhatian dengan ungkapan ‘Bismillah’nya. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyentuh sedikit tentang pentingnya penjelasan menyeluruh ke seluruh akar umbi tentang perjalanan kes fitnah liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
YB William Leong juga menyatakan, sebagai rakyat Malaysia, kita harus bijak mengimbangi sesuatu maklumat yang diterima kerana ada pihak tertentu ingin benar melihat Anwar Ibrahim ‘jatuh dan tak bangun-bangun lagi.’

Turut berucap ialah Puan Faekah Hussin seorang peguam dan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR. Puan Faekah telah memperjelaskan dengan sejelasnya duduk-perkara kes fitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada hadirin.

Beliau juga telah menyentuh, bagaimana perjalanan perbicaraan yang agak ‘senget’ sebelah dan beberapa kenyataan Saiful yang tidak berasas dan logic. Beliau juga membicarakan tentang konsipirasi yang ingin melihat kejatuhan Anwar dan perpecahan perpaduan diantara pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Di akhir ucapan beliau, beliau menyeru ahli-ahli PKR untuk bersatu hati dan tidak mempercayai dakyah-dakyah ciptaan BN yang hanya mempunyai satu matlamat yakni menjatuhkan Anwar sekaligus mencerai-beraikan ikatan erat kita dikalangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Mengakhiri siri ucapan pada petang itu adalah ucapan dari Presiden PKR. Beliau menyatakan sebagai insan biasa, sedikit sebanyak apa yang di perlakukan kepada suaminya, Anwar Ibrahim terusik juga emosinya, di mana menurut beliau, kehidupan mereka sekeluarga banyak di habiskan di penjara dan mahkahmah.

"Sebagai isteri, sebagai anak anak dan sebagai bapa anak anak, kami begitu diaibkan dimata masyarakat, mereka sanggup menabur fitnah demi sebuah kuasa politik, kerana suami saya dianggap oleh para pemimpin UMNO insan yang boleh menggugat kedudukan mereka yang penuh kemewahan maka suami saya mereka jadikan 'kambing hitam' demi mengekalkan sebuah kuasa politik UMNO yang rakus". Jelas Wan Azizah dengan penuh emosi kesayuan dan syahduan. Dewan sunyi senyap. Sekali sekala terdengar esakan dari seorang wanita yang tidak diketahui siapa namanaya.

"Hati ini dihiris luka pedih dan para, bila keluarga kami diaibkan, bila suami saya seorang Islam yang tahu hukum hakam Islam yang tahu halal dan haramnya, dia dihina diabkan, muka suami saya diconteng najis lantaran sebuah kuasa politik "kill or to be killed". Kalau BN itu kuat, kenapa suami saya dijadikan mangsa rakus politik fitnah mereka? Kenapa kita tidak jumpa dimedan politik sahaja? Kenapa main kotor?". Dalam Wan Azizah tersenyum, jelas air matanya bertitik satu demi satu.

Namun demi PKR dan keluarganya, beliau bangkit dari segala kelemahan dan berjaya mengharungi segala dugaan yang mendatang. Oleh yang demikian, beliau ingin ahli-ahli PKR juga harus lebih kuat dan bekerja keras demi memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

Dato’ Presiden juga menyentuh isu-isu kalimah Allah, isu-isu kepala khinzir. Dato’ Presiden juga menyatakan terdapat pelbagai keraguan dalam isu kepala khinzir yang di letakkan di perkarangan masjid. Menurut beliau, seandainya perkara ini di lakukan oleh orang bukan Islam, mengapa dan kenapa kepala khinzir berkenaan dibalut dengan rapi dan di ikat dengan plastic dan kayu ? Ini bermakna kerja-kerja ini di lakukan oleh sekumpulan ‘misi rahsia’ yang tentunya orang Melayu sebab sudah pastilah ‘orang suruhan’ itu tidak mahu terpegang kepala khinzir berkenaan makanya kepala itu di ikat dan di bungkus dengan rapi.

Di akhir ucapan beliau, beliau meminta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PKR akan bekerja lebih kuat lagi demi menghadapi PRU yang akan datang.

18 comments:

  1. I just admired Kak Wan..her taught, her dignity, the way she smile..and I am a big fan of her..My pray is always for you kak wan and family.

    ReplyDelete
  2. Ketabahan Dato' Seri Dr Wan Azizah memberikan kami inspirasi untuk terus gah berdiri bersama PKR. Insya Allah, kami akan jadikan kekuatan Dato' Seri Presiden sebagai motivasi diri dalam memperjuangkan keadilan.

    Farid Jamalul-SGC

    ReplyDelete
  3. Bersyukur dapat bertemu delegasi hari ini di Star City. Thanks for the informations that you guys shared with us. Will do the same thing to the rest of Sabahan's.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  4. Siapa yang tidak emosi bila suami tercinta menjadi bahan fitnah ? Keaiban dan ketabahan mereka sekeluarga menguatkan lagi semangat kami untuk terus bersama PKR.

    Say NO to umNO !!

    ReplyDelete
  5. Hahaha..gamat dewan bila dengar YB Leong sebut bismillah, begitu yakin untuk synchronization with malays. Syabas YB Leong

    ReplyDelete
  6. Terkasima kami seketika mendengarkan ucapan Puan Faikah tadi. Terlalu banyak loop-hole yang ternampak. Tidakkah ianya suatu keganjilan yang amat ketara. Ingatlah, rakyat bukan bodoh. Kita tahu yang mana kaca dan yang mana permata.

    Buatlah apa sahaja pada DSAI, kami tidak gentar !!

    Lawan Tetap Lawan !! Allahuakbar !!!

    ReplyDelete
  7. Kami berjanji demi PKR, kami akan meneruskan alunan reformasi ini. Membujur lalu melintang patah, demokrasi rakyat Malaysia.

    Othman Bidin

    ReplyDelete
  8. Tak sudah-sudah nak main sandiwara, terimalah hakikat Anwar tu memang peliwat wahai cik wan oi. Buat apa nak bermati-matian pertahankan Anwar ?

    Yussof Amran. Taman Semperlang, Sabah

    ReplyDelete
  9. Awesome. Hope got a chance to be in any of Kak Wan's talk in KL soon.

    ReplyDelete
  10. Kak Wan, anggaplah ini sebagai dugaan dari Allah swt untuk menilai ketabahan Kak Wan sekeluarga. Saya percaya segala musibah ini terjadi kerana Allah swt sayangkan Kak Wan dan DSAI serta keluarga. Tabahkan hati mu Kak Wan.

    Mimi Aizadorra

    ReplyDelete
  11. Ramai betol bah urang disana tadi. Kamirang sikit lagi indak dapat masuk bah. Nasib baik dapat juga ampit2 tinguk Datin Seri Wan Azizah. Sakit jugak ati sia dangar sarita itu paikah. Macam mo katuk sija kapala itu budak budus itu. Bagus gia mati sija bah. Tukuiii

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  12. Kita harap lebih banyak lagi pertemuan pemimpin pusat di anjurkan untuk bersama ahli-ahli PKR dan rakyat Sabah. Sekruang-kurangnya kita dapat maklumat yang tepat.

    Hj Masbah Ali/Sandakan

    ReplyDelete
  13. Kalau di fikirkan betul juga apa yang cik faekah katakan tadi. banyak yang bohong dari yang benar. manusia ini bila sudah berkuasa, mulalah bertindak lebih dari firaun. mudah-mudahan Allah tunjukkan kebenaran-Nya. Amin.

    Budak tak lulus CGPA

    ReplyDelete
  14. Very happening. Can't wait to meet Anwar on this upcoming event in Datuk Kalakau's place. Adios.

    Thomas Lajinun

    ReplyDelete
  15. No worries we are still have faith in PKR. No matter what UMNO try to do with Anwar. Let the gone be by gone.

    Karim Sewalia

    ReplyDelete
  16. Hairan bila memikirkan sikap sesetengah manusia ini yang gemar memperdagangkan maruah seseorang. Seolah-olahnya suatu kebanggan bila insan lain beroleh aib. Ingatlah sedikit, hari ini kita buat pada orang, esok-esok tak mustahil kita akan mendapat lebih dari itu. Subhanallah.

    ReplyDelete
  17. Saya ingin bertanya pada ahli-ahli PKR disini, sejauh manakah kebenaran Anwar tidak melakukan hal-hal sebegini ? Jangan terlalu taksub, kita khuatir seandainya benar Anwar lakukan ? Apa bicara anda semua ?

    ReplyDelete
  18. Bilalah penderitaan kak wan akan berakhir ? doa dan solat hajat kami tidak pernah putusnya buat kalian.

    Spongebob Pompuan

    ReplyDelete