Thursday, February 18, 2010

Cabang PKR Tuaran Ke Tenghilan Buat Kebajikan




Laporan : Halik Zaman

TENGHILAN, 18 Februari 2010 – Cabang PKR Tuaran hari ini telah meneruskan lagi misi pemeriksaan kesihatan secara percuma yang di adakan di Tamu Pekan Tenghilan. Program yang bermula tepat jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung Tenghilan dan dikampung kampung yang berdekatan setempat.

Dua doctor yang bertugas, Dr Mervin George Mathew dan Dr Natassa Muhamad telah memberikan khidmat yang terbaik bagi memeriksa kesihatan penduduk kampung serta membekalkan ubat-ubatan untuk penyakit yang ringan.

Seorang penduduk kampung yang di temui berkata, beliau dan penduduk kampung amat berpuashati dan berterima kasih kepada kepimpinan Cabang PKR Tuaran di bawah kepimpinan Hj Ansari Abdullah dan krew Biro Khidmat Masyarakat PKR Tuaran kerana begitu perihatin dan mengutamakan kebajikan penduduk kampung.
“Kami berharap akan ada lagi program-program sebegini untuk orang-orang kampung. Terima kasihlah kepada PKR Tuaran.” Ujar Arshad, penduduk kampung Tenghilan yang tidak ketinggalan mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma disini.

Syabas juga di berikan kepada Penyelaras Biro Khidmat Masyarakat PKR Tuaran, iaitu sdr Mohammad Ezral Ansari yang Berjaya melaksanakan program ini dengan baik yang diselaraskan oleh AMK Cabang Tuaran.

James Lim dari AMK Cabang Tuaran memberi tahu pemberita bahawa semua kos ubat ubatan adalah disumbangkan oleh Cabang PKR Tuaran untuk sumbangan kepada para pesakit orang orang kampung disekitar Tenghilan dengan cara percuma.

Kata James Lim, Cabang PKR Tuaran membantu pesakit pesakit Tenghilan bukan bertujuan politik akan tetapi Cabang PKR Tuaran prihatin kepada kesusahan rakyat, begitu juga kata Dr. Natassa Muhammad kami buat kebajikan untuk rakyat apa yang terdaya oleh kami.

9 comments:

  1. Kami salute bah Cabang Tuaran, penuh dengan program2 kemasyarakatan. Beruntung betul penduduk Tuaran. Syabas Hj Ansari. Teruskan usaha murni anda dan AJK Cabang anda.

    Anti Raja Katak

    ReplyDelete
  2. Wonderful programme !! Beside beautiful doctor !! Just kidding, anyhow, I should say, you've done a great job Ansari !

    Thomas Lajinun

    ReplyDelete
  3. Kita berharap pendekatan sebegini mampu merubah persepsi rakyat kampung terhadap Pakatan Rakyat. Sebab masih banyak lagi attitude orang-orang kampung yang masih belum mahu membuka minda mereka dan menerima kehadiran PR. Teruskan perjuangan anda.

    Salam reformasi.

    ReplyDelete
  4. Boleh di kira Ketua-Ketua Cabang yang 'berani' menganjurkan program-program sebegini. Syabas Cabang Tuaran

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  5. Wah bagus ini urang-urang tenghilan dapat rasa free rawatan kesihatan. Bah, kamirang harap ketua-ketua cabang lain juga buat bagini bah. Siok bah.

    ReplyDelete
  6. Saya harus angkat topi dengan aktiviti - aktiviti macam ini. Kita percaya, rakyat akan lebih menyayangi PKR jika kita bersikap perihatin, kerana selama ini tiada siapa yang ambil peduli hal-hal di kawasan itu.

    ReplyDelete
  7. Bravo Cabang Tuaran.

    ReplyDelete
  8. Kita bersyukur punya barisan kepimpinan yang perihatin seperti tn hj ansari. Kita berharap akan lebih banyak lagi pemimpin-pemimpin yang mewarisi kewibawaan beliau.

    ReplyDelete
  9. Alah kalau setakat pemeriksaan kesihatan ni, UMNO dah lebih duluan buat. Cuma kami tidak mahu gembar-gembur seperti PKR. Buat liputan seolah-olah suatu grand thing has be done.

    APC

    ReplyDelete